Lima belas

47 7 7
                                    

~♥~Di kala hati berkabuskan gundah-gulana, setiap ceruk tindakan menjadi serba tidak kena. Jika si pengirim surat itu diumpamakan sang camar, maka siulan asingnya pula sudah tentu dikatakan sebagai alamat mahunya 'kiamat'...~♥~

DUA batang pendayung, serawan jala, bekal makanan, tong ikan berwarna oren, lampu strong king serta beberapa alatan untuk menangkap ikan diletakkan ke dalam bot laju oleh Pak Cik Haris.

Pada waktu yang sama, Mior memerhati ke arah lelaki yang telah berusia 57 tahun itu.

"Pak cik nak turun ke laut, kan?" soalnya demi pemula bicara.

Si empunya gerangan mengangguk.

"Ha'ah, Mior. Cuaca elok saja, hari ini."

"Err... kalau saya nak ikut pak cik ke laut, boleh?"

"Eh, bolehlah Mior. Kenapa pulak tak bolehnya? Hmm. Tapi... luka-luka di badan kamu tu belum sembuh sepenuhnya lagi, kan? Tak apa ke?"

Giliran Mior pula yang mengangguk sambil tersenyum.

"Bagi saya, dah 100% sembuh... pak cik. Lagi pun, saya bosanlah sebab asyik terperap dalam rumah saja. Tak ada buat apa-apa. Hehe."

"Ha, kalau macam tulah kamu kata... kecil tapak tangan, nyiru pak cik tadahkan..."

Mior menghulurkan bantuan, " Mari sini, biar saya tolak bot ni."

"Eh, nanti dulu. Kita tunggu adik pak cik. Dia akan ikut dengan kita."

Terhenti kelakuan Mior serta-merta. 

"Okey, pak cik."

Tidak berapa lama, kemunculan Hilman yang sedang menunggang motorsikal dengan laju ke arah mereka berdua mengakibatkan dahi kedua-dua lelaki tersebut berlapis.

"Ayah!"

"Hilman, kenapa dengan kamu ni? Nampak kelam-kabut saja ayah tengok."

Sebaik kenderaan dua roda itu diberhentikan di hadapan Pak Cik Haris dan juga Mior, Hilman langsung sahaja berbicara.

"Ayah, Pak Cik Hanif dan Hifza.... hilang!"

"Apa!" Terbeliak mata sang ayah tatkala mendengarkan khabar berkenaan.

"Jiran-jiran kata, Pak Cik Hanif tak pernah pulang selepas dia pergi ke laut... dua hari lepas.  Hifza pulak, tak ada yang tahu dia dekat mana sekarang ni." Hilman menyambung cerita sambil mengatur nafas.

Tadi sewaktu dia ingin memanggil adik ayahnya itu, khabar tersebut pula yang tembus ke corong telinga. Maka, bersegeralah dia pulang ke rumah.

"Ya Allah, Hanif! Hifza!"  Langkah kaki si lelaki tua laju menuju keluar kawasan rumah. Mati langsung keinginan untuk menangkap ikan pada hari itu. Kerisauan yang menebal membuatkan dirinya bergegas ke suatu tempat.

"Eh? Ayah nak ke mana pulak tu?" soal si anak pula.

"Ayah nak pergi buat laporan polis," jawab si ayah lagi seraya menyambung perjalanan.

"Saya nak ikut dengan pak ciklah." Mior yang sejak tadi tenggelam dalam suasana mula bersuara sambil mengejar langkah Pak Cik Haris.







PANDANGANNYA terpaku pada pemandangan akan sebuah pulau yang pernah dia duduki suatu ketika dahulu.

Demi secebis harapan serta janji diri sendiri untuk membuat perubahan, dia sanggup menggorbankan wasilah persahabatan. Ia hancur dek kesalahfahaman. Sekaligus diri tercampak ke gaung berduri 'pengkhianatan'.

Semua berlaku dalam keterpaksaan. Namun begitu, bukan namanya dunia jika roda kifarah tidak berputar - kini, batang hidungnya sendiri pula yang 'patah'.

Siling (2020)Where stories live. Discover now