BAB 67 💛

13.8K 551 14
                                    

Putri tersedar lalu matanya melihat sekeliling lalu dia lihat Hande dan Atilia diikat seperti dirinya hanya berjarak 1 meter sahaja.

Dia cuba untuk melepaskan ikatkan tersebut tetapi tidak berjaya, tubuhnya digerakkan untuk mendekati Atilia dan Hande sedikit demi sedikit sehingga dia sampai disebelah kedua gadis tersebut.

"Pstt! Lia, Hande bangun." katanya separuh berbisik dan akhirnya kedua gadis itu tersedar juga.

"Kita dekat mana?" soalnya dengan kepala yang terasa sakit dan berdenyut-denyut.

"Hande rasa kita kena culik, korang tengok jelah bilik ni berbau hanyir dan banyak alat penyeksaan," balas Hande dengan perasaan yang takut.

"Buat apa dengan alat penyeksaan pula?" soal Putri pula pelik.

"Kalau Putri nak tahu, alat penyeksaan tu untuk menyeksa orang yang menjadi mangsa ahli mafia dan Hande yakin yang orang culik kita adalah ahli mafia," jelas Hande bijak, dia yakin dan tersangat yakin tentang hal itu.

"Kenapa pula diorang nak culik dan seksa kita, bukannya kita ahli mafia pun." geram Atilia sehingga Hande mengeluarkan keluhan, nampaknya mereka belum tahu lagi mengenai Irfan dan Iskandar.

"Memanglah kita bukan ahli mafia, tapi kita tergolong dari keluarga ahli mafia dan orang itu adalah Tengku Irfansyah dan juga Iskandar yang merupakan suami korang berdua," terang Hande sehingga kedua gadis itu terkejut terutama sekali Atilia.

"Maknanya selama ini abang aku ahli mafia lah?" kata Atilia dengan riak wajah terkejutnya.

"Dia bukan setakat ahli mafia tetapi dia adalah ketua mafia yang digeruni dan dikenal pada seluruh dunia gelap," terang Hande lagi, Atilia seakan tidak percaya bahawa abangnya adalah ketua mafia.

Klak!

Pintu bilik dibuka, seorang lelaki yang kacak diikuti oleh 4 orang pengawal melangkah masuk kedalam, ketiga-tiga gadis itu mengundur kebelakang.

Micheal tersenyum sinis melihat kesemua mangsanya lalu dia duduk mencakung dan memandang wajah mereka satu persatu.

"Cantik, tapi sayang kamu semua tergolong dari musuh aku." pelat Micheal menuturkan katanya dalam bahasa melayu.

"Kamu nak tahu siapa musuh dan kenapa aku culik kamu semua?" katanya lagi, pantas mereka bertiga menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

"Disebabkan abang kau dan merupakan suami kau Tengku Irfansyah dan Iskandar adalah orang yang paling aku benci dan sebab itu aku culik kamu bertiga, aku tak suka orang ramai lebih takut dengan dia, aku tak suka tengok orang yang lebih tinggi darjatnya dari aku, termasuk rakannya Daniel dan Raziq." katanya lagi kepada mereka bertiga dengan perasaan yang penuh marah.

"Aku akan pastikan kamu semua mati di tangan aku sendiri, supaya orang akan lebih takut dengan aku dan dia serta namanya akan lenyap serta-merta dimuka bumi ni." katanya lagi dan tergelak kecil lalu dia mendekati tubuh Putri dengan senyuman sinis.

"Dan kau perempuan, kau ni cantik tapi sayang badan kau sudah 'dirasa' suami kau kan? Dan aku akan pastikan kau mati bersama anak kau.'' katanya dengan senyuman sinis, Putri sudah menggigil ketakutan, airmatanya sudah mengalir.

"Kau nak apa hah setan! Kau jangan berani nak cuba bunuh kakak ipar akulah sial!" tengking Atilia tetapi pipinya terus ditampar oleh Micheal dengan kuat.

Pang!

Bibir Atilia pecah, Micheal tersenyum sinis, dia tidak suka jika ada orang yang meninggikan suaranya.

"Kau ni pengecutlah, kau fikir kau kuat sangat ke dengan culik kami bertiga, dasar lembik! Penakut!" jerit Hande dengan lantang, sakit hatinya melihat rakan-rakannya diperlukan sebegitu. Namun, Micheal tidak menghiraukannya, dia harus menyelesaikan Putri terlebih dahulu sebelum giliran mereka.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now