Tiga puluh tiga

2 0 0
                                    

Kejutan demi kejutan dilalui tanpa perlukan persediaan kita. Semakin digali, semakin mendalam pula rasa sakitnya.

*****

TIGA hari telah berlalu. Kini, D telah sembuh sepenuhnya daripada demam. Dia juga turut kembali bersemangat untuk menamatkan rasa ingin tahunya sebelum ini.

Bagaimana tidak? Jika pada setiap satu kebenaran yang dia telah dapatkan, pasti ada pula hal lain tersembunyi. Jenuh nak korek segala rahsia daripada Albert. Alih-alih, dia yang merasakan kesakitan dalam sebuah permainan.

Sama macam sekarang. Terdapat sebuah rumah yang tidak asing pada pandangan D. Albert yang berada di sebelah kirinya ditatap tajam untuk menagih kebenaran.

"Apa semua ni, Albert? Inikan rumah keluarga Izzat. Jadi kenapa ia ada di sini? Apa kaitan kau dengan keluarga ni?"

Lelaki itu tidak mengendahkannya lantas berlalu masuk ke dalam kediaman tersebut.

"Macam mana kamu tahu pasal rumah ini dan kenal keluarga Izzat, D?" Soalan berbalas soalan pula.

"Kau belum jawab soalan aku. Macam mana rumah ni ada dekat sini? Setahu aku, rumah ni ada di Pulau Batu dan dah terbakar dengan Syaz dan Im berada di dalamnya..."

Ayahnya menoleh kepada D. Dia berpeluk tubuh.

"Oh, tak sangka pula ayah. Kamu dan ibumu itu punya keistimewaan yang sama."

Dahi D bergaris.

"Maksud kau?"

"D, kamu boleh pergi ke zaman lampau. Sama macam ibu kamu."

"Hah?"

Albert tidak membalas apa-apa. Dia keluar dari rumah itu agar anaknya dapat menemukan sesuatu.

D melihat siling. Ya. Kedudukan ruang dalam rumah itu masih segar di ingatannya. Dia menggeledah sesuka hati sesuai yang dia nampak ketika bersama keluarga berkenaan.

'Oh, ya. Aku baru teringat. Loket tembaga berbentuk bunga tempoh hari, tak ada dengan akulah. Boleh jadi, pihak hospital dah buangkannya,' bisiknya pula.

Tidak beberapa lama kemudian, dia temukan sesuatu pada sebuah kotak kecil. Sebaik dia membuka penutupnya. Isi di dalam itu menyebabkan dirinya rasa terpukul.

Dia teliti dan belek bersilih ganti untuk memastikan kebenaran dan kaitannya. Akhirnya, dia dapat simpulkan sesuatu.

"Eh? Loket ni samalah dengan yang Syaz beli untuk Wina tu. Apa makna semua ni?"

Sekeping gambar Julian yang mengenakan gaun biru tanpa lengan dia genggam erat.

*****

"LOKET yang ibu aku pakai itu adalah loket yang sama Syaz beli untuk Wina. Bagitahu aku apa kaitannya semua ni, Albert? Sampai bila kau nak seksa aku main sembunyi-sembunyi kenyataan macam ni!"

Albert yang sedang bersantai sambil membaca artikel di tabletnya rasa terpancing akan suara D. Dia menghentikan aktivitinya lalu mula bercerita.

"Loket tu ayah yang hadiahkan untuk ibu kamu. Itu rekaan ayah sebagai simbolik untuk ibu kamu. Tapi tak lama selepas itu, loket tu hilang. Tak sangka juga ada yang jumpa dan jualkan ia pada harga yang tersangatlah murah."

"Jadi, kau kenal dengan keluarga Izzat?"

Albert menggeleng.

"Setelah beberapa tahun, barulah terbongkar misteri pasal rumah yang terbakar dan penghuninya terbunuh dengan kejam. Rumah batu itu ayah bina bukan sebab keluarga Izzat semata. Tetapi pasal loket ibu kamu ada di sana."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Siling (2020)Where stories live. Discover now