Dirinya berdiri kaku disebelah kerusi bekas tempat duduknya sebentar tadi. Airmata mula bertakung hanya tinggal untuk pecah sahaja.

Sememangnya, dia tidak boleh diajak bergurau kerana dirinya sangat sensitif dan mudah menangis.

Iskandar dan kedua ibubapanya yang melihat keadaan Putri begitu, mereka sudah tahu apa yang terjadi pada gadis tersebut.

Puan Nurhuda segera memberi isyarat mata kepada anak terunanya itu untuk memujuk adiknya. Suka sangat membuli adiknya, ada juga yang dihempuk guna kuali nanti.

Iskandar yang melihat isyarat mata dari ibunya hanya tersengih sambil melihat tubuh adiknya yang berdiri kaku dan kepala ditundukkan menghadap lantai.

Kaki ditujukan kearah adiknya sambil tersenyum kecil. Suka sangat dia membuli adik kesayangannya itu, baginya adiknya kelihatan COMEL.

Wajah Putri Qhaisara didonggakkan untuk memandang wajahnya yang tampan.

Tapi memanglah benarlah, is mempunyai wajah yang tampan, biasalah kacukan arab-malay lah katakan.

Iskandar melihat wajah adiknya yang lecun habis dek kerana airmata, HAHAHA kesian Putri. Hidung merah, muka merah, mata pula sudah berkaca-kaca kerana menahan dirinya daripada menangis. Itu lucu dan comel sahaja dipandang olehnya. Alahai adik, kenapa comel sangat ni huh!

"Hey, janganlah sedih. Alololo sayang kita ni, abang gurau jelah tadi. Adik tak bau pun, tapi adik wangi tau sampai abang pun cemburu." Tubuh adiknya ditarik dan dibawa kedalam pelukannya.

Airmata yang ditahan akhirnya pecah jua didalam pelukan abangnya. Dirinya menangis teresak-esak.

Baru je nak kongsi cerita tentang nenek tua, tuptup dia dibuli oleh abangnya. Haish, sabo jelah tuan putri.

"Abang..esk..esk..Is..jahat..esk..esk..cakap..little..bau..ikan..esk..esk..abang..esk..is..selalu..buli.......esk..little..esk." tangis Putri kepada abangnya. Panggilan little memang dia selalu gunakan apabila bersama dengan abangnya.

Iskandar hanya mendengar sahaja sahaja sambil bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Asal manja sangat ni dik. Dia mengusap belakang adiknya untuk meredakan tangisan adiknya.

Putri meleraikan pelukannya lalu membersihkan hingus dan airmatanya dengan menarik hujung baju lengan abangnya tanpa rasa bersalah.

Memang Putri tak salahpun yang salah Iskandar, siapa suruh buat orang nangis, jadi tanggunglah.

Membulat mata Iskandar melihat tindakan luar jangkaan yang dilakukan oleh adiknya. Dia hanya mampu tersenyum lalu kepala digelengkan melihat perangai adiknya.

Nasiblah adik tersayang kalau perempuan lain, dah lama aku dah aku sepak.

Puan Nurhuda dan suaminya Encik Mahmud sudah pun melepaskan tawa mereka melihat tingkah laku anak bongsu mereka.

Setelah memastikan semuanya bersih, Putri memandang wajah abangnya sambil tersengih.

"Jangan sedih lagi tau, abang is janji nanti ada masa abang bawa putri pergi shooping. Putri ambil je apa yang putri nak, abang Is belanja." pujuk Iskandar kepada adiknya.

" Okey, Putri tak sedih dah. Sebab kalau Putri sedih, abang Is tak jadi bawa Putri jalan," jawab Putri sambil membuat muka comel. Iskandar tersenyum dan menggangukkan kepalanya.

"Em, habis baju abang oleh Putri. Tak apalah, demi ADIK TERCINTA AND MY LITTLE GIRL ni abang tak kisah."  ujar Iskandar sambil mengusap lembut pipi adiknya.

"Little tahu abang sayangggggg sangat dekat Putri. Tapi jangan fikir putri tak ingat janji abang Is tau untuk belanja putri. Kalau abang Is mungkir janji, putri hempuk kepala abang." Amaran Putri kepada abangnya.

"Mestilah ingat sayang, abang Is tak pernah lagi mungkir janji tau dengan putri. Abang janji ye sayang," jawab Iskandar.

Iskandar tidak pernah mungkir janji terhadap adiknya. Sekiranya dia ada berjanji pasti dia akan tunaikan walau apa cara sekalipun, kerana adiknya sangat berharga baginya.

"Terima kasih abangku sayang, little sayang sangat dekat abang tau." lalu Putri mengucup pipi Iskandar bertalu-talu.

Iskandar hanya membiarkan sahaja adiknya menciumnya. Kerana dia suka diperlakukam sebegitu kerana dia berasa disayangi.

Selesai mencium abangnya, Putri menarik pergelangan tangan Is untuk duduk dan menjamu sarapan semula.

"Abang Is makanlah semula, kasihan abang kita ni terpaksa pujuk little. Tapi itu memang salah abang Is tau, sebab cakap little bau. Tapi sekarang little tak merajuk lagi dah, sebab abang Is kan nak bawa little pergi shooping." kata Putri dengan nada kebudak-budakkan.

Amboi, cakap pasal shooping je laju je dia. HAHAHA rezeki jangan ditolak.

"Eh, tak apalah sayang. Putri makanlah dulu. Abang is nak tukar baju dulu, sebab baju abang kan kotor," balas Iskandar.

"Haah lah! Baju abang kotor. Little tahu siapa yang kotorkan baju abang, semestinyalah little HAHAHA. Tapi, abang Is tak marahkan little kan?, kalau abang Is nak marah, marahlah, sebab memang salah little." lalu kepala ditundukkan menghadap lantai.

"Taklah, abang Is tak marah pun. Takkan lah abang is nak marah little princess abang ni, silap-silap Putri sumpah abang jadi katak." kata Iskandar sambil tergelak kecil.

"Ish, tak nak lah sumpah abang Is. Abang Is dahlah kacak tau, rasa bersalah pula kalau jadikan katak, kasihan nanti abang Is, dah tak boleh guna baju lawa, kasut lawa, kereta lawa, sebab dah jadi katak, ish, ish, ish." sambil kepala digelengkan.

Iskandar tergelak mendengar jawapan adiknya. Haih! Adik ni banyak sangat tengok cerita dongeng. Macam je ada kuasa nak tukar jadi katak HAHAHAHA.

"Em yelah, abang is naik atas dulu, nak salin baju."  Iskandar mengucup kedua belah pipi adiknya dan beredar dari meja tersebut.

"Em, nampaknya bukan masa yang sesuai kot nak kongsi cerita nenek tua. Tak apalah, nanti kalau ada masa, Putri cerita dekat abang Is." gumam Putri secara perlahan.

Puan Nurhuda dan Encik Mahmud tersenyum bahagia melihat kemesraan anak mereka. Semoga kebahagian mereka akan berkekalan. AMIN!

𝐓𝐇𝐀𝐓 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐆𝐈𝐑𝐋 𝐈𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now