MA | MANJA

20 3 0
                                    

Mikayla mengikat robe pada tubuhnya dengan kemas sebelum dia beralih ke meja soleknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikayla mengikat robe pada tubuhnya dengan kemas sebelum dia beralih ke meja soleknya. Rambutnya di keringkan dengan pengering rambut sebelum dia meletakkan losyen berbau strawberi pada lehernya. Mikayla mengaturkan langkahnya menuju ke wardrobe untuk mengambil baju tidur. Robe di badannya itu dia tanggalkan sebelum dia memilih baju tidur yang hendak dia pakai.

Gaun berkain satin berwarna coklat muda itu Mikayla sarungkan pada tubuhnya sebelum dia mengambil robe itu dan meletakkan ke dalam bakul. Sebaik sahaja gadis itu pusing, tubuhnya terus di rangkul erat oleh Muzaffar. Lelaki itu menyelak rambutnya ke belakang sebelum hidungnya menghidu bau strawberi pada leher Mikayla.

"Wangi" satu kata sahaja yang keluar dari mulut Muzaffar.

Mikayla menolak tubuh badan Muzaffar daripada memeluknya. Pandangan yang tajam di hadiahkan kepada lelaki itu.

"Dah kenapa kau ni?" Soal Mikayla.

"Ni pakai seksi macam ni nak goda i ke? Nak rasmi first night kita yang tertangguh tu?" Usik Muzaffar tersenyum gatal.

" In your dream" terus Mikayla memasukkan robe itu di dalam bakul lalu mengatur langkah menuju ke katil. Belum sempat dia melangkah, badannya di peluk erat dari belakang.

Tangan Muzaffar mula bermain pada bahu Mikayla yang terdedah itu sebelum jarinya naik ke leher gadis itu. Perbuatan Muzaffar membuatkan bulu roma Mikayla berdiri tegak. Sentuhan lelaki itu mampu untuk mengkhayalkan dirinya tetapi dia cuba menahan semua itu daripada berlaku.

"Jangan garang sangat. Takut nanti menyesal" bisik Muzaffar sebelum bibirnya mencium pipi Mikayla dan berlalu pergi.

Gulp!

Mikayla terkedu dengan kata-kata lelaki itu. Dadanya di urut berkali-kali supaya menahan sabar dan tidak jatuh cinta pada lelaki itu.

"Argh jangan mengarut Kayla" terus dia mengatur langkahnya untuk tidur.

~~

"Morning mama! Abah mana??" Soal Danial sebaik sahaja dia turun dari bilik setelah selesai mandi dan solat sunat dhuha.

"Morning. Abah jumpa kawan awal pagi tadi. Duduklah Dani breakfast dengan mama"

Danial menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Roti bakar yang sudah di sapu coklat itu dia ambil beberapa keping lalu meletakkan ke dalam pinggan. Mama Danial menarik kerusi di hadapan anaknya lalu tangannya mencedok bihun goreng ke dalam pinggan.

"So macam mana? Dahlia Nadha tu?"

"Macam..mana apa??" Soal Danial kembali dengan roti yang berada di dalam mulut.

" Yelah..tak nak kahwin lagi ke? Kata nak cepat? Ni tangguh pula kenapa?"

"Ouhh. Nak tu memang tapi Dahlia kata dia ada masalah sikit dengan keluarga dia. Sebab tu dia minta tangguh sekejap"

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now