Sebelas

38 10 9
                                    

~♥~Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...~♥~





CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.

D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.

Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya.

"Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.

Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.

Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.

D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi memang benarlah dia terjatuh dari sana sebelum 'lena' di bawah sini pula.

"Hifza... kau dekat mana?" Sekali lagi nama itu disebutnya seraya mula berjalan ke hadapan.

Dengan keadaan yang cedera teruk sebegitu, dia terpaksa berjalan sambil memegang pepohonan kecil di sepanjang perjalanan itu. Khuatir dirinya rebah dan payah untuk bangkit kembali.

"Apa yang dah jadi pada kau, Hifza? Kau dekat mana?" Dia masih tercari-cari sebelum...

Buk! D tersungkur sebelum dia tertiarap di lantai tanah. Pandangannya semakin samar-samar serta kesakitan pula terasa mencucuk tajam di setiap celah sendi.

Tenaga. D tidak punya tenaga lagi. Isi perutnya turut kosong. Hanya telur ayam pegar itu saja yang menjadi santapannya sebelum ini. Jadi, dia kena mencari bahan-bahan untuk dikunyah.

Tiba-tiba, kornea mata menangkap akan suatu 'objek' yang 'halus'. Dipejam seketika kelopak mata lantas dibukanya kembali.

Tidak jauh dari tempatnya berada, ada seorang budak lelaki belasan tahun sedang memerhati ke arah D. Figura tersebut berwajah pucat dan seolah-olah tidak memiliki perasaan.

Boleh dikatakan... pandangan matanya kosong.

"Hei, budak. Tolong aku..."

D merayap beberapa ketika lalu merangkak ke arah lelaki tadi. Malang sekali, dirinya tersangatlah tidak berdaya.

Dalam kiraan detik, sekitar kawasan berubah menjadi gelap serta-merta.



























"MANA ayah aku?" Hifza menyoal kelompok lelaki yang telah mengurungnya sejak semalam di sebuah penjara besi. Tangan dan kaki dirantai oleh mereka mengakibatkan pergerakannya terbatas.

"Ayah kau dah matilah, budak!" balas salah seorang daripada penjahat itu.

"Kau penipu! Aku tak percaya yang ayah aku dah mati!"

"Ini buktinya!" Sehelai baju yang berwarna jingga dilemparkan ke muka Hifza. Gadis tersebut membeleknya dengan tangisan kesedihan. 

"Ya Allah, ayah!"

Baju itu tercalit beberapa tompokan cecair yang berwarna merah likat. Dipeluknya erat-erat demi melepaskan rindu. Hifza tidak dapat menerima akan kenyataan perit berkenaan tetapi dia hanya mampu berdiam diri.

Kemunculan seorang lelaki yang agak berusia memancing deria penglihatan si gadis.

"Hei, budak. Siapa nama kau?"

Senyap. Hifza sengaja tidak mahu bersuara.

Tang! Bunyi besi dipukul dengan kuat menyebabkan air mata si mangsa berkolam-kolam.

Siling (2020)Where stories live. Discover now