BAB 50 💛

14.4K 570 13
                                    

Setelah siap berpakaian, dia lihat penampilan dicermin , dia mengenakan jubah serta tudung bawal sahaja namun tetap kelihatan ayu.

Dia tidak mengenakan makeup, dia cuma mengenakan bedak sedikit dan pelembab bibir, dia mengambil beg tangannya dan melangkah keluar dari biliknya.

Dia menuruni anaktangga, terlihat mummy dan daddynya rancak berbual diruangtamu, Atilia mendekati ibubapanya.

"Goodmorning daddy, mummy." katanya lalu mengambil tempat disebelah ibunya. Tengku Khaisarah dan Tengku Afifah tersenyum melihat kearah anak gadis mereka.

"Morning anak mummy, ni nak pergi mana pakai lawa-lawa ni? Nak pergi jumpa bakal menantu mummy ke?" sakat mummynya kepada Atilia, Tengku Afifah sudah tergelak, manakala Atilia menggeleng laju. Ish, adakah patut cakap macam tu, baru kemarin jumpa kot.

"Ish, mummy ni. lia pergi rumah abanglah, temankan isteri dia dekat rumah. Mummy dan Daddy pun tahu banyak yang dah terjadi dekat isteri abang tu, jadi tak salahkan kalau lia temankan dia." ujarnya kepada mereka, ibubapa mengganguk setuju, memang banyak yang berlaku kepada menantu mereka itu.

Sampai sekarang mereka tidak tahu sebabnya, kalaulah mereka tahu semua yang berlau adalah disebabkan oleh musuh anak mereka dan abang Putri yang merupakan ahli mafia.

"Kalau macam tu, Lia pergilah cepat, nanti abang tunggu lia pula. Kirimsalam dengan mereka." ujar daddynya kepada anaknya, isterinya mengganguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh suaminya.

"Lia pergi dulu eh, assalamualaikum." katanya lalu mencium kedua tangan orang tuanya dan melangkah keluar dari rumah mereka.

"Abang, Khai rasa nak khawinkan Lia tu secepat mungkinlah. Taklah hidup dia keseorangan, kalau dia dah ada suami boleh diajak bergurau, keluar sama-sama, taklah bosan hidup dia nanti." luahnya kepada suaminya .

"Sama macam sayalah kan, tempat peluk awak waktu malam." katanya kepada isterinya sambil tersenyum senget. Wajah Tengku Khaisarah sudah berona merah, lantas tangannya mencubit peha suaminya.

"Aduh..sakitlah." adunya lalu menggosok pehanya, berbisa juga cubitan isteri aku ni, Tengku Khaisarah hanya tersenyum senget sahaja.

"Gatal lagi, itu baru sikit eh." katanya kepada suaminya, Tengku Afifah membuat muka cemberut, gatal sikit pun tak boleh!.

"Jadi, apa rancangan awak nak khawinkan Lia tu?" soalnya kepada Tengku Khaisarah lalu isterinya tersenyum lebar.

"Saya akan khawinkan dia bulan depan dengan Iskandar, lagi pula Iskandar memang suka dengan anak kita." terangnya dan suaminya mengganguk setuju. Dia sendiri pun berkenan dengan Iskandar dan dia yakin yang Iskandar mampu menjaga Puterinya.

Mereka berdua berbual mengenai rancangan mereka untuk menyatukan Atilia dan Iskandar, wajah mereka sangat gembira, nampaknya ada menantu baru lagi masuk dalam keluarga itu.






Atilia fokus dengan pemanduannya, kereta dihentikan apabila lampu isyarat bertukar merah, setelah lampu isyarat bertukar warna hijau, keretanya berjalan semula.

Tetapi, entah dimana silapnya, keretanya melanggar sebuah kereta mewah, wajahnya sudah pucat, dia takut dan sebagainya. Owner punya kereta tersebut sudah keluar.

"Alamak! Bala apakah pula ni?" katanya lalu meraup wajahnya sebelum melangkah keluar.

"Encik, saya minta maaf, saya tak sengaja, saya janji akan bayar kerosakkan kereta encik." katanya kepada lelaki tersebut, lelaki itu hanya mengenakan mask dan kaca mata hitam sahaja namun begitu dia tetap kelihatan kacak.

Terpukau seketika Atilia, namun selepas itu dia tersedar. Eh, lia jangan macam-macam, Iskandar kau nak letak dekat mana?

"Em, is okey babygirl. Tak teruk mana pun sayang." ujar lelaki itu selamba, melopong mulut Atilia.

Eh gatal pula lelaki ni, sukahati dia je panggil aku sayang, ingat dia hensem, aku terpikat ke? Eh, memang terpikat pun.

"Okeylah kalau macam tu, saya minta diri dulu, sekali lagi saya minta maaf and one more thing, don't call me like that!" ujarnya tegas terhadap lelaki itu, dia dapat melihat lelaki itu tersenyum disebalik masknya, Atilia membuat muka menyampah, gila!

"Apa salahnya babygirl? You memang kesayangan aku pun." katanya lagi. Atilia sudah berasa panas, eh bila masa pula aku jadi sayang dia ni? Kenal pun tak!

Atilia pantas meninggalkan lelaki tersebut, tak ingin dia nak berlama dengan lelaki gila tu!

Dia masuk kedalam perut kereta lalu enjin dihidupkan dan meninggalkan tempat tersebut. Lelaki itu hanya tersenyum sinis melihat kereta Atilia semkain menjauh dari pandangannya.

"You're mine babygirl, only you, i will make sure that you will be mine dear."

Ujar lelaki tersebut lalu mengukirkan senyuman penuh makna, dia masuk kedalam kereta semula lalu kereta enjin dihidupkan dan meninggalkan kawasan tersebut.

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now