BAB 21 💛

14.6K 681 1
                                    

Tengku Atilia menangis teresak-esak didalam biliknya. Bergema bilik tersebut dengan suaranya, dia menghempaskan kesemua barang yang ada dalam biliknya.

Dia trauma dan pada masa yang sama dia berasa marah pada dirinya kerana tidak pandai menjaga maruah dirinya, buktinya dirinya hampir hilang dara.

"Arghh!" jeritnya dengan kuat, matanya bengkak kerana asyik keluarkan airmata. Dia benci dengan dirinya walaupun maruah masih belum hilang tapi dia berasa jijik dengan tubuhnya.

Keluarganya yang mendengar jeritan tersebut lantas mereka pergi menuju ke biliknya. Mereka telah mengetahui hal yang telah berlaku pada Atilia hampir dirogol dari Iskandar kemarin.

Pintu bilik dibuka oleh Irfan, alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan bilik tersebut sudah seperti sampah, kaca yang pecah, cadar katil yang bersepah, almari yang pecah dan yang paling mengejutkan lagi ialah keadaan Tengku Atilia yang tidak terurus dengan rambut yang serabai dan tangan yang berdarah, dah macam orang gila.

"Astaghfirullahalazim, lia buat apa ni nak? Kenapa nak? Cuba cakap dengan mummy." sayu sahaja Tengku Khaisarah berkata. Ingin dia mendekati anaknya tapi terdapat banyak perhiasan kaca yang pecah di lantai.

"Adik, kenapa dengan adik ni huh? Boleh tak jangan susahkan kami semua, kalau adik terus macam ni, diri adik juga yang susah!" tengking Irfan, rahang diketap, geram dengan sikap adiknya yang seakan tidak waras itu.

Tengku Atilia tergelak kecil apabila mendengar apa yang dikatakan oleh abnagnya sebentar tadi. Dah macam orang gila dah keadaan dia waktu itu.

"Kenapa adik susahkan korang ke? KALAU RASA ADIK NI SUSAHKAN KORANG SEMUA, LEBIH BAIK ADIK MATI JE!" tengkingya kepada mereka semua. Nafasnya turun naik menahan amarahnya. Dia kecewa dan berfikir keluarganya yang tidak memahami keadaannya. Hakikatnya, keluarganya sangat kisah tentang hidupnya terutama sekali Irfan.

"KORANG TAK RASA APA YANG ADIK RASA, KORANG TAK TAHU APA YANG ADIK PENDAMKAN, ADIK RASA JIJIK DENGAN DIRI SENDIRI SEBAB ADIK LEMAH TAK DAPAT HALANG LELAKI SIAL TU DARI SENTUH!WALAUPUN MARUAH ADIK BELUM DIAMBIL, TAPI ADIK MASIH RASA PERBUATAN LELAKI SIAL TU MASIH MELEKAT PADA TUBUH ADIK!" suaranya naik seoktaf menyambung ayatnya lalu tangan menumbuk cermin hingga pecah, mereka hanya membiarkan sahaja Atilia meluahkan semuanya kepada mereka.

"ADIK MALU SEBAB AURAT YANG ADIK JAGA SELAMA INI SUDAH DILIHAT OLEH LELAKI SIAL TU! ADIK MALU SEBAB TAK PANDAI JAGA DIRI SEPERTI APA YANG KORANG SEMUA HARAPKAN, ADIK MALU. LEBIH BAIK ADIK MATI JE SEBAB ADIKKAN SELALU SUSAHKAN KORANG, ADIKKAN BODOH SEBAB TAK PANDAI JAGA DIRI SENDIRI." Tengku Atilia menghabiskan kata-katanya dengan nada yang sayu. Dia memukul-mukul kepalanya sendiri, lalu dia mengambil gunting dan menikam dirinya sendiri.

"ADIK!" Jerit mereka bertiga serentak.

Lantas dia mendekati tubuh adiknya, dia tidak lagi memperdulikan kakinya yang terkena serpihan kaca, dia hanya memikirkan adiknya sahaja, Tengku Khaisarah sudah pengsan tetapi sempat disambut oleh suaminya.

"Adik, kenapa buat macam ni? Siapa kata adik susahkan kami? Adik tahu tak adik ni berlian yang paling berharga untuk kami semua, kenapa adik buat semua ni sayang?" sayu sahaja Irfan berkata lalu dia meletakkan kepala adiknya diribanya. Dia takut untuk kehilangan seorang lagi insan yang dia sangat sayang. Ya Allah, janganlah kau ambil nyawanya, sungguh aku tidak mahu kehilangannya.

"Abang, adik pun sayangkan korang semua. Cuma adik malu dengan diri adik sebab tak pandai nak jaga diri sendiri." ujar Atilia lalu mulutnya terbatuk darah, airmata setia mengalir dipipi, pandangannya semakin lama semakin kabur.

"Adik jangan tinggalkan abang dik, adik bertahan ye, daddy call ambulans now! Adik bertahan ye sayang demi abang, please!" rayunya tersendu-sendu kepada adiknya, Tengku Atilia hanya tersenyum hambar, dia tidak larat mahu bersuara, perutnya terasa sakit sangat.

"Adik jangan tutup mata sayang, buka mata, please abang merayu. Jangan tinggalkan abang dear." sambungnya lagi sambil menepuk-nepuk wajah adiknya dengan perlahan. Keadaan waktu itu mengingatkan dia pada kejadian Aiman dibunuh oleh Micheal, cukuplah dia kehilangan Aiman, dia tidak sanggup untuk kehilangan Atilia pula.

Pandangan Atilia sudah menjadi gelap, akhirnya dia sudah tidak sedarkan diri. Irfan menjerit sekuatnya nama adiknya, dia menggoncang tubuh adiknya berkali-kali.

"Adik bangun dik, janganlah tinggalkan abang, abang tak kuat nak hadapi semua ni kalau adik tinggalkan abang." luah Irfan dengan airmata yang mengalir dengan derasnya sambil memeluk tubuh adiknya dengan erat. Tengku Afifah setia berada disamping isterinya yang tidak sedarkan diri itu, airmatanya juga turut mengalir melihat keadaan itu.

'Adik tolong bertahan dik demi keluarga kita, tolong jangan tinggalkan kami semua sayang.' sayu Tengku Afifah berkata dalam hati tuanya.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now