MA | SURPRISE

16 3 0
                                    

Muzaffar merebahkan dirinya ke atas katil

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Muzaffar merebahkan dirinya ke atas katil. Baru sahaja dia hendak berfikir terus otaknya ligat mendapat idea dan dia kembali duduk. Telefon miliknya di ambil lalu mendail nombor seseorang.

"Hi.. hurm i nak tempah bunga dan i nak sewa restoran you? Lagi satu boleh you tolong set-up tempat tu ala-ala romantic sikit"

"... "

" Ha yah i nak pergi malam ni"

"... "

" Okay Thank you nanti i transfer semua duit"

Panggilannya di matikan lalu Muzaffar tersenyum manis. Tidak sabar mahu memberi kejutan kepada Mikayla.

~~

Mikayla mengaturkan langkahnya turun ke bawah setelah beberapa hari tidak mahu makan akibat kematian Thaqif. Tapi dia percaya bahawa Thaqif juga mahu dia menjalani hidup seperti biasa.

"Ibu masak apa ni?" Soal Mikayla lalu memeluk tubuh Puan Linda.

"Ya Allah sayang. Terkejut ibu. Ibu masak ayam paprik, sotong goreng tepung, kari udang dengan karamel puding. Mika nak makan? "

" Nak. Tapi kita tunggu ayah dulu dengan kakak. Mika nak mandi dulu nanti Mika turun balik"

" Baik sayang"

Mikayla mengaturkan langkahnya ke bilik semula untuk membersihkan diri. Tuala bercorak bunga itu di capai lalu tubuhnya di loloskan ke dalam bilik mandi.

Selepas selesai mandi, Mikayla mengenakan t-shirt berwarna putih bersama seluar track suit berwarna biru muda. Rambutnya di ikat dengan kemas setelah selesai mengeringkan.

Ting..

Mikayla memandang telefonnya untuk melihat mesej yang masuk. Mesej lelaki itu di baca olehnya.

Muzaffar❤️

Malam ni i nak ajak you pergi dinner. No excuse. By hook or by crook you kena ikut juga okay? I ada banyak benda nak explain dekat you. I pick up you pukul 8 nanti. See you angel❤️

Okay!!

Selepas membalas mesej lelaki itu dia terus menutup telefonnya kembali dan bergegas turun ke bawah untuk makan tengah hari bersama keluarganya.

~~

"Okay jer? Punya lah banyak aku taip dia balas okay jer?" Nasib kaulah Zaf sapa suruh bagi dia marah hari tu.

Muzaffar melelapkan matanya terlebih dahulu sebelum masuk waktu Zuhur.

Danial yang baru sahaja pulang daripada kedai baju perkhawinan dengan Zahra melemparkan bajunya ke atas katil. Tuala di capai untuk membilas badannya yang sudah melekit akibat cuaca yang panas.

Muzaffar's AngelOnde histórias criam vida. Descubra agora