52

156 36 19
                                    

"Taein !!"

Liesa menyambut Taein yang hampir tersungkur itu.

"Awak okay tak ?" soal Liesa. Taein mengangguk. Walaupun badannya sakit dan sangat tidak bermaya sekarang. Dia mesti teruskan.

Dia harus keluar dari neraka ini.

Liesa memapah tubuh Taein lalu kembali berlari ke pintu belakang. Pintu belakang kedua berada di hujung penjuru tembok istana. Kunci dikeluarkan dari poket bajunya lalu membuka kunci pintu besi tersebut.

"Awak kuat. Awak pasti boleh" kata Liesa memberi semangat kepada Taein. Taein mengangguk. Semangatnya perlahan lahan luntur bersama setiap langkah lariannya yang semakin perlahan.

"Mereka ke sana !" jeritan Yunho mengejutkan Taein.

Taein menarik tangannya dari bahu Liesa.

"Saya boleh lari sendiri" kata Taein. Tidak mahu membebankan Liesa dan melambatkan larian mereka.

Jam 5 pagi ini memberi peluang kepada mereka untuk melarikan diri. Terutama sekali apabila terdapat pencerobohan di tangki istana sebentar tadi. Kebanyakkan tentera pergi ke tangki untuk menangkap penceroboh tersebut.

Taein berlari sekuat yang mungkin. Ada kalanya kakinya tersadung akibat terlalu letih. Mujur Liesa sempat menahan Taein sebelum jatuh ke tanah.

"Sana !"

Taein memandang ke belakang. Kelihatan Yunho dan dua orang tentera keluar dari pintu belakang yang digunakan mereka itu.

Mereka yang berlari pantas itu merisaukan Taein.

Liesa membelok ke kanan menarik Taein untuk bersembunyi.

"Awak masih ingat jalan ke rumah abang awak dari sini kan ?" Taein mengangguk pantas.

"Pergi. Saya akan lengahkan mereka" arah Liesa.

Taein menggeleng.

"Andwae ! Nanti awak kena tangkap !" kata Taein tidak setuju.

"Kalau kita berpecah. Mereka tak dapat kejar awak"

"Tak.. tak nak.." desis Taein. Air mata sudah membasahi pipi. Tidak sanggup meninggalkan sahabatnya ini.

Liesa menekup wajah Taein.

"Tolong ? Awak mesti selamat. Saya janji kita akan jumpa lagi" pujuk Liesa. Meyakinkan Taein.

"Mana mereka ?!"

"Aku nampak diorang berhampiran sini !"

"Pergi !" arah Liesa.

"J-janji. Awak akan jumpa saya lagi" pinta Taein. Berharap Liesa selamat. Liesa mengangguk pantas.

Taein mula berlari ke dalam lorong gelap itu selepas ditolak Liesa. Liesa berlari ke arah bertentangan.

"Berpecah ! Aku akan ikut gadis raja !" arah Yunho. Dua lelaki tentera itu berlari mengejar Liesa.

Liesa tersenyum puas apabila hanya Yunho seorang sahaja yang mengekori Taein. Liesa memperlahankan lariannya.

"Tangkap perempuan tu !"

Liesa tahu, untuk memuaskan hati Min Yoongi, Si Raja Daegu yang kejam itu. Dia harus berkorban supaya Taein selamat.

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now