Lima

49 11 14
                                    

Sambil-sambil menganyam ingin tahu, pelbagai rahsia pula yang memunculkan diri...

SEL-SEL otak D sama sekali tidak berfungsi tatkala bekas ikan yang berwarna oren tadi kosong.

'Hmm... dia orang nak buat apa sebenarnya pergi ke Pulau Batu?' bisik anak muda itu dalam hati sebelum suara seseorang kedengaran jelas menderu laju masuk ke deria pendengarannya.

"Jangan risau. Kami dah nak sampai..." Panggilan telefon lantas dimatikan.

"Err... tuan."

"Ha. Kenapa Pak Hanif?"

"Anak pak cik, macam mana? Dia baik-baik saja, kan?"

Lelaki yang dipanggil 'tuan' itu tersenyum sinis.

"Selagi Pak Hanif tak buat bukan-bukan, anak pak cik masih dalam keadaan yang 'memuaskan'..."

"Err... tapi sampai bila tuan nak 'simpan' dia? Dia masih remaja. Tak sesuai lagi bila dia hadap benda-benda yang macam ni..."

"Aish, Pak Hanif ni. Sabar sikit, boleh tak! Anak Pak Hanif tu kan sebagai jaminan supaya Pak Hanif boleh tutup mulut."

"Pak cik mohon sangat-sangat. Tolong bebaskan Hifza. Dia gadis yang naif, tuan..."

"Sudahlah, Pak Hanif. Kita bincang lain kali sajalah pasal benda ni. Sekarang, Pak Hanif kena bersiap-siap. Tak lama lagi, kita nak jumpa TM."

Pak Hanif menunduk menahan tangis. Gumpalan kesedihan serta kerinduan terhadap anak seorang telah merajai jiwanya.

D hanya hanya memasang telinga.

'Kasihan pak cik tu. Tapi... sebelum aku nak bantu dia, aku kena tahu dulu hujung pangkal cerita. Aku kena tahu apa yang dah jadi di pulau ni dan apa pula kaitan Pak Hanif dengan orang-orang jahat tu semua...' bisiknya pula.

Gear pemikiran ligat mencerna maklumat sebelum dia perlahan-lahan merangka strategi.

D nekad ingin menyelamatkan Pak Hanif serta anak perempuannya.






HOLOGRAM di hadapan mata menjadi santapan penglihatannya. Setelah sekian lama menyepi untuk bersendirian, Mior kembali turun padang 'mencemar duli'. Gambaran kedudukan geografi Pulau Batu terpampang kini. Di situ juga memaparkan beberapa jalan tikus serta pangkalan markas penjahat-penjahat tersebut.

"Dekat sini kita boleh lihat kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan dalam berselindung. Boleh dikatakan pada setiap hari, akan ada penculikan kanak-kanak dan juga remaja dalam skala besar di sekitar bandar kita." Fid membentangkan maklumat-maklumat yang telah dikutip oleh orang bawahannya kepada Mior.

"Jadi... kau syak, kelompok tu sedang jalankan sindiket pemerdaganggan orang ke atau yang seumpamanya?" soal Mior yang sejak tadi diam membisu.

"Ha'ah, Mior. Lagi satu, menurut sumber yang terpercaya... mereka semua tu masih ahli yang sama. Cuma sekarang, TM dah ambil alih tugas sekaligus menyandang pangkat kepala ketua."

Dahi Mior berlapis, "TM? Siapa dia tu?"

"TM itu hanyalah nama singkatan si ketua. Tapi nama asli dia, kami masih tak tahu."

"Oh..." Mior mengangguk sudahnya. Namun, jentera otak lelaki berkenaan dapat menangkap sesuatu.

"Kalau M tu mungkin merujuk kepada Mior--"

"Apa yang kau merepek ni, Mior? Kenapa tiba-tiba kau sebut nama kau?"

"Fid, arwah abang kau tak pernah bagitahu kau pasal benda ni ke?" soal Mior kembali. Soalan berbalas soalan.

Siling (2020)Where stories live. Discover now