MA | ADRESIA

14 1 0
                                    

"Honey

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Honey... Ho-honey sakit! Argh! Sakit honey" Mikayla memegang perutnya yang terasa kesakitan itu. Muzaffar mengesat matanya lalu bangun dari tidur.

Riak wajahnya kelihatan cemas apabila Mikayla berasa kesakitan akibat perut.

"Ya Allah sayang nak beranak dah ke?" Soal Muzaffar cemas.

"Beranak apa pula baru 6 bulan.. sakit honey.. perut sayang sakit" Mikayla masih lagi mengerang kesakitan. Muzaffar menjadi cemas dan terus mencepung tubuh Mikayla turun dari katil.

Langkahnya laju sahaja di atur menuju ke kereta. Tubuh Mikayla di rebahkan di dalam kereta. Baru sahaja dia hendak menghidupkan enjin kereta terus sahaja otaknya terfikir bahawa kunci di dalam bilik.

"Sabar eh sayang honey lupa kunci" terus Muzaffar berlari ke dalam rumah semula mengambil kunci kereta.

Selepas sahaja mencapai kunci kereta, Muzaffar terus memecut keretanya ke hospital. Mikayla yang mengerang kesakitan itu di suruh bersabar.

"Sabar apa sabar sakit ni!!" Marah Mikayla.

"Ya tahu sakit. Nah dengar zikir ni bagi hilang sakit" Muzaffar memasang zikir pada radio keretanya untuk menenangkan Mikayla.

~~

"Encik suami pesakit kan?" Soal jururawat itu. Muzaffar mengangguk sebaik sahaja wanita itu menegurnya.

"Kenapa dengan isteri saya nurse? Dia nak beranak dah ke?"

" Sabar encik. Lebih baik encik jumpa doktor dekat dalam nanti doktor terangkan dekat encik" balas jururawat itu meminta Muzaffar memasuki bilik doktor yang bertugas.

Tok.. tok..

"Masuk"

"Kenapa dengan isteri saya?"

"Duduk dulu encik" kata doktor lelaki itu.

Muzaffar menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Soalan sama tetap di ajukan kepada doktor itu.

"Isteri encik sihat. Dia mengalami kekejangan dekat bahagian perut. Biasalah wanita mengandung selalu akan mengalami benda tu. Bayi encik pun sihat. Encik tahu kan jantina bayi?"

" Alhamdulillah. Ye tahu doktor. Jadi isteri saya dah boleh balik? "

" Buat masa ni kita bagi dia rehat dulu esok petang encik boleh bawa isteri encik balik" jelas Doktor itu. Muzaffar mengangguk lalu meminta diri untuk keluar.

~~

Tombol pintu wad itu di pulas lalu langkahnya menghampiri Mikayla yang sedang tidur di atas katil pesakit itu. Muzaffar baring di sebelah Mikayla yang sedang terbaring itu.

Kepala Mikayla di angkat lalu di letakkan atas lengannya dan badan gadis itu di pusing menghadapnya. Pelukan di eratkan sebelum bibirnya menyentuh dahi isteri kesayangannya.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now