BAB 29 💛

13.7K 629 1
                                    

Pechh!

Perhiasan kaca dalam bilik tersebut habis berkecai dilantai, bilik tersebut bergema dengan suara amarah Iskandar, perabot-perabot pun sudah tunggang-langgang olehnya.

"ARGHH! KORANG NI MEMANG SIALLAH, YANG KORANG BIARKAN ADIK AKU KELUAR SENDIRI APA HAL HUH SETAN!" tengkingya kepada 4 orang lelaki yang mengawal bilik Atilia, mereka berempat sudah kecut perut melihat wajah bengis Iskandar.

Waktu Iskandar bangun dari tidurnya selepas 5 minit Putri keluar, dia tidak melihat susuk tubuh adiknya dalam bilik tersebut, sangkannya adiknya berada dalam bilik air, tetapi bila dia memeriksa bilik air, tiada pun susuk tubuh adiknya.

Lalu dia bertanya kepada 4 orang pengawal tersebut mengenai adiknya, mereka memberitahu yang adiknya keluar sebentar sahaja, tetapi mereka sudah pun melarang namun adiknya mengugut mereka, terang 4 pengawal tersebut kepada Iskandar.

"KALAU KORANG BERITAHU AKU LEBIH AWAL, AKU BOLEH HALANG DIALAH SIAL, TAPI KAMU BIAR JE DIA PERGI!" tengkingnya lagi, rahang diketap kuat , nafasnya turun naik dan matanya pun sudah berubah menjadi gelap, tajam anak matanya melihat 4 orang pengawal tersebut. Memang Irfan boss mereka, tapi dia juga ada hak sebab dia juga dikira sebagai boss kedua mereka.

"AKU NAK KAMU SEMUA PERGI CARI ADIK AKU SAMPAI JUMPA! KALAU TAK JUMPA, KORANG JANGAN BERANI TUNJUKKAN MUKA DEKAT AKU. KALAU KORANG TUNJUKKAN JUGA MUKA KORANG, TAHULAH NASIB KAMU. DAN INGAT JANGAN CUBA NAK LARIKAN DIRI, MATA-MATA AKU BANYAK DEKAT LUAR!" tengkingnya lagi lalu meja ditumbuk dengan kuat sehingga memberi kesan pada tangannya. Dia tidak mampu menahan amarahnya lagi, sungguh dia risaukan adiknya yang dah nak dekat sejam adiknya keluar tapi tak balik lagi.

"Baik korang keluar, sebelum ada nyawa yang melayang." katanya dengan tenang. Wajahnya pun dingin sahaja tidak bengis seperti tadi. Tapi, disebaliknya katanya yang tenang, fikir dia tak marah lagi ke? Sebaliknya itulah yang paling menakutkan untuk semua anakbuah mereka, nampak tenang sahaja tapi tuptup nyawa kau dah melayang.

Mereka berempat tidak membuangmasa, terus sahaja mereka melangkah keluar dari bilik tersebut, silap hari bulan nyawa kau melayang, dahlah mereka belum khawin lagi, masih single okey.

Fikirannya kusut tika itu, dia risau dengan adiknya Putri, kalaulah masa boleh diputarkan kembali, dia tidak akan tidur dan membiarka adiknya sendiri, bodoh!

Hal ini sudah diketahui oleh Irfan, macam mana dia tahu? Iskandar sendiri pun tidak tahu, setahunya dia belum lagi memberitahu hal tersebut kepadanya termasuk ibubapanya. Tidak perlu pelik kerana Irfan juga merupakan ahli mafia, jadi sudah tentulah dia tahu.

"Adik, kenapa adik tak dengar cakap abang? Abang dah pesan kan sebelum pergi hospital jangan keluar sendirian, tapi kenapa adik degil huh?" gumamnya perlahan, fikirannya jauh melayang memikirkan keadaan adiknya.

Telefon bimbitnya berbunyi, dia lihat nama Irfan pada telefon bimbitnya, dia mengeluh perlahan. Ni lagi seorang, dahlah aku kusut sekarang ni, nak tak nak terpaksa juga di jawab.

"Asal kau biarkan je adik kau sendiri huh?" tengkingnya disebalik talian. Belum sempat Isakndar berkata, dia terus ditengking oleh Irfan, haih. Iskandar terus menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga, tak reti bagi salam ke? Ni main terjah je, boleh pekak telinga aku kalau macam ni, bebelnya dalam hati.

"Tak reti cakap elok-elok ke? Yang kau nak marah aku apa hal? Aku tak minta pun semua ni berlakulah sial!" balasnya sedikit kasar, sukasuki dia je nak marah aku, dahlah marah aku belum reda lagi.

"Kalau kau jaga dia dengan baik, takdenya dia boleh hilang. Kalau terjadi sesuatu dekat Putri , siap kau!" kata Irfan sebelum mematikan panggilan. Iskandar mendengus geram, dia fikir dia siapa huu nak ugut-ugut aku, kau fikir kau siapa? Kau fikir kau raja?

"Adik dimana? Abang Is doakan adik baik-baik sahaja. Kalau terjadi sesuatu dengan adik, abang Is takkan maafkan diri abang Is sendiri." gumamnya dengan airmata setitik demi setitik jatuh. Jika berkaitan dengan Putri, dirinya lemah dan mudah menangis, ini kerana dia sangat menyayangi adiknya dari gadis itu kecil sehingga sekarang.

Sebab itulah dulu dia menyembunyikan identiti adiknya, kerana dia tidak mahu musuhnya tahu Putri adalah kelemahannya, dia tidak mahu itu berlaku, tapi nampaknya sesetengah musuhnya sudah mulai mengetahui hal tersebut.

Dia bersumpah, jika ada yang menyakiti adiknya, dia takkan teragak-agak untuk membunuh dan menyeksa siapa yang berani menyentuh adiknya, itu tekadnya.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz