Bab 9 - Lagu

948 151 65
                                    

Double update. Tapi, Bab ini pendek sahaja.  Just enjoy petikan gitar dan lagu ini, ya! Terima kasih sebab selalu sokong cerita-cerita saya. Selalu ada walaupun saya dah lama tak update. Bagi kata-kata semangat pada saya.  And, seriously, I like you so much, you'll know it.

***
HADI bawa lagu, Ysabelle Cuevas, 'I Like You So Much, You'll Know It'. Aku tahu lagu ni sebab ini lagu soundtrack drama 'A Love So Beautiful.' Aku, kalau bosan, memang layan juga drama-drama ini.

Aku tak jadi duduk depan-depan sebab tiba-tiba aku teringat amaran Hadi agar aku jangan dekat dengan dia.

Baik.

Aku duduk jauh sikit. Tak berdepan. Tak bertentang muka. Aku duduk di bahagian kiri. Dekat dengan semak. Ada tunggul kayu mati di situ. Hah, di situ aku duduk. Memang jelas nampak dia.

Dia?

Mungkin tak nampak aku sebab kawasan itu gelap. Aku pun bukan jenis muka putih glowing. Jadi, segala riak, mimik muka aku akan terlindung sepanjang aku duduk di situ. Kalau aku teruja dan tanpa sengaja tersenyum bila dengar petikan gitar dan lagu yang Hadi nyanyi pun, tak apa. Dia tidak akan nampak aku.Tempat aku memang strategik!

Hadi tak angkat kepala langsung selepas Cikgu Tarmizi kenalkan dia pada semua orang. Mukanya hanya merenung pada tali gitar. Aku tak sabar nak dengar. Petikan pertama, sebagai menguji tali gitar membuatkan suasana serta-merta sepi. Hanya alam sahaja yang masih tidak mampu diam. Cengkerik sibuk berbunyi. Nyamuk pun tak mahu kalah. Berdengung di telinga, mengganggu konsentrasi aku!

Aku dapat lihat wajah-wajah budak perempuan yang baru tahu kewujudan Hadi sudah berseri-seri. Selepas pada ini, Hadi akan jadi di antara budak lelaki top di sekolah aku, selain daripada budak-budak ragbi.  Ya, aku pasti.

Dan, bila Hadi mula menyanyi, aku sendiri hilang. Tenggelam tidak terselam. Bunyi alam serta-merta hilang.  Bukan sahaja petikan gitar Hadi hebat, malah suara dia memang kena dengan lagu.  Lemak merdu.

Like your eyes, you look away when you pretend not to care,

I like the dimples on the corners of the smile that you wear,

I like you more, the world may know but don't be scared

Coz I'm falling deeper, baby be prepared

I like your shirt, I like your fingers, love the way that you smell,

To be your favorite jacket, just so I could always be near

I loved you for so long sometimes it's hard to bear

But after all this time, I hope you wait and see

Love you every minute, every second

Love you everywhere and any moment

Always and forever I know I can't quit you

Coz baby you're the one, I don't know how

I love you til the last snow disappears

Love you til a rainy day becomes clear

Never knew a love like this, now I can't let go

I'm in love with you, and now you know

I like the way, you try so hard when you play ball with your friends

I like the way you hit the notes, in every song you're shining

I love the little things like when you're unaware

I catch you steal a glance and smile so perfectly

Though sometimes when life brins me down

You're the cure my love

In a bad rainy day

You take all the worries away

Love you every minute, every second

Love you everywhere and any moment

Always and forever I know I can't quit you

Coz baby you're the one, I don't know how

In a world devoid of life, you bring color

In your eyes I see the light, my future

Always and forever I know, I can't let you go

I'm in love with you, and now you know

I'm in love with you, and now you know

Dan, sebaik lirik terakhir dilagukan, Hadi mendongak. Dia tak pandang depan. Dia pandang ke arah kanan dia. Maknanya .... dia pandang ke arah aku!

Tiba-tiba dia kenyit mata kanannya. Yang pasti, audiens di hadapan dia tidak akan perasan apa yang mata kanan dia itu sedang lakukan.  Sebab, kedudukan Hadi yang duduk menyenget.

Dan, automatik ... mata aku berkelip sama. Cuma yang berbeza, mata aku berkelip tak berhenti. Bukan satu, tapi kedua-dua mata. Terkebil-kebil.   Aku cuma mencerna situasi. Aku sedang berhalusinasi agaknya.

Tepukan gemuruh membuatkan bukan sahaja penghuni hutan terganggu lena, tapi aku pun tersedar sama. Aku pandang orang di hadapan aku. Aku pandang juga yang di kanan aku.

Kedua-duanya lelaki. Gay ke budak Hadi ni? Main kenyit mata.  Dan, bila aku tengok budak di hadapan aku melambai-lambai tangan pada Hadi sebelum angkat ibu jari, baru hilang gerakan mata aku yang terkebil tadi. Heh, kawan dia lah! Ada juga kawan dari kelas lain budak penyengap macam Hadi ni. Huh, baru aku tahu!

Gitar bertukar tangan. Cikgu Tarmizi tepuk bahu Hadi dengan senyuman sebelum kami semua di arah kembali ke dorm. Unggun api masih dibiarkan. Aku tak rasa nak masuk dorm. Kalau ada keizinan cikgu, aku rasa macam nak lepak lagi di luar ni. Nak feel feeling mengadap unggun api sambil berlatar muzik alam semulajadi. Bunyi air terjun di malam hari. Bunyi cengkerik dan kodok yang menyanyi.  Rasa nak tidur depan unggun api la ...

"Awak tak nak balik ke?" suara Liyana, siap dengan pakej tangan yang sudah menarik lengan aku membuatkan aku terkejut. Serta-merta aku berdiri.

"Rasanya, tak nak. Tapi, boleh ke?"

"Tentulah tak boleh." Liyana tarik tangan aku. Diseretnya aku agar berjalan balik ke arah dorm.

Bye, bye unggun api. Selamat malam air terjun. In-shaa-Allah, kalau aku dah bekerja, aku akan datang lagi. Aku akan lepak sampai pagi.  Tak mainlah lepak dalam dorm.  Masa tu, aku akan pastikan yang aku dah pandai main gitar. Aku akan main lagu yang sama. Mana boleh kalau aku kalah dengan Aiman Hadi!

KAWAN (Completed)Where stories live. Discover now