MA | JUNIOR?

22 3 0
                                    

Mikayla memotong sayur-sayuran sebelum dia mencampak semua itu ke dalam masakan yang dia sediakan bagi lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikayla memotong sayur-sayuran sebelum dia mencampak semua itu ke dalam masakan yang dia sediakan bagi lelaki itu. Sewaktu tangannya sibuk memotong semua bahan, telefon rumahnya berbunyi seketika.

Tindakan Mikayla terhenti dan api dapur itu di tutup terlebih dahulu sebelum kakinya menapak naik ke ruang tamu kedua di atas. Telefon itu di angkat dan kedengaran suara Khai iaitu pekerja merangkap kawan baik suaminya.

"Hello? Puan Mikayla ni saya Khai"

"Yes Khai ada apa telefon rumah saya ni? "

" Ouh tadi saya call handphone puan tapi tak jawab sebab tu saya call rumah nak sampaikan pesanan tuan"

" Pesanan? Kenapa dengan tuan? Khai jangan bergurau dengan saya. Tuan kenapa? " Soal Mikayla cemas.

Mahu dirinya tak panik kalau sesuatu terjadi kepada Muzaffar. Sudahlah dia mencintai dan sayang akan lelaki itu. Kehilangan lelaki itu juga dia tidak sanggup.

"Sabar puan. Tuan sihat je. Ni ha dia suruh saya pesan dekat puan kata dinner malam ni cancel dan dia suruh puan bersiap malam nanti dia ambil puan bawa pergi dinner dengan klien dia sekali"

" Saya ikut tuan dinner? "

" Ye puan. Okaylah tu saja kalau tak ada apa saya letak dulu" terus Khai mematikan panggilan tanpa sempat Mikayla bersuara.

" Eh tak sempat nak cakap dah letak"

Mikayla meletakkan telefon rumah itu semula. Langkahnya di atur ke bawah bagi menghabiskan masakannya walaupun makan malam itu terbatal.

~~

"Khai masuk kejap" panggil Muzaffar.

Knock! Knock!

" Masuk" arah Muzaffar dari dalam. Dahinya di picit berkali-kali sambil memejamkan matanya selepas Khai menapak masuk ke dalam pejabatnya.

"Yes tuan. Ada apa?"

"Dah bagitau isteri aku dah?"

"Dah tuan"

"Bagus. Ha lagi satu sebelum aku lupa aku nak ingatkan kau mulai minggu depan semua appointment aku dengan meeting tu kau tangguh dulu. Aku ambil cuti dalam sebulan" terang Muzaffar kepada Khai.

" uish lama betul tuan cuti. Pergi honeymoon ke dengan puan" usik Khai dengan nada mengadanya.

" Sibuk je kau ni. Isteri aku biarlah"

" Alah tanya pun marah"

" Dah sana sana keluar" halau Muzaffar. Makin di layan makin menjadi si Khai ni.

Khai mengatur langkahnya ke pintu pejabat untuk keluar. Tangannya sudah memegang tombol pintu dan pintu itu dia buka. Langkahnya terhenti dan dia mengalihkan badannya menghadap Muzaffar sebelum pintu itu di tutup.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now