31

169 38 15
                                    

"ARGHHHHHHH !!"

"KAU SIAPA ?!" soal Suga, masih menjerit. Lelaki pelik di hadapannya ini dipandang.

"Aku Seokjin lah haiyoyo"

"KENAPA KAU BERBULU ?!!" Jambang di wajah Seokjin ditunjuk. Terkejut dia memandang Seokjin yang tadinya mulus licin kini berjambang bermisai macam kiwi. Rambut yang tadinya pendek bergaya kini panjang seperti rockers.

Nampak asing bagi dirinya.

"Kau ni kalau ya pun jangan menjerit ! Nanti orang dengar susah" marah Seokjin. Kepala Suga di luku.

Suga menggosok kepalanya yang sakit.

"Zaman ni aku berjambang and rambut aku panjang sikit sebab memang etika penasihat raja kena rambut diikat sanggul di atas (?) dengan berjambang. Supaya orang tahu dia tu penasihat diraja" kata Seokjin seraya menyarung baju berwarna hijau pada atas baju tshirt putih di badan.

"Ta-tapi ta-tadi kau li-licin je. Se-karang b-ber b-bulu" tergagap gagap Suga dibuatnya.

"Bila aku datang sini. Aku akan jadi diri aku di zaman ni. Waktu yang kita datang sekarang ni, aku keluar dari Daegu untuk merantau kaji herba. Jadi aku pilih waktu ni supaya orang tak pelik kenapa aku tiba tiba hilang" jawab Seokjin.

"Tapi aku ?"

Jikalau Seokjin menjadi dirinya yang lalu, bukankah sekarang dia jadi raja Daegu ?! Penjaga istana pasti kecoh melihat si raja lesap secara tiba tiba.

Seokjin menepuk dahi memandang Suga menarik rambutnya.

"Kau tak. Sebab kau ada hubung kait dengan sumpahan. Jadi kau datang sini sebagai Min Yoongi yang akan menyelesaikan sumpahan bukan Min Yoongi yang memberikan sumpahan. Aku datang dan pergi sebagai penasihat diraja. Cuma beza aku masih boleh ingat apa yang berlaku selepas peristiwa tu walaupun aku berada di waktu sebelum peristiwa berlaku" jawab Seokjin.

Suga mengangguk faham. Begitu rupanya.

Suga menyarung pakaian yang diberikan Seokjin. Topi jerami di tangan ditenung. Mulut baru sahaja dibuka untuk bertanya, namun dicelah.

"Topi tu untuk tutup muka kau. Kalau penduduk kampung tengok kau, terkejut diorang. Nanti diorang ingat kau raja. Kecoh nanti kau kena tangkap kena bunuh susah pulak" pintas Seokjin sebelum sempat Suga bertanya. Sedikit terkedu Suga, mendengar kena bunuh.

"Raja patut bangga ada aku as kembar dia bukannya bunuh ergh" dengus Suga.

Seokjin ketawa kecil.

"Raja tu taknak ada keturunan Min lain di kerajaan dia. Tetambah, kau pulak muka sebijik dengan dia, lagi la dia taknak hahahaha" jawab Seokjin. Ketawa bersisa dimulut.

"Kau tak boleh kenalkan diri kau sebagai Min Suga jadi kau pilih nama baru" kata Seokjin seraya mencapai beg miliknya yang disembunyikan di dalam semak sewaktu dia datang ke dinasti Joseon sebelum ini.

Suga berfikir sejenak.

Hmm.. nama apa aku patut letak ?

Selepas hampir beberapa saat berfikir, satu nama terlintas di fikirannya.

"Yeon KiMin"

"HAHAHAHHAHA" terbahak bahak Seokjin ketawa, mendengar nama Suga. Terkeluar habis ketawa lap tingkapnya. Tidak sangka Min Suga pandai berjenaka.

Yeon Ki Min hanyalah cara lain mengeja Yoon Gi Min. Bijak betul dia menukar Min sebagai namanya bukan sebagai nama keluarga.

"Gelak lah gelak. Cuma jangan panggil aku tu. Panggil aku Suga. Tu nama samaran je"

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now