MA | STALKER!

22 2 0
                                    

Cuti semester semakin dekat dengan penghujungnya

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Cuti semester semakin dekat dengan penghujungnya. Tidak lama lagi Mikayla akan menyambung kelas seperti biasa. Sedang asyik terfikir tentang kelas mindanya terlintas tentang perubahan sikap Danial yang acuh tak acuh melayannya sekarang.

Walaupun dirinya sudah biasa dengan sikap Danial yang tidak selalu membalas kesemua mesejnya. Setiap kali Mikayla cuba untuk menelefon Danial setiap kali itu juga Danial tidak menjawab. Jujur dia rindu pada Danial.

Siapa saja tak rindu teman lelaki sendiri bukan? (Author tak rindu pun)
Argh diamlah kau author kau tu sendu!
(Sendu tak apa dari buat dosa HAHAHA)

Pintu bilik Mikayla diketuk dari luar. Jelas terpancar wajah Zahra bersama satu bekas aiskrim kegemarannya.

"Kenapa tak kasi tahu nak datang?"  Soal Mikayla lalu memeluk kawan baiknya Zahra.

" Aku nak buat suprise! "

" Ergh kau ni! Dah jom teman aku tengok Netflix. Danial tak angkat call aku so kau kena teman aku" jawab Mikayla membuka aplikasi Netflix di televisyen berhadapan katilnya.

Zahra diam tidak berkutik apabila Mikayla menyebut nama Danial. Dia tahu sebenarnya Danial tidak sibuk pun tapi Danial saja tidak mahu melayan Mikayla.

"H-ha? Ouh boleh"

"Kau kenapa? Gagap pulak tiba-tiba"

"E-ergh tak ada apa okay jom tengok Netflix" baru saja dia hendak baring di sebelah Mikayla telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Terpapar nama Danial di skrin telefonnya.

Twitter
Danial
@DanialKay

Okay babe take care dekat rumah Mika❤️

Zahra memandang skrin telefonnya dan Mikayla secara silih berganti. Mikayla yang perasan Zahra memandangnya terus melihat wajah Zahra.

"Kau kenapa?"

"A-aku okay jer tak ada apa lah"

"Sapa tu? Boyfriend eh? Cey tak story pun ada boyfriend! Nak tengok cikit" kata Mikayla cuba untuk melihat telefon Zahra.

" E-eh mana ada lah. Abang Grab ni duk kacau aku biar lah nanti senyap lah tu" Mikayla hanya membalas 'Ohh' sahaja pada Zahra dan menyambung movie Netflix mereka.

~~

Muzaffar melabuhkan punggungnya di  kerusi yang berada di beranda biliknya. Secawan kopi Mocha dihirup oleh bibirnya yang berwarna merah jambu lembut itu.

Mindanya sibuk berfikir tentang Mikayla. Mikayla merupakan gadis yang biasa sahaja bagi dirinya tetapi dia tertarik dengan personaliti dan segala benda yang berkaitan gadis itu.

Tetapi sayang gadis itu sudah berpunya. Jikalau dirinya kenal terlebih dahulu dengan Mikayla mungkin Mikayla sudah pun menjadi miliknya.

"Boyfriend baru belum tunang lagi. Belum cuba belum tahu kan? Mana tau dia jodoh aku?" Omel dirinya sendiri.

Muzaffar's AngelDove le storie prendono vita. Scoprilo ora