MA | KECEMASAN

21 3 0
                                    

Beberapa bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa bulan kemudian...

"You jangan ingat i bodoh Kayla! I nampak you menggatal dengan Nashfiq tak guna tu. Apa lagi tak cukup dengan diri i ni Kayla. I sayang you macam orang gila. I cintakan you. Selepas semua effort i tunjuk dekat you ni yang you balas? You're such an asshole! "

" Dari awal lagi aku dah kata aku tak nak dengan perkahwinan ni tapi kau juga yang paksa aku terima! Kau tak tahu hati aku sakit bila berada dengan kau! Kau ingat apa yang jadi lima tahun dulu aku boleh lupakan? Tak Muzaffar. Aku cuba sayangkan kau tapi hati aku tetap sakit setiap kali aku tengok muka kau. Lagi satu aku dengan Nashfiq tak buat benda bodoh. Kau ingat aku perempuan jenis apa yang nak menggatal sesuka hati? Fikir sebelum cakap jangan main terjah kalau tak pasti! "

" Jadi kau nak salahkan aku? Kau nak salahkan aku dengan perkahwinan ni? Mana Mikayla aku yang dulu?! Kau ingat satu benda ni Mikayla. Aku tak akan sesekali ceraikan kau kalau kau minta aku ceraikan sekali pun. Sekali aku dah sayang sampai mati aku sayang kau! " Terus Muzaffar menapak kakinya menaiki tingkat atas. Jeritan Mikayla tidak di hiraukannya.

"HA BAGUSLAH! LARI DARI MASALAH!" jerit Mikayla lalu mengetap rahangnya menunjukkan dia geram dengan sikap lelaki itu.

Muzaffar meletakkan jam tangannya di atas meja sebelum jarinya membuka semua butang di baju. Tuala baru di dalam almari itu dia ambil sebelum dia meloloskan diri dalam bilik mandi.

Mikayla memasuki bilik mereka untuk mengambil barangnya bersama bantal untuk tidur di bilik lain. Bunyi pancuran air di dalam bilik air itu menunjukkan Muzaffar sedang mandi. Mikayla mempercepatkan tindakannya sebelum dia bertembung dengan suaminya itu.

Baru sahaja dia hendak keluar, langkahnnya terhenti sewaktu Muzaffar berdiri dengan tuala di pinggang di hadapannya.

"Nak pergi mana?" Soal Muzaffar yang sedang memeluk tubuhnya. Mikayla menelan air liur sebaik sahaja matanya memandang abs lelaki itu. Lantas dia menggelengkan kepala berkali-kali.

"Tidur bilik lain"

"Kenapa? Tak boleh nak tidur sini? Kalau gaduh mesti kena tidur asing ka? Wajib? "

" Haah wajib dah tepi" arah Mikayla menolak tubuh Muzaffar. Muzaffar lantas menarik Mikayla dan terus memeluk tubuh isterinya.

"Ish lepaslah tadi marah sangat" Mikayla meronta agar dirinya di lepaskan.

" Shhh. I'm sorry sayang. I tak ada niat nak tinggikan suara dekat you. Please jangan tidur tempat lain. I perlukan you untuk teman i tidur. I minta maaf. I cuma takut hilang you" kata Muzaffar perlahan di tepi telinga Mikayla.

Muzaffar melepaskan pelukan itu tetapi tangannya masih berada di atas bahu Mikayla. Badannya di bongkokkan sedikit bagi sama paras dengan Mikayla lalu dia menghadiahkan satu ciuman pada bibir gadis itu.

Tanpa Mikayla sedar dia turut memejamkan matanya dan membalas kucupan daripada Muzaffar.

~~

Mikayla menyediakan sarapan pagi untuk Muzaffar sebelum dia dan suaminya itu pergi ke kerja. Pancake di letakkan di dalam piring dan americano di tuangkan ke dalam cawan. Muzaffar yang turun bersama suitcase miliknya itu memeluk Mikayla sebelum dia kucup pipi isterinya.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now