Tujuh belas

18 5 0
                                    

-K.O.D-

Kodifikasi

Organisasi

Dominan


"TM, markas kita kena serang!"

Apabila si empunya gerangan mendengar akan jeritan tersebut, dia lantas bergegas mengemaskan senjata api kepunyaannya.

"Celaka!" TM mencarut sambil memuntahkan isi peluru ke arah pihak musuh.

Lelaki itu cuba untuk menyelamatkan dirinya sendiri tanpa mempedulikan para anak buah yang sedang bertungkus-lumus berbalas tembakan.

Langkah kaki diorak laju menuju ke suatu tempat. Seusai kata kunci ditekan, terpampang sebuah ruangan yang telah dibanjiri dengan 'patung mainannya'.

Senyuman sinis terukir.

"Aku nak, kau orang semua kena persiapkan diri dengan senjata masing-masing. Sesiapa yang berjaya menumpas bersihkan pihak penceroboh, dia akan aku bebaskan serta-merta!"

Para mangsa yang menjadi askar paksaan berpandangan antara satu dengan yang lain. Ada sinar harapan bersalutkan kegirangan terpancar di wajah lalu mereka kelam-kabut keluar dari situ.

Terpancing dengan janji palsu tadi.

Walau apa pun yang bakal berlaku nanti, mereka ingin pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Begitulah tekad anak-anak muda berkenaan.

'Kanak-kanak yang bodoh memang senang menelan janji orang licik macam aku. Haha!' monolog TM seraya membuka pintu kecil di lantai tersebut.

Ruangan itu menuju ke arah bawah tanah yang berpenghujungkan sebuah jambatan. Ia merupakan satu-satunya pintu keluar dari Pulau Batu apabila keadaan darurat seperti yang sedang berlaku tika ini.






"HA? Itu..." Fid menjeda ayat. Benaknya ligat menyusun alur percakapan. Khuatir juga kalau-kalau dia berbicara akan sesuatu yang tidak patut.

Debaran di dada begitu hebat sekali.

"Kenapa aku nampak kau ni macam orang yang sedang melakukan kesalahan?" Muncul lagi soalan dari bibir D yang pecah itu.

Hatinya dihinggapi dengan keraguan akibat tingkah laku janggal sang figura yang baru dia kenali berkenaan.

Fid tidak berani untuk bersaing pandangan dengan si anak muda. Dia menunduk sambil cuba menahan peritnya cedera.

"Kalau bukan aku terhutang budi dengan kau sebab dah selamatkan aku dan Hifza, dah lama aku tinggalkan kau dekat sini!"

Fid lantas menoleh ke sisi memandang riak serius D.

"Ak... aku..." Nada suara Fid bergetar.

"Dahlah tu, D. Kita kena cepat keluar dari sini. Saya nak cari ayah saya." Hifza yang sejak tadi menjadi 'patung Cendana' kini, mula bersuara.

D tidak berkata apa-apa lagi lantas tubuh Fid dibantu olehnya seraya mereka bertiga bergegas keluar dari situ.

Fiuh! Fiuh!

Boom!

Kekacauan masih berlaku tanpa seorang pun boleh tahu akan bila pengakhirannya.

Hujan peluru, ledakan serta teriakan di sana sini menderu laju masuk ke corong telinga.

"Hei, budak..." Fid mula bersuara kembali.

Baju D dicengkamnya kuat. Ia mengakibatkan si empunya nama tersebut menoleh ke arahnya.

Siling (2020)Where stories live. Discover now