BAB 18 💛

14.8K 758 18
                                    

Pintu bilik diketuk berkali-kali oleh Iskandar, sampai nak pecah pintu tu dibuatnya, tak reti nak ketuk elok-elok ke.

"Adik bangun! Bangunlah budak, anak dara apa kau ni. Matahari dah naik boleh pula kau masih tidur, bangun!" pekik Iskandar dari luar bilik Putri. Dia tidak memperdulikan pekikkan dari abangnya, malah dia hanya beriak biasa dan menyambung tidurnya.

Pulang je dari mall kemarin dengan Atilia, dia terpaksa membantu uminya memasak, mengemas kerana kawan abahnya datang kerumah mereka. Lepas sahaja kawan abahnya pulang, ditambah pula dengan bebelan abangnya yang menegurnya supaya jangan layan sesiapa sahaja yang tidak dikenali termasuk abang alien itu. Aku pelik macam mana eh abang Is tahu, ah lantaklah!

"PUTRI QHAISARA QISTINA BINTI MAHMUD! Aku kira sampai tiga, kalau adik taknak bangun juga, tahulah abang nak buat apa dekat adik." jerit Iskandar lalu mengugut adiknya menyuruhnya bangun. Sakithati dan sakit tangan kerana mengetuk pintu dengan kuat, ini semua sebab adiknya yang pemalas sangat nak bangun.

Putri lantas bangun dari tidurnya. Alamak, minta-mintalah abang Is takyah jadi singa, dahla kalau marah macam singa hilang bini je, bengis sungguh muka tu.

"Ish, yelah-yelah, little dah bangun. Tak payahlah nak menjerit bagai, macam tarzan je little dengar tahu tak?" kutuk Putri dengan selamba sebelum masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

Iskandar yang berada diluar pintu itu menahan geram dengan mulut adiknya yang tidak berlesen, cakap main lepas je, nasib kau adik aku, kalau tak dah lama aku bunuh biar mampus.

Iskandar meninggalkan bilik adiknya dan turun kebawah. Dia lihat Irfan sedang berbual dengan kedua ibubapanya mengenai tarikh perkhawinan dia dan juga Putri diikuti dengan ibubapa Irfan, Atilia, Daniel dan Raziq yang turut berada disitu.

"Hah Is, asal teriak kuat sangat tadi? Adik buat hal lagi ke?" soal abahnya kepada Iskandar. Dia pun kenal sangat dengan sikap anak gadisnya kalau penat susah sangat nak bangun.

"Macam biasalah abah, macam tak kenal pula dengan gaya adik tu macam mana," jawab Iskandar lalu mengambil tempat disebelah Atilia. Jantung Atilia sudah memainkan rentaknya. Alahai jantung, tolong bagi kerjasama boleh tak! Macam nak terkeluar je jantung ni, Atilia berkata dalam hati.

Mereka yang lain tergelak kecil sebelum menyambung perbincangan mereka sebentar tadi. Irfan hanya membiarkan sahaja kedua ibubapanya mengurus hal perkhawinan mereka.

Putri turun kebawah setelah habis membersihkan diri. Dia pelik asal ramai sangat orang datang kerumahnya, ada kenduri ke apa, dia lihat susuk tubuh Atilia, lantas dia berlari anak kearahnya.

"Akak lia." jeritnya lalu menolak tubuh abangnya dengan kuat sehingga jatuh ke lantai. Selepas itu, dia duduk disebelah Atilia dan memeluk tubuhnya.

Yang lain sudah melepaskan tawa mereka melihat telatah Putri yang kebudak-budakkan itu. Jika dilihat dengan mata kasar, mungkin orang akan berfikir bahawa dia adalah gadis normal tetapi hakikatnya dia adalah gadis autistik.

Ibubapa Irfan tidak kisah nak menantukan gadis autistik seperti Putri, mereka tetap menerimanya dengan hati yang terbuka, malah Tengku Khaisarah sangat gembira kerana doanya termakbul nak menjodohkan anaknya dengan Putri.

"Aduh! Adik ni dah kenapa? Tak boleh ke cakap dengan abang suruh pindah, tak payahlah nak tolak bagai!" kata Iskandar dengan geram lalu menggosok punggungnya yang elok sahaja mencium lantai sebentar tadi. Putri tersengih sahaja mendengar kata dari abangnya.

Encik Mahmud dan Puan Nurhuda menggelengkan kepala mereka melihat perangai Iskandar dan Putri yang sentiasa mencuit hati tua mereka.

"Dah lah tu, tak malu ke ada tetamu dekat sini.'' tegur Puan Nurhuda lalu Putri tersenyum, sempat dia melihat abangnya yang menjeling kearahnya. Elley, jelinglah lagi, Putri doakan mata tu jadi juling.

"Jadi, Huda kami nak perkhawinan mereka berlangsung pada bulan hadapan, korang setuju ke?" soal Tengku Khaisarah kepada bakal besannya. Puan Nurhuda mengganguk setuju, benda elok jangan dilambatkan.

"Saya dan suami saya okey je, benda yang elok tak baik nak ditangguh-tangguhkan, kan abang?" Puan Nurhuda bertanya kepada suaminya. Encik Mahmud tersenyum lebar dan mengganguk.

"Alhamdulillah, kalau macam tu kira semuanya dah selesailah ni?" soal Tengku Afifah dan dibalas anggukan dari mereka. Irfan hanya tersenyum manakala Putri pula mengerutkan keningnya tanda tidak faham, dia ingin menyoal umi, abah dan abangnya setelah keluarga Irfan pulang nanti.

Setelah habis berbincang, mereka semua meminta diri untuk pulang kerumah dan ingin membuat persiapan awal untuk perkhawinan anak mereka nanti.

Setelah kereta mereka meninggalkan halaman rumah Putri, dia terus menyoal abang, umi dan abahnya.

''Erkk, umi kahwin itu apa? Dan siapa yang dimaksudkan dengan "mereka" tu?" tanyanya kepada mereka dengan sebelah kening dijongketkan. Keluarganya tersenyum lebar sebelum Puan Nurhuda menjawabnya.

"Kahwin tu maksudnya, lelaki dan perempuan akan bersama dan akan tinggal serumah dengan lelaki tu," jawab Puan Nurhuda kepada anak bongsunya, Putri hanya mengganguk.

"Oh! Jadi siapa yang nak kahwin umi?" tanyanya sekali lagi. Iskandar lantas menjawab soalan adiknya.

"Adiklah yang nak kahwin dengan Tengku Irfan, adik suka dia tak?" soal Iskandar sambil tersenyum nakal kearah adiknya.

"Tengku Irfan? Pakcik tu? sukalah juga sebab dia hensem heheh." sengih Putri. Mereka menggelengkan kepala, sebab hensem je dia suka, eh budak ni. Iskandar tersenyum lebar walaupun adiknya tidak tahu apa-apa, sekurangnya adiknya ada juga perasaan suka terhadap Irfan, jadi dia tidak perlu risau lagi.

"Kalau suka, dengar cakap abang Is. Kahwin  dengan eh. Lepastu, adik dah kena tinggal dengan dia sekali, hanya adik dengan dia je." Iskandar berkata kepada adiknya sambil mengusap lembut pipinya. Putri tidak faham, kenapa mesti berdua?

"Kenapa pula little kena tinggal berdua dengan dia je? Kenapa korang taknak ikut sekali? Korang nak tinggalkan little ke? Ataupun korang dah jual little dekat mereka semua?" tanya Putri dengan mata yang berkaca-kaca. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri, alahai budak ni nampaknya sudah salah faham.

"Bukan macam tu sayang, kami tak tinggalkan adik pun, kami ada je dekat sini. Adik boleh je datang sini, cuma adik dah ada rumah baru tau dengan pakcik tu" jelas Iskandar kepadanya. Putri tidak jadi mengeluarkan airmatanya.

"Oh..maknanya little kena pindah rumah barulah ni, okeylah kalau macam tu little setuju," balas Putri kepada mereka sambil membuat simbol 'ok'. Mereka menghembuskan nafas lega kerana bukannya susah sangat nak pujuk Putri untuk khawin.

"Okeylah, little naik atas dulu, selamat malam abang sayang, selamat malam umi tercinta, selamat malam heroku, muahhh!" Putri berkata sambil membuat flying kiss kearah mereka sebelum meloloskan diri ke bilik tidurnya.

Mereka hanya menggelengkan kepala,hari siang pun dikata selamat malam. Sah memang sewel, nampaknya tak lama lagi Putri akan berkhawin mesti rumah ni sunyi kalau dia tiada dalam rumah ni.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now