MA | PEMBUNUH

19 2 0
                                    

Selepas 7 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas 7 tahun...

Muzaffar mencapai telefon yang berdering di atas meja itu. Matanya di kesat sebelum melihat jam yang tertera di skirn telefonnya.

9:00 pagi

Tangan yang melingkar di pinggangnya itu di tolak kasar ke tepi. Muzaffar menyelak comforter yang berada di atas badannya menutupi badan wanita yang terdedah di sebelahnya. Dia menyarungkan seluar dan mencapai baju t-shirt hitam yang terletak di lantai.

Blazer berwarna hijau tua itu di sarung ke tubuh. Rambutnya di kemaskan sebelum dia mengambil telefon pintarnya. Baru sahaja dia hendak melangkah pergi, suara wanita itu menyebabkan langkahnya terhenti.

"You nak balik dah ke?" Soal wanita itu dengan tidak memakai apa-apa pada tubuh.

"Ha'ah balik. Jangan cari aku. Kalau aku nak kau aku call" balas Muzaffar mendatar sahaja.

" Janganlah balik lagi sayang" terus wanita itu memeluk tubuh Muzaffar dari belakang tanpa seurat benang pada tubuhnya. Muzaffar memalingkan badannya menghadap wanita itu.

Jarinya di letakkan pada dahi wanita bernama Karina itu lalu di tolak supaya menjauhi dirinya.

"Pakai baju kau. Lepas tu balik. Nanti aku cari kau" terus Muzaffar meninggalkan Karina yang terpinga-pinga di situ.

Kereta Lamborghini memecut laju meninggalkan hotel dan menuju ke rumahnya. Sebaik sahaja dia memarkir kereta, terus pintu rumah di ketuk dengan kuat berulang kali.

"Daddy? Daddy dah balik? Daddy pergi mana?" Soal Adresia yang bibirnya comot akibat coklat. Tubuh Adresia itu di tolak kasar oleh Muzaffar sehingga terdorong ke belakang.

"Diamlah pembunuh! Semak! " Kata Muzaffar lalu terus langkahnya di atur ke atas.

Adresia terdiam. Gadis kecil itu bangun lalu memperbetulkan bajunya dan mengelap bibir dengan tangan. Pintu rumah itu di tutup semula oleh gadis kecil itu.

"Kau baru balik? Kau pergi mana semalaman? Kesian Adresia tunggu kau. Semalam birthday dia kau lupa ka? " Soalan Muhaimin itu di biar sahaja tanpa Muzaffar menjawabnya.

Muhaimin terus turun ke bawah bagi bertemu dengan Adresia.

"Adre! Kenapa comot ni tangan. Adre okay?" Soal Muhaimin.

"Adre okay je uncle. Daddy marah Adre ke? Kenapa daddy suka panggil Adre pembunuh. Adre kecil lagi mana bunuh orang. Semalam pun daddy tak ada waktu Adre nak sambut birthday" soal Adresia.

" Daddy penat kerja. Dia ada mesyuarat semalam sebab tu tak boleh balik. Daddy bukan panggil Adresia pembunuh tapi daddy salah cakap tu"

" Uncle tipu eh? Adre tak pekak lah. Hm"

" Eh mana ada. Jom makan ais krim nak? Lepastu kita pergi jalan-jalan" cadang Muhaimin cuba mengubah topik.

Adresia mengangguk setuju dan terus berlari ke dapur.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now