Dua belas

37 10 27
                                    

~♥~Buat jiwa yang tidak 'tenang', benarkah 'kewujudanmu' itu ada sangkut-pautnya dengan alam sebelum kematian?~♥~

D merasakan sakit pada permukaan wajahnya seperti sebuah gigitan sekawan semut. Oleh yang demikian, dia mencelikkan mata sebelum terduduk menahan perit.

"Argh, sakit! Jangan gigit aku lagi!" Dia merangkak laju menjauhi tempat di mana dia 'terlelap' sebentar tadi. Tidak pastilah hanya sebentar atau telah lama.

Kalau lama pula, entah berapa jam.

Sebuah kelibat melintasi dirinya. Hal tersebut membuatkan D mengangkat punggung. Sebuah pohon besar yang kering dia dekati.

"Hei, siapa tu?" soalnya pula.

Lelaki itu tersangat yakin akan apa yang dia lihat sebentar tadi.

Ekor mata kiri menangkap akan sebuah pergerakan yang tidak jauh daripadanya lantas dia menoleh.

Figura seorang budak lelaki yang berwajah pucat terpampang di depan mata.

Dahi D berlapis, "Err... bukan ke kau budak yang tadi tu?" tanyanya lagi. Namun malang sekali, cuma respon 'bisu' yang dia terima.

Mereka berdua hanya berbalas pandang sebelum budak lelaki tanpa nama berkenaan menunding jari ke suatu arah.

"Apa tu?" D bersoal sendiri tetapi ia sama seperti tadi - tidak ada sebutir aksara yang keluar dari bibir si budak.

D melihat ke arah yang ditunjuk.

"Oh, ada pokok buah. Alhamdulillah. Memang aku pun tengah lapar sangat ni." Ditakdirkan pada kala itu, perut D mendendangkan 'Dondang Dendang' jadi terpancar keterujaannya.

Pokok rambutan itu dipanjatnya dengan bersusah-payah. Manakala si 'bisu' tadi hanya memerhati.

"Wei, terima kasihlah sebab kau dah tunjukkan aku pokok ni. Macam dah lama sangat perut aku tak diisi. Bismillah. Nyum... nyum..."

Apa-apa pun, utamakan tenaga supaya mudah untuk dia menyelamatkan Hifza dan keluar dari Pulau Batu. Konon begitulah perancangannya. Dia pun tidak pasti gadis tersebut berada di mana. Mungkin ditangkap dek pengganas atau juga sengaja meninggalkan dia disebabkan pengsan tadi.

Semasa D duduk sambil memakan rambutan di atas pokok, dia mengajak lelaki yang berusia sekitar belasan tahun tersebut untuk berborak dengannya.

"Eh, budak. Nama aku, D. Kau pula?"

Senyap. Persis sekali dia berbicara dengan tembok -langsung tiada bunyi atau pun suara daripada anak manusia seorang itu. Tapi bukan D namanya kalau putus asa di awal waktu.

"Em... kau ni, memang asal penduduk dekat sini ke?" 

Si budak mengangguk sekali. Pertama kali soalannya menemui jawapan.

"Oh. Tapi dekat sini, mana ada orang lain selain..." D teringat akan pengganas-pengganas yang telah memonopoli pulau berkenaan. Serta-merta marak pula kemarahannya.

Lelaki itu berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Tidak berapa lama, dia lesap entah ke mana.

"Hei, budak. Aku tak habis cakap lagilah. Kau dah nak balik? Haih." D mengawal suara agar tidak menjerit. Tapi kewujudan lelaki tadi memang mengganggu fikirannya.

'Aku macam pernah nampak muka dia tapi... di mana, ya?' bisik D sendiri sambil menyumbat sebiji rambutan yang telah dikupas ke dalam mulut.

Seumpama mentol menyala di atas kepala, D tersentak.

'Dia tu kan...'

D sempat memetik beberapa tangkai rambutan seraya melompat turun dari situ. Kelibat tadi dicarinya pula.

Siling (2020)Where stories live. Discover now