Bab 23 - Yang manis (Akhir)

1.6K 184 198
                                    

Bab akhir.  Maaf, lewat memuatnaik cerita ini.  Terima kasih sebab masih setia menunggu.  Selamat membaca!  Semoga semuanya manis-manis sahaja.

***

MELIHAT Hadi melangkah naik ke pentas dalam jubah seorang graduan, membuatkan aku terus tersenyum. Hari konvokesyen aku sudah lepas. Hari ini giliran Hadi pula. Ya, dia datang. Dan, jangan tidak percaya, dia bawa bunga!

Hadi dengan tata-hormat menerima ijazahnya. Menunduk, lalu mengundur selangkah sebelum berjalan menuju ke arah tangga. Tiba-tiba, dia menghentikan langkah, berdiri seketika memandang pada audiens. Matanya menyoroti ke barisan bangku yang aku duduki sebelum mata kami bertemu. Hadi tersenyum. Dia, tanpa silu mengenyitkan mata sebelum berlari anak, turun dari pentas.

"Untuk apa tadi tu?" Aku menyoalnya ketika dewan sudah bubar. Dia pun sudah menanggalkan jubah daripada tubuh. Kami berjalan beriringan ke tapak jualan. Mak dan abah entah ke mana. Mungkin mencari makanan atau cenderamata.  Membiarkan hanya aku dan Hadi.

Hadi memandang pada aku. Wajahnya mencuka. Aku ketawa bila Hadi seolah-olah berkecil hati denganku yang acah tidak faham dengan kenyitan matanya tadi. Tawaku bubar bila Hadi tiba-tiba melangkah pergi.

Berlari-lari aku mengejar Hadi. Dia menuju ke gerai ais krim. Aku setia menemani. Dia hanya beli satu ais krim kon? Perisa cappuccino? Pastinya untuk diri sendiri? Huh, sampainya hati! Aku datang pada hari konvokesyennya, dia buat aku begini?

"Buka mulut." Dia menghalakan air krim cappuccino ke bibirku. Aku jilat sedikit. Hmm ... tidaklah pahit sangat. Manis pun tidak juga.

"Suka?" Dia bertanya sebelum ais krim yang sama dibawa menyentuh bibirnya.  

Aku tersenyum sambil mengangguk. Hadi makan dengan comot. Aku keluarkan sehelai tisu, lalu aku bersihkan di sekeliling bibirnya. 

"Terima kasih."

Mata kami bertaut.  Hanya seketika sebelum kami melangkah menjauhi gerai ais krim.  Aku paut lengan Hadi. Kami berjalan seiringan sambil makan satu ais krim berganti-ganti. Seronok jadi isteri Hadi. Dia memang tidak manis seperti ais krim vanilla atau chocolate. Tetapi tidak juga sepahit mana. 

Hadi seperti cappuccino. Ada rasa yang istimewa dengan cara yang tersendiri.

"Jangan berpura-pura macam tadi. Saya terasa hati." Kami terus berjalan.

"Maaf."

"Saya pernah terasa hati dengan Amy pada malam kem dulu. Saya menahan malu menyanyikan lagu agar Amy tahu perasaan saya pada Amy. Saya kenyit mata pada Amy. Tapi, Amy tetap blur!"

Manalah aku hendak tahu yang Hadi menyanyi untuk aku. Cakap terus-terang bukankah senang? Aku ini jenis manusia lurus bab-bab perasaan ini. Takut untuk aku menebak sikap orang pada aku, lebih-lebih lagi lelaki seperti Hadi.

"Bukan sekali usaha saya. Saya tebalkan muka datang pada Amy masa perlawanan bola.  Saya minta air Amy. Saya minum bekas Amy sebab nak tunjuk yang saya tak kisah berkongsi dengan Amy.

Tapi, Amy masih tak nampak.  Saya tambah lagi hint.  Saya serah wallet saya. Konon nak Amy belikan air. Tapi sebenarnya saya nak Amy buka wallet tu. Di dalamnya ada sebaris ayat untuk Amy. Saya tulis yang saya sukakan Amy. Tapi, Amy tak buka pun. Malah sentuh pun tidak."

"Maafkan saya." Sedih aku mendengar cerita Hadi. Bersungguh dia cuba beritahu perasaan dia pada aku dengan pelbagai cara, tapi aku ...

"Terima kasih, bagi saya daging burger bakar pada malam itu. Saya suka sangat. Puas sangat." Aku cuba mengembalikan mood Hadi. Tak mahu aku lihat Hadi bersedih dengan kenangan dulu.

KAWAN (Completed)Where stories live. Discover now