Bonus chap - POV Hadi

1.2K 142 28
                                    

NAMA aku, Hadi. Aiman Hadi bin Mustakim. Aku terpaksa keluar dari sekolah berasrama penuh, berpindah ke sekolah biasa bila seluruh ahli keluarga aku maut dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan yang berlaku ketika mereka ingin menjemput aku pulang bercuti.

Apa kau rasa? Bila yang kau nanti tak kunjung tiba, hanya berita kematian yang menjemput kau pulang.

Datuk kata, "Hadi, seberat-berat ujian itu adalah ukuran iman. Semakin tinggi iman, semakin berat ujian."

Aku berkata pada datuk, "Hadi tak kuat, tok. Iman Hadi tidak tinggi mana. Kenapa Allah duga Hadi? Allah tersilap hamba, tok. Bukan Hadi. Mungkin ujian maha hebat ini untuk hamba Allah yang lain, tok."

"Istighfar banyak-banyak Hadi. Allah lebih tahu kekuatan dan kemampuan hati Hadi berbanding Hadi sendiri. Jika Allah kata, Hadi hamba yang kuat, kerana itu DIA uji Hadi, maka Hadi benar-benar hamba yang kuat. Kuat hati dalam menghadapi ujian yang maha hebat.

Allah itu sempurna. Allah tahu segala-galanya. Hadi jangan pernah lupa satu perkara bahawa, Allah itu yang menciptakan hati. Allah percaya yang Hadi mampu, maka Hadi harus percaya juga."

Datuk tinggalkan aku berteleku di hadapan empat pusara. Pusara ibu dan ayah. Pusara dua adikku. Yang aku ... sudah mulai rasa rindu. Tidak terungkap. Berbelit di dalam hati yang Allah yakin, kuat.

Jika Allah kata, Hadi hamba yang kuat, kerana itu DIA uji Hadi, maka Hadi benar-benar hamba yang kuat.

In-shaa-Allah, aku kuat.

Aku berteleku seorang diri di hadapan pusara, tanpa mengeluarkan walau setitis air mata. Aku kuat. Allah kata, aku kuat. Aku hilang doa ibu dan ayah, tetapi aku punya doa sendiri. Seorang anak yang soleh, adalah anak yang memberi kepada ibu dan ayah. Sama ada ketika mereka bernyawa, apatah lagi ketika mereka di alam barzakh. Amalan mereka dengan dunia sudah terputus. Tidak mampu memohon ampun. Tidak mampu memohon doa. Apa yang ditinggalkan itulah yang akan membantu mereka.

Aku.

Aku, Aiman Hadi yang ditinggalkan.

Yang akan memohonkan ampun bagi pihak mereka.

Yang memohon doa untuk kebaikan mereka di sana.

Yasin wal quranil hakim.

.

.

"AIMAN HADI. Dari Perak." Hanya dua baris ayat kututurkan sebagai pengenalan diri kepada rakan sekelas di sekolah baru. Banyak mata yang memandang, tetapi sepasang mata daripada gadis paling hadapan menarik perhatian.

Dia merenung muka aku, tetapi aku percaya fikirannya melayang. Orang lain teruja, dia hanya biasa dan bersahaja. Aku mengerling pada dia bila aku lihat, dia tidak fokus sepenuhnya kepada apa yang aku dan budak baru yang seorang lagi itu katakan. Gadis ini cantik bila dipandang lama, cuma terlindung segala yang cantik itu dengan penampilan yang biasa-biasa sahaja.

Bila rakan yang sama-sama baru dengan aku mengenalkan diri dan nama panggilan, kelas jadi gamat. Di saat ini aku melihat kuntuman senyum gadis yang disebut namanya juga 'Lia'. Dia nampak tidak kisah, tetapi banyak manusia lain pula yang begitu mengisahkan perihal namanya.

Menarik!

Dari sini, aku mula memberi perhatian pada dia. Acapkali pula kami bersabung mata. Dia ... berbeza dengan mana-mana perempuan yang pernah kukenal. Dia cukup berani membalas pandangan mata aku yang orang lain kata, tajam. Dia membalas tanpa senyuman atau kerutan di dahi. Dia benar-benar membuatkan aku rasa tercabar.

KAWAN (Completed)Where stories live. Discover now