Bonus chap - POV Hadi III

1.1K 158 123
                                    

SELEPAS pulang dari kem, aku memang cuba menjauhkan diri daripada Amylea. Acah merajuk, sedangkan orang itu tidak tahu satu habuk pun!

Aku tahu dia tidak pernah sedar yang ada orang sukakan dia. Lebih-lebih lagi orang macam aku yang penakut untuk berdepan dan mengakui perasaan. Memendam dan menyakiti diri sendiri. Hanya rasa terpujuk dengan pesanan agama yang melarang daripada mendekati zina. Jika benar suka, pinang dan bernikah.

Tetapi, itu terlalu drastik walaupun aku tahu, aku mampu dengan segala harta yang ditinggalkan oleh keluarga aku. Harta yang tidak seberapa, tetapi untuk hidup berdua, boleh sahaja. Lagilah gadis itu Lia Amylea, yang aku lihat kehidupannya serba sederhana. Tidak mungkin menyusahkan dengan kehendak yang membuatkan seorang lelaki papa kedana.

Aku tenang.

Aku lihat, dia juga tenang.

Tenangnya dengan buku walaupun sesekali aku nampak Lan mendekati dia untuk ambil tahu keperluan pelajaran dia. Andai aku jadi Lan ...

Hati jadi parah berdarah bila ada seorang budak lelaki kelas sebelah datang mencari Amylea. Budak itu, dengan wajah senyum tak sudah, dengan tangan menyerahkan satu bungkusan, yang seumpama hadiah, hati aku mula mencipta gundah.

Amy pula begitu selamba melayan, menerima. Satu kelas memandang ke arah mereka. Aku pandang Lan. Wajah Lan juga berkerut. Mungkin, sama terkejut bila ada budak lelaki lain yang berani mendekati Amylea.

Tetapi, tiada sesiapa berani bertanya. Lebih-lebih lagi bila Amylea hanya menyumbat barang yang diterima tadi ke dalam beg sekolah, lalu tanpa berubah riak, terus menelaah. Buku lebih utama di mata Amylea.
.
.
ESOKNYA, aku pergi berjumpa dengan budak lelaki bernama Firdaus, yang orang panggil dia sebagai Fidot. Aku tak peduli. Sebelum jantung aku tercabut, lebih baik aku dapatkan maklumat lanjut.

"Aku nampak kau datang ke kelas aku, semalam." Aku memulakan perbualan. Waktu itu, kami di surau. Solat Dhuha pada waktu PAI (Pendidikan Agama Islam).

Dia tersenyum. Memang aku tahu dia jenis tidak banyak cakap, tetapi sesekali mengeluarkan pendapat, boleh tahan.

"Aku jumpa Lia."

"Kau baik ke dengan dia?" Saja aku mencungkil rahsia.

"Tak. Tapi, aku nak cuba."

"Nak cuba?"

"Ada orang cabar aku untuk ushar mana-mana budak perempuan. Dia orang kata, aku sampai hujung tahun, dah nak tamat sekolah pun masih tak ada kawan perempuan. Dia orang ejek aku, pondan. Itu yang aku cuba nak berkawan."

"Kenapa dia?"

"Sebab dia baik. Aku tahu, kalau aku ushar orang lain, sama ada budak perempuan itu takut, melarikan diri atau, mengejek.

Dan, aku tahu orang perempuan kalau yang ada geng, bila ada orang ushar tentu dia orang kongsikan semua cerita itu dengan kawan-kawan dia orang.

Lia tak. Dia hanya simpan semua sendiri. Dia pun tak akan sampai hati mengejek aku. Dia baik."

"Kau betul suka dia atau sekadar menyahut cabaran?" Hati aku sudah rasa kering macam padang pasir. Terpanah dek teriknya kenyataan Fidot.

Satu – boleh pula dia dekat dengan gadis aku hanya kerana dicabar?

Dua – dia perasan yang gadis aku itu baik, terus dia nak mencuba nasib. Hei, mana boleh begitu! Perempuan baik kau nak cuba-cuba! Kalau dia jatuh betul dengan kau, tak fasal, aku yang menderita.

"Mula-mula nak menyahut cabaran. Nak buktikan yang aku bukan pondan macam yang dia orang cakap. Tapi, bila dah berbual dengan dia dalam telefon, dengar suara dia, kenal peribadi dia yang penyabar, bertolak-ansur, boleh lebih kurang ... tapi punya pendirian, rasa suka betul-betul."

KAWAN (Completed)Where stories live. Discover now