Bab 15 - Detik

937 142 71
                                    

SUMPAH, aku menggelabah! Sebaik Lan putuskan talian tanpa mengucapkan apa-apa kata, fikiranku jadi tidak tentu hala. Bukan kerana kesal kerana tidak melayan rasa hati Lan, tetapi kerana aku rasa bersalah membalasnya dengan cara begitu.

Kenapa tidak aku layankan dahulu? Lan tidak cakap apa-apa pun lagi. Kalau dia cakap yang dia pilih aku sebagai gadisnya, dan akan jadikan aku gadis terakhir dalam hidupnya, pun aku tidak layak untuk menolaknya dengan cara begitu.

Bukankah jodoh pertemuan itu ketentuan Tuhan? Layankan dahulu, tolak kemudian selepas berfikir dalam.

Mengapa sebelum ini, boleh pula kuterima Fidot tanpa ragu? Membuka peluang dan kemudian menyerahkan semuanya pada Tuhan. Tetapi kenapa aku tidak boleh menerima dan melakukan perkara yang sama, bila orang itu ialah Lan?

Sebab aku takut. Ya. Takut itu jawapannya.

Ya Allah, sungguh aku tidak faham dengan ketakutan yang bersarang di dalam diri aku pada waktu itu. Dan ...

Kasihannya Lan ...

Tentu dia malu.

Tentu dia keliru.

Aku sendiri pun keliru dengan apa yang berlaku, apatah lagi dia yang baru putus dengan Dilla. Lan ... aku harap kau okay. Ya Allah, aku runsing. Aku tahu Lan tak okay. Selalunya bila dia putus dengan seseorang, akulah manusia yang akan merawat kesakitannya. Mendengar luahan hatinya. Membuat lawak, menolak kisah sedih Lan. Tetapi sekarang? Akulah punca kesakitan itu. Bagaimana dan mengapa semua ini berlaku?

Aku cuba menelefon Lan untuk satu peluang. Tetapi, Lan tidak jawab. Aku tidak berputus asa. Aku spam telefonnya dengan WhatsApp. Pun sama. Jangan kata blue-tick, tanda dia membukanya pun tidak ada.

Entah-entah Lan sudah block nombor aku. Macam mana aku hendak menghubungi Lan? Macam mana aku hendak tahu keadaan dirinya? Sungguh aku risaukan Lan. Dan, aku rasa bersalah teramat.

Aku cuba menelefon Lan menggunakan nombor telefon rumahnya.

"Myra, ini Kak Amy. Abang Lan ada?"

"Err ... ada kak. Tapi abang ..." Talian terputus. Aku pasti yang Lan telah memutuskan talian itu. Sungguh, aku berputus asa. Ah, Amy! Mungkin kau patut beri masa pada dia. Kuhela nafas yang lelah. Penat memikirkan dosa pada seorang kawan.

Tidak mengapalah. Aku akur, Lan. Akur yang kau perlukan masa. Akur yang kau tidak memerlukan aku buat seketika. Akur yang aku adalah pesalah yang telah melukakan kau. Aku doakan kau baik-baik sahaja, Lan. Jangan sakit sebab aku. Jangan sakit sebab sesuatu yang tidak bernilai, Lan. Aku tak bernilai pun pada kau. Tak berbaloi untuk kau menyimpan sakit kerana aku.

Aku campak telefon ke atas katil. Aku ambil wudhu, lalu menyarung telekung dan mencapai Al-Quran. Ustaz kata, jarak di antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak hati kita dengan Al-Quran.

Bismillahirrahmanirrahim.

.

.

"KAK ..."

Malam itu, senyap-senyap, adik Lan, Myra menelefon aku.

"Akak gaduh dengan abang, ke?"

"Ya, Myra. Akak dah buat silap. Akak tidak sengaja mengecilkan hati abang. Abang macam mana, Myra? Dia okay, ke? Dia makan tak? Dia tengah buat apa, sekarang?" Bertalu-talu kusoal Myra. Risaunya aku bila sudah mengecilkan hati seorang kawan.

Aku mungkin akan redha bila Lan sudah tidak menganggap aku sebagai kawan. Cuma, aku benar-benar risaukan dia. Takut jika dia hilang rasional fikiran dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

KAWAN (Completed)Where stories live. Discover now