MA | SAH

15 3 0
                                    

Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup Mikayla. Hari di mana dia bergelar seorang isteri yang sah pada Muzaffar Adel. Hatinya masih lagi berbolak balik tidak tahu untuk gembira atau sedih.

Dirinya masih lagi tidak dapat melupakan apa yang lelaki itu lakukan padanya 5 tahun lepas. Walaupun kesalahan itu bersebab tetapi dia masih merasakan tidak puas hati. Kenapa lelaki itu terus mengejarnya walaupun pernah berjanji untuk melupakan dirinya?

Inai di tangan itu di lihat Mikayla dengan senyuman sinis di bibir. Baginya perkahwinan ini adalah satu kepalsuan kerana dia sendiri tidak rela untuk berkahwin dengan Muzaffar. Lelaki itu masih misteri baginya kerana dia tidak mengenali dalaman sebenar lelaki itu walaupun sudah bertahun kenal.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Mikayla. Wajah Puan Linda terpacul di muka pintu sebelum bibirnya mengungkap kata-kata. Mikayla memandang Puan Linda di sebalik cermin dengan senyuman nipis.

"Dah siap? Kita dah lambat nak gerak pergi masjid. Nanti nak pergi hotel terus lagi lambat" soal Puan Linda pada anak daranya.

" Hm. Dah" balas Mikayla dua patah sahaja sebelum dia bangun dan keluar dari bilik.

Selepas meloloskan diri ke dalam kereta bersama keluarganya, kereta itu di pandu menuju ke masjid bagi majlis akad nikah dia bersama Muzaffar.

Langkahnya menjadi lambat apabila sampai di hadapan masjid. Mikayla menarik nafas sebelum melangkah masuk ke dalam masjid. Matanya memandang Muzaffar yang segak berpakaian baju melayu putih dan duduk di tempatnya. Mikayla tidak menghadiahkan senyuman malah menjeling Muzaffar yang tersenyum manis memandangnya.

"Muhammad Muzaffar Adel bin Ishak?"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Mikayla Izzlyn binti Zikri dengan mas kahwin RM 10000 ringgit tunai"

" Aku terima nikahnya Mikayla Izzlyn binti Zikri dengan mas kahwin RM 10000 ringgit tunai"

" Sah? "

" Sahh" kata semua saksi yang berada di situ.

" Alhamdulillah." Mereka semua terus menadah tangan untuk memulakan bacaan doa sebelum mengaminkan doa itu. Muzaffar bangun dari tempat duduk sebelum tangannya mencapai cincin untuk di sarung kepada jari Mikayla.

Sampai sahaja di depan gadis itu, Muzaffar tersenyum manis sambil meminta tangan gadis itu. Mikayla menghulurkan tangannya kepada Muzaffar. Muzaffar mencium dahi Mikayla dengan masa yang agak lama.

Mikayla memejamkan matanya sewaktu Muzaffar mencium dahinya. Hangat. Ya itu yang dia rasakan saat mendapat ciuman di dahi oleh lelaki yang bergelar suaminya. Ciuman itu di lepaskan setelah lama Muzaffar mencium.

Selepas selesai majlis itu, mereka terus bergerak ke hotel bagi majlis persandingan pada waktu malam.

~~

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now