Bab 17 - Kopi, Air mineral & 100 Plus

1K 147 96
                                    

AKU tidak tahu kenapa aku suka mengaitkan kopi dengan kehidupan. Mungkin kerana citra kopi itu sendiri seperti kehidupan.

Ada kopi hitam, ada kopi putih. Ya, sama macam hidup yang tidak lari daripada dua warna ini.

Kopi juga ada yang diminum panas, diminum sejuk. Sejuk dengan ais.

Kopi juga ada yang diminum pahit, ada yang diminum manis. Sama macam hidup.

Aku memilih kopi hitam, kurang gula dengan kepanasan yang sederhana. Sama dengan hidup aku yang segala-galanya sederhana. Tidak terlalu pahit, tidak terlalu manis. Sesedap rasa. Seenak aku menelusurinya.

Bila sebut kopi pahit-manis, teringat pada Aiman Hadi. Entah dia suka minum kopi atau tidak.  Kalau suka, tentu yang pahit pilihannya.  Dan, kalau ada roti berinti pahit, mungkin itu juga jadi pilihan Hadi. Dia mana suka yang manis!

"Air kau?"

Terkejut aku bila tiba-tiba botol air mineral satu liter aku, diangkat depan muka. Terkebil-kebil sekejap, cuba mencerna sebelum aku membalas kata-kata Hadi.

"Ya, air aku. Kenapa?"

Pantang sebut, terus muncul. Padahal, aku sebut nama dia, dalam hati je kot!

"Aku nak, boleh?"

Aku mengangguk. Takkan nak kata tak boleh. Dia dah pegang pun air tu. Jatuhlah air muka Aiman Hadi kalau aku kata tak boleh pada dia. sudahlah ramai orang di sekeliling yang memerhati. Tapi, air itu sudah kuminum. Ah, lantaklah! Nak kisah apa. Budak lelaki memang macam itu. Tak reti geli minum bekas siapa pun.

Keizinan aku itu membuatkan Aiman Hadi terus duduk di sebelah aku. Menggogok air tanpa menghiraukan pandangan mata manusia lain, yang kebanyakannya budak course aku. Budak course Hadi duduk di bahagian hadapan, seberang padang. Bertentang.

"Dah habis ke game kau?" Aku bertanya. Aku ini nama sahaja duduk di tepi padang, tapi, mata aku pada buku. Tak kuhirau langsung perlawanan bola sepak padang yang sedang berlangsung. Dan, aku tak tahu pun yang Hadi ada main sama. Dan, agak pelik juga bila Hadi datang duduk dekat aku. Aku ini team lawan, kot!

"Ada lagi. Baru tamat first half," balasnya sedikit mengah.

"Hadi." Suara seorang perempuan yang menyapa Hadi membuatkan aku mendongak. Tak kenal. Coursemate Hadi, agaknya. Aku kembali fokus kepada buku di tangan. Bukan hal aku. Tak perlu untuk aku ambil tahu.

"Saya ada belikan awak air 100 Plus. Nah, ambillah. Kenapa duduk di sini? Saya cari awak di sana tadi."

Memang aku tak nak ambil tahu, tapi telinga aku belum tuli untuk tidak mendengar setiap perkataan yang ditujukan kepada Hadi, sebab Hadi duduk di sebelah aku.

"Terima kasih."

Aku dengar Hadi membalas. Dia ambil agaknya air 100 Plus tu. Aku teruskan membaca. Memang hilang fokus sedikit, bila kita sedang membaca, ada suara-suara manusia yang berbual. Lebih-lebih lagi perbualan itu berlangsung di antara seorang budak pendiam. Otak ini walaupun kata tak nak tahu, tapi memang mula membuat telahan pelbagai.

Aku kenal Hadi bukannya baru. Bertahun. Sikap dia yang pendiam, dan jarang berkawan itu yang membuatkan aku musykil dari mana pula dia kenal budak perempuan seorang ini. Walaupun coursemate, aku tak rasa Hadi boleh serapat ini. Dia dengan aku dulu pun sekelas. Tak rapat mana pun. Taklah sampai kau nak belikan dia air bagai.

Crush dia ... kot?

Bunyi-bunyi nafas Hadi yang bersisa penat itu sahaja yang kedengaran kemudiannya. Tiada lagi terdengar suara budak perempuan tadi. Aku mendongak. Ada lagi budaknya. Cuma membisu. Berdiri tercegat di tepi Hadi. Hadi pula macam buat tak tahu. Sibuk dia meneguk air aku tak habis-habis.

KAWAN (Completed)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن