MA | DIA

16 3 2
                                    

Mikayla menghelas nafas lega apabila semua pakaiannya sudah di kemas dan tersimpan cantik di dalam beg

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikayla menghelas nafas lega apabila semua pakaiannya sudah di kemas dan tersimpan cantik di dalam beg. Sudah tiba masa untuk dia pulang ke Kuala Lumpur. Rasa rindu dengan bandar itu semakin bertambah.

Mikayla meneliti setiap sudut bilik yang pernah menjadi tempat tidurnya di rumah maktok itu sendiri. Berat hati untuk meninggalkan kampung ini. Tapi semua impian dan kerjaya dia berada di Kuala Lumpur.

Mikayla menarik beg pakaiannya keluar sebelum dia berjumpa dengan Maktok di luar rumah. Hatinya sedih kerana terpaksa meninggalkan maktoknya sendirian. Sudah lah wanita itu tidak mempunyai sesiapa bersamanya di rumah ini.

"Maktok. Mika dah siap. Nak gerak balik KL dah ni" ujar Mikayla menghampiri maktok Fatimah.

"Yelah. Balik tu bawa kereta elok-elok nah. Kirim salam ibu ayah Mika nanti bila dah sampai"

" Tapi Mika tak nak tinggal maktok. Apa kata maktok ikut Mika balik? " Cadang gadis itu.

" Apalah hang ni. Tak nak maktok ikut hang. KL tu bukan ada apa pun. Nanti hang mai lah balik sini.. lagipun maktok ada orang tolong tengokkan"

" Siapa? " Soal gadis itu. Takkan maktok ada boyfriend dekat sini? Ambui pandai berahsia.

"Saya! " Jawab Fahimi yang muncul secara tiba-tiba.

"Awak jangan risau. Saya ada jadi saya boleh tengokkan maktok awak ni. Ibu saya pun ada. Awak tu hati-hati dekat sana. Dah sampai nanti bagi tahu maktok boleh lah dia sampaikan dekat saya. Jangan lupa saya sudah" jawab Fahimi lagi.

Dia berharap sangat bahawa gadis itu tidak akan melupakannya setelah pulang ke bandar.

" Terima kasih. Mestilah tak lupa awak kawan pertama saya dekat sini"

'kawan? Hm tu je tempat kau dalam hidup dia Fahim' getus Fahimi kepada dirinya. Fahimi tersenyum nipis sahaja.

"Okaylah maktok! Mika gerak dulu! Assalamualaikum" ucap gadis itu setelah mencium dahi maktok Fatimah dan berlalu pergi.

Ekoran mata Fahimi dan maktok Fatimah menghantar kereta Mikayla sehingga hilang dari pandangan. Muzaffar menurunkan tingkap dan melambai tangan kepada maktok sebelum keretanya mengikuti kereta Mikayla daripada belakang.

~~

Pintu rumah di hempas oleh Danial dengan kuat sehingga menyebabkan mama abahnya itu terkejut.

"Kamu ni kenapa? Balik entah dari mana lepas tu hempas pintu pula. What's wrong with you Dani?? " Soal mama Danial yang hairan dengan perangai anak terunanya.

" Dani? Are you okay? " Soal abahnya pula.

Danial tidak menghiraukan soalan mereka berdua lalu terus mengatur langkahnya ke atas dan tubuhnya di loloskan ke atas katil.
Lepas sahaja kejadian malam semalam dia terus mengemas beg pakaian dan memandu untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now