BAB 58 💛

12.2K 528 18
                                    

Hande keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri, dia lihat ada beg baju baju yanh banyak diatas katilnya, kaki melangkah kearah katil tersebut.

Dibelek satu persatu beg tersebut, semuanya cantik belaka dan mengena dengan citarasanya, bibirnya mengukirkan senyuman lalu memilih antara satu untuk digunakan.

Diambil satu pakaian tidur yang mempunyai corak yang simple lalu disarungkan pada tubuhnya. Setelah siap berpakaian lengkap, dia mengambil kesemua beg tersebut dan dimasukkan kedalam almari.

Raziq juga ada membeli tudung untuknya dengan pelbagai jenis, dia sangat bersyukur kerana ada lagi orang yang sanggup membantunya.

"Ibu."

Airmatanya mengalir lagi, dia duduk dan menyembunyikan wajah disebalik lututnya. Hande menangis teresak-esak, sungguh dia rindukan ibunya.

Pintu dibuka dari luar, Raziq melangkah masuk bersama dulang makanan ditangannya.

Dia lihat Hande sedang menangis, dulang makanan tersebut diletakkan diatas meja lalu tubuh gadis itu dihampiri.

"Hey, kenapa nangis ni?" soalnya kepada Hande, lantas wajahnya diangkat memandang wajah kacak milik Raziq, airmatanya mengalir dengan laju membasahi pipi.

Raziq terus mendepakan tangannya memberi kebenaran untuk Hande untuk memeluknya.

Hande tidak berfikir panjang, tubuh tersebut terus dipeluknya dengan erat. Dia sangat memerlukan seseorang untuk menghilangkan rasa sedihnya.

"Hande nak ibu, hande dah tiada sesiapa lagi dalam dunia ni." luahnya, Raziq mengusap kepala Hande yang berlampikkan tudung.

Dia hanya membiarkan sahaja Hande menangis, habis basah bajunya kerana airmata gadis itu.

Beberapa minit berlalu, barulah tangisan Hande terhenti, dia meleraikan pelukannya lalu menyeka airmatanya. Raziq tersenyum melihatnya, comel sahaja dimatanya.

"Sorry, sebab saya baju awak dah basah." ucapnya lalu wajahnya ditundukkan, Raziq memegang dagunya dan mendonggakkan wajah Hande untuk melihatnya.

"It's okey dear, saya tak kisah pun," balasnya lalu memandang tepat kedalam anak mata Hande sehingga wajah gadis itu berona merah, Raziq tergelak kecil melihat perkara tersebut.

Ditarik tangan Hande dengan lembut dan dibawa ke katil lalu dulang makanan diambil dan diberikan kepada Hande.

"Awak makan eh, lepastu awak cerita dekat saya apa yang sebenarnya terjadi apa awak." lembut sahaja Raziq menuturkan kata-katanya, Hande mengganguk dan mulai menjamah makanan tersebut.

Selepas beberapa suapan, Hande berhenti makan dan menyerahkan semula dulang tersebut kepada Raziq. Air diberikan kepadanya dan setelah semuanya selesai, dipandang wajah Raziq dengan tatapan yang sayu.

"Kalau awak tak keberatan, awak cerita jelah dekat saya, saya kan kawan awak." ujar Raziq lalu memberikan senyuman ikhlas kepadanya.

Ditarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan untuk mencari kekuatan menceritakan hal yang paling sedih dalam hidupnya.

"Sebenarnya, saya ada seorang ibu dan saya anak tunggal, kami berdua hidup bahagia selepas awak selamatkan saya dulu. Jiran sebelah rumah saya dah lama suka dekat saya sejak pertama kali dia jumpa saya, dia meluahkan perasaan dia dekat saya, tapi saya tak terima sebab saya dah anggap dia seperti abang saya sendiri." ujarnya dan Raziq tekun sekali mendengarnya dan hanya membiarkan gadis itu menghabiskan ceritanya.

"Pada petang tadi, semuanya elok je saya bergurau-senda dengan ibu saya, bermanja dengan ibu saya tapi selepas itu ----" Hande menghentikan katanya seketika lalu airmata ditahan agar tidak tumpah lagi.

"Rizdhuan pecah masuk kedalam rumah kami, dan waktu itu pula saya tengah tidur tapi saya terjaga bila mendengar suara ibu saya seperti bertengkar dengan orang, tapi saya tak sempat nak selamatkan ibu saya kerana waktu itu ibu saya sudah meninggal dunia. Rizdhuan yang membunuh ibu saya, dia kata ibu saya menjadi penghalang untuk dia dan saya berkhawin, sebab itu dia bunuh. Lepastu, dia tarik tangan saya untuk ikut dia tapi saya sempat larikan diri dengan menghentakkan pasu dikepalanya," cerita Hande kepadanya, setitik demi setitik airmatanya tumpah lalu dia tersenyum tawar kepada Raziq.

Raziq berasa marah tetapi kemarahannya tidak ditunjukkan pada gadis tersebut, lantas tubuh kecil itu dipeluk dengan erat.

Hande tidak dapat lagi menahan airmatanya daripada tumpah, terus dia menghamburkan tangisannya dalam pelukan Raziq.

"Shhh! Awak janganlah sedih. Awak buatkan hati saya sakit, awak jangan risau eh, saya ada dengan awak sampai bila-bila." kata Raziq kepadanya. Hande tidak mengganguk mahupun menggeleng, dia hanya menangis sahaja.

Selepas beberapa minit, kedengaran dengkuran halus dari Hande, Raziq tersenyum melihat gadis itu sudah terlena, lantas tubuhnya dibaringkan dan selimut ditarik sehingga ke paras bahu. Dahi Hande dicium sekilas sebelum dia melangkah keluar dari bilik tersebut.

'I will make sure dear, lelaki itu akan terima balasannya.'

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now