Sepuluh

50 10 17
                                    

~♥~Semua pihak memasung harapan masing-masing. Tapi bezanya adalah baik atau pun sebaliknya. Ada harapan bersalutkan keinginan perdamaian. Manakala, ada juga yang membina harapan dengan dendam yang telah lama diperam...~♥~

LANGKAH kaki hanya dihayun mengikut gerak hati. Segala pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa 'dipasangkan' seeloknya. Segenap celah serta sudut diteliti dengan lebih terperinci.

"Err... kau tak penat ke? Kalau letih sangat, bagitahu. Kita akan berhenti berehat dekat sini." D menoleh ke belakang.

Hifza perlahan-lahan mengangguk. Itu saja responnya.

D menurut lantas berteduh di sebuah pohon yang rimbun. Beg sandang diselongkar demi mencari akan sesuatu. Selepas beberapa ketika, alat komunikasi dikeluarkan lalu diperiksa.

56 panggilan tidak dijawab.

33 mesej tidak dibaca.

Semua itu daripada nombor yang sama. Siapa lagi kalau bukan...

'Ya Allah, Pak Cik Mior ni. Dia tak bosan ke asyik nak dail dan mesej aku banyak-banyak kali macam ni? Huh.'

Log panggilan dilihat dan segala pesanan dibacanya sekali imbas.

D, kamu dekat mana?

Jangan mengada-ngada nak pergi ke Pulau Batu itu!

Dari mana kamu tahu pasal pulau tu?

D, angkat call pak cik kamu ni!

Woi, anak angkat yang tak kenang dek untung!

Siaplah kamu kalau pak cik dapat tahu yang kamu nekad nak ke sana! Jangan menangis kalau kaki kamu betul-betul pak cik potong nanti!

Hei, budak hingusan! Balaslah mesej pak cik.

Kalau kamu tak nak guna handphone tu, baik kamu rebus. Lepas tu, minum air dia!!

Dddddd!!

Tanpa sedar, D automatik menepuk dahi. Dia menggeleng. Baru sahaja dia ingin mendail nombor tersebut, isyarat komunikasi di kawasan berkenaan tidak ada. Lelaki itu terpaksa berjalan-jalan sambil mengangkat tinggi telefonnya.

Gelagatnya cuma diperhatikan oleh Hifza. Nak masuk campur pun, tak 'releven' rasanya bagi diri si gadis.

Tiba-tiba, ada sesuatu yang telah dipijak oleh D. Ia mengakibatkan dirinya hampir ditimpa kemalangan.

"Jaga-jaga!" Hifza menolak tubuh D sehingga mereka berdua jatuh ke tanah.

"Aduh!" D mengadu kesakitan.

Gadis itu memerhati ke sekeliling. Serawan jaring yang besar telah tergantung di atas kepala mereka.

"Hati-hati. Mungkin kebanyakan tempat dalam pulau ni banyak jerangkap samarnya." Hifza berbicara sambil berdiri. Nyaris-nyaris saja si lelaki menjadi 'ikan' dalam jala.

"Terima... kasih... Hifza."

"Ya," ringkas gadis tadi.

Baru sahaja Hifza ingin kembali ke tempat berehatnya tadi, suara D telah membantutkan niatnya.

"Kau ada dengar apa yang aku dengar?" soal D tanpa memandang ke arahnya.

Hifza turut sama memasang telinga sebelum dia terdengar akan pekikan ramai yang kuat.

"Satu, dua, satu!"

"Terus!"

"Satu, dua, satu!"

"Jangan lembiklah! Cepat sikit!"

Siling (2020)Where stories live. Discover now