Tiga puluh

2 1 0
                                    

Dalam keadaan yang sekarang ini, hanya satu saja jalan penyelesaiannya iaitu...

LARI!

"BAGAIMANA dengan soal siasat terhadap suspek utama kita? Ada dapat apa-apa maklumat?" tanya si ketua.

"Ada, tuan. Koby atau yang juga dikenali dengan nama Cobra pernah berkerja dengan satu badan organisasi ini. Tapi dia berkeras untuk mengunci mulut ia adalah apa. Organisasi itu di bawah naungan seseorang bernama Naz."

"Kamu tahu organisasi itu berkaitan dengan apa?"

"Tak tahu pula, tuan. Ia disebabkan suspek enggan memberi kerjasama kepada kami. Padahal soalan-soalan yang sebelum ini, lancar saja dia jawabkan. Tapi tuan jangan risau. Esok, kami akan sambung menyoal dia semula untuk mendapatkan maklumat lanjut."

"Pastikan suspek mahu menerangkan tentang apa yang telah berlaku di Pulau Batu dan juga kes penculikan kanak-kanak di bandar ini. Kalau boleh, kita ingin membanteras jenayah berkenaan sekali gus menyelesaikan semua hal yang berkaitan."

"Baiklah, tuan!"

Sebelum pertemuan itu selesai, muncul akan seorang lelaki bersama dengan beberapa orang anak buahnya.

"Maaf mengganggu tapi saya fikir, saya kena maju untuk memberi penjelasan atas semuanya..." Dengan selambanya Albert berbicara untuk menjernihkan suasana serta menghuraikan simpulan konflik dan teka-teki di saat ini.

*****

SEMINGGU KEMUDIAN

Pakaian yang tersisa di atas katil, dia masukkan ke dalam sebuah beg. Seusai itu, dia berdiri di hadapan tingkap yang terkuak sambil menikmat nyamannya wayu pagi tersebut.

"Dah siap semuanya, Hifza?" soal Hilman yang baru tiba ke ruangan itu.

Si empunya nama menoleh seraya mengangguk.

"Jom kita pergi. Ayah kamu dah tunggu tu." ajak lelaki itu pula.

Hifza menurut saja kerana dia teramat rindu akan mahligainya dan ingin meluangkan waktu dengan si ayah tercinta.

Sebelum mereka berdua beredar dari sana, muncul pula seorang lelaki yang segak dengan pakaian mewah, jaket Denim berwarna biru laut. Seluarnya juga berwarna senada. Orang itu menyapa Hifza sambil mengukirkan sebuah senyuman.

"Hm, Hifza. Boleh kita berbual sebentar?"

Hilman melihat figura itu dengan orang di sebelahnya bersilih ganti. Dia mengerti akan situasi.

"Nanti abang datang balik. Abang nak uruskan hal hospital ni dulu."

Hifza mengangguk lalu bertembung pandang sekali lagi dengan orang di hadapannya.

Langkah kaki diorak membuntuti D menuju ke sebuah tempat.

*****

"TERIMA KASIH untuk semuanya, Mior. Tapi aku nak minta maaf di atas segala apa yang telah berlaku." Albert berbicara dengan Mior untuk kali terakhirnya sebelum sebuah perpisahan rasmi terjadi.

"Macam mana dengan D? Dia boleh terimakah? Sebab semuanya berlaku secara drastik," balas Mior yang disimbah dek bah kerisauan.

Setiap peristiwa yang dia lalui bersama dengan D berlumba-lumba menari di benaknya. Dia tidak menyangka akan ada kata perpisahan buat mereka berdua, si ayah dan anak tiada sedarah.

"Dia setuju dengan semuanya..."

Mior menoleh ke arah Albert. Dahinya berlapis.

"Setuju dengan semuanya? Maksud kau?"

Siling (2020)Where stories live. Discover now