Beg yang berada di sisi segera di bawa sebelum melangkah perlahan menjauhi kedua rakannya. Pintu yang berada di hadapan di kuak perlahan sebelum tubuh melorot jatuh ke bawah bersama air mata yang deras mengalir. 'Aku tak sangka selepas bertahun jauhkan diri dari kau ,aku tetap takkan dapat lupakan kau. Perasaan ni lagi sakit dari apa yang aku nampak lima tahun yang lepas'

Kotak merah yang sentiasa berada di dalam handbag segera di buka,sebelum muncul satu rantai yang terukir cantik menyimpan seribu satu rahsia buat dirinya. 'Mungkin betul, takdir kau dengan aku takkan pernah terlakar dalam sejarah hidup. Sejauh mana aku pergi rasa ni takkan pernah mati' rantai yang berada di dalam genggaman diletakkan semula ke dalam kotak, sebelum tubuh di bawa ke arah katil.

Telefon yang berada di dalam beg segera di capai sebelum beberapa aplikasi di tekan. Wajah seorang gadis yang tersenyum manis bersama jejaka yang segak tanpa sebarang senyuman membuatkan air matanya semakin mengalir dengan lebih deras. Tangan si gadis yang cantik tersarung cincin membuatkan hatinya semakin terasa seperti ranap menjadi debu.

Tangisan semakin lama semakin bergema memenuhi ruangan bilik yang sunyi sebelum beberapa ketukan pintu membuatkan dirinya segera terhenti. "Vy are you ok? Vy keluarlah." Suara Alesya yang berada di luar hanya mampu membuatkan dirinya semakin terasa pilu sebelum nafas di hela perlahan, "aku ok Sya. Nanti aku keluar"

"Tapi kau tak makan lagi Vy, jom lah keluar aku ada beli favourite food kau ni. Aku tahu kau tak makan lagi lepas photoshoots tu" suara Mel yang bergema hanya di balas dengan gelengan meskipun si gadis tidak mampu melihat dirinya. "Er, nanti aku keluar. Buat masa ni just bagi aku masa untuk sendiri dulu"

Dirinya hanya mampu melihat bayangan kedua gadis yang mula hilang dari sebalik pintu sebelum tangisan kembali bergema. Wajah si jejaka yang tampak kacak mengenakan suit hitam membuatkan hatinya terkenang semula peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Hanya kerana ingin melihat mereka yang lain bahagia,dirinya sanggup mengundurkan diri meskipun hati masih sama buat si jejaka.

Dengan tidak semena notifications yang memaparkan nama Jovian membuatkan dirnya segera melihat telefon yang berada di dalam genggaman,sebelum merenung keluar jendela bersama nafas yang di hembus berat. 'Aku tak sepatutnya bersedih, ini yang kau nak Vy. Ini yang kau tunggu selama ni. Biarkan dia bahagia dengan pilihan dia, tempat kau bukan dengan dia'

Dengan pantas tangannya laju membalas mesej yang di hantar sebelum tubuh di bangunkan menghampiri bilik air. Wajah yang suram terbias di hadapan cermin segera di bilas menggunakan air sebelum mengambil keputusan untuk membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, tubuh di bawa kearah bilik kecil yang menempatkan kesemua keperluannya sebelum berhenti di hadapan pintu bilik. Nafas di hela perlahan, cermin sisi yang berada  di dalam bilik segera di perhatikan membelek muka sebum senyuman palsu diukir perlahan. Tombol pintu di capai, mata segera menangkap kedua figura yang tegak berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Vy" wajah segera memandang ke arah Alesya sebelum lengan kedua gadis yang berada di sisi segera di capai dan di bawa ke arab ruang makan yang menempatkan pelbagai jenis makanan. "Jom kita makan aku dah lapar ni" tanpa menunggu kedua rakannya dirinya segera melabuhkan duduk di hadapan hidangan yang tersedia sebelum memandanh kedua rakannya yang masih kaku bersam wajah sayu.

"Korang panggil aku tadi kata nak makan, ni kenapa dua-dua berdiri macam patung mannequin ni? Duduk lah teman aku makan." Usai berbicara kedua gadis segera melabuhkan duduk di sisinya sambil mata masih statik memandang ke arahnya. "Oh gosh! Korang dah kenapa? Aku ok je lah, yang korang tengok aku macam tu dah kenapa? Korang jangan risau lagi pun DIA BUKANNYA PENTING UNTUK AKU"

Ayat terakhir sengaja di tekan meskipun seakan berpuluh pisau yang menghiris luka yang sedia berdarah di hatinya. "Vy, kitorang bukan nak sakitkan hati kau tapi kitorang dah bincang yang kitorang kena bagitahu kau sebab-" belum sempat Mel yang berada di sisi menghabiskan bicara dirnya segera memotong,

Xander's Mine: Queen For HimDonde viven las historias. Descúbrelo ahora