MA | DANIAL

18 3 2
                                    

Sudah dekat 3 bulan Mikayla dan Muzaffar berada di kampung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah dekat 3 bulan Mikayla dan Muzaffar berada di kampung. Sepanjang waktu itu juga Mikayla banyak menghabiskan masanya dengan Muzaffar yang sentiasa menemani dirinya dan maktok. Setiap hari Muzaffar akan datang ke rumah maktok untuk berjumpa dengannya dan pulang sebelah malam.

Mikayla sibuk menyiapkan makanan di dapur sebelum Muzaffar tiba. Maktok hanya menghabiskan masanya di hadapan televisyen bersama kdrama yang menjadi kegilaannya. Sedang asyik menyiapkan makanan di dapur, Muzaffar tiba di rumah Mikayla tanpa pengetahuan gadis itu kecuali maktoknya.

"Mika mana?" Soal Muzaffar dengan nada yang perlahan terhadap maktok gadis itu.
Maktok tidak membalas malah menunjuk menggunakan jarinya ke arah dapur yang berada di belakang. Muzaffar mengangguk faham lalu mengatur langkahnya ke dapur.

Tangannya di silangkan ke dada sambil memandang gadis itu walaupun dari belakang. Bibirnya menguntumkan senyuman kecil apabila melihat gadis itu sibuk menyiapkan masakan sambil bernyanyi kecil di dapur. Tawanya di perlahankan supaya gadis itu tidak menyedar kehadirannya.

Mikayla memusingkan badannya untuk mengambil mangkuk bagi meletakkan lauk yang di masak itu terkejut apabila melihat Muzaffar berdiri sambil menyilangkan tangan ke dada di atas tangga itu. Nasib dirinya  memakai tudung selepas dia tahu Muzaffar akan datang. Walaupun lelaki itu pernah melihat auratnya sebelum ini dia tetap tidak akan membenarkan lelaki itu melihat lagi.

"Awak ni terkejut saya. Bila sampai?" Soal Mikayla lalu tangannya sibuk mencedok masuk lauk ke dalam mangkuk.

" Lama dah. Saja tengok Kayla masak. Comel" jawab Muzaffar.

"Panggil maktok. Saya dah siap masak dah" ujar Mikayla. Muzaffar mengangguk lalu beredar dari dapur untuk memanggil wanita tua itu.

~~

"Dani nak pergi mana dengan beg semua ni?" Soal mamanya itu melihat anak terunanya menangkat beg turun dari tangga.

"Kedah" jawabnya ringkas. Sudah tiba waktu untuk dia membawa kekasih hatinya pulang ke pangkuannya. Tiada siapa mampu menggantikan gadis itu yang bertakhta di hatinya.

"Buat apa pergi Kedah? Kamu ni orang kalut dengan majlis kamu tapi kamu nak pergi Kedah pula" bebel mamanya itu.

"Ada hal dekat sana. Nanti Dani balik. Pergi dulu ma" jawab Danial lalu menyalam tangan mamanya itu tanpa mendengar jawapan atau kata-kata yang akan keluar dari mulut mamanya itu.

Selepas meletakkan beg pakaian di dalam bonet kereta, Danial terus menjatuhkan punggungnya ke dalam kereta sebelum menghidupkan enjin keretanya.

"I'm coming Mika" ujar Danial lalu keretanya meninggalkan perkarangan rumahnya itu.

~~

Muzaffar menikmati hidangan yang di masak oleh Mikayla sehingga licin pinggan makannya. Tiada satu pun nasi di atas pinggan itu. Mikayla tersenyum sewaktu melihat Muzaffar yang berselera menghabiskan makanannya.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now