MA | MENGADA

27 3 0
                                    

Sinaran cahaya matahari memasuki di sebalik celah langsir yang tergantung indah pada tingkap bilik Mikayla

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Sinaran cahaya matahari memasuki di sebalik celah langsir yang tergantung indah pada tingkap bilik Mikayla. Cahaya matahari itu menganggu tidur Mikayla sehingga gadis itu menutup sinaran matahari itu dengan tangannya. Kepalanya masih lagi berada di atas dada Muzaffar.

Mikayla membuka matanya dengan perlahan sambil tangannya masih lagi memeluk tubuh Muzaffar. Tangan Muzaffar juga masih memeluk pinggang ramping Mikayla dengan erat. Mikayla mengangkat wajahnya memandang Muzaffar yang masih lagi lena di buai mimpi barang kali.

Jarinya mula bermain di kelopak mata Muzaffar dan di ikuti ke hidung lalu jatuh ke bibir lelaki itu. Wajah Muzaffar yang tampan itu di tatap olehnya. Kesan luka di bibir itu juga semakin hilang selepas di rawat beberapa hari dulu. Muzaffar yang merasakan tidurnya terganggu itu membuka mata dan melihat isterinya yang sedang bermain di bibirnya itu tersenyum manis.

Cup!

Muzaffar terus menghadiahkan ciuman pada dahi Mikayla. Mikayla memandang Muzaffar dengan menghadiahkan senyuman manis lalu mengeratkan lagi pelukannya.

"Manjanya sayang" sepenggal senyuman terukir di bibir Muzaffar ketika dia berkata kepada Mikayla.

Kepala isterinya itu dia usap berkali-kali. Rasa bahagia yang dia inginkan selama ini akhirnya tercapai juga.

"Nak mandi tak?" Soal Muzaffar dengan senyuman nakal di bibirnya. Mikayla bangun dari pembaringan. Selimut itu di tarik bagi menutupi tubuhnya yang terdedah.

Baju tidurnya sudah tercampak jauh dari katil. Mikayla menarik baju t-shirt Muzaffar yang di pakai oleh lelaki itu semalam dan menyarungkan ke tubuhnya.
Nasib lelaki itu masih lagi memakai seluar cuma baju saja tidak tersarung pada tubuh lelaki itu.

Lengan Mikayla di capai sebelum gadis itu bangun dari katil.  Mikayla mengangkat kening memandang Muzaffar dengan penuh tanda tanya.

"Nak pergi mana tu sayang?"

"Nak buat breakfast untuk honey lah. Honey pergi makan nanti dah siap boleh turun"

" Alah tapi honey nak breakfast sayang" usik Muzaffar.

" Eee jangan mengada pergi mandi cepat"

"Tak nak ikut ke? Tak menyesal ke?"

"Tak pun bluek" Mikayla menjelirkan lidahnya lalu berlari keluar dari bilik. Malu. Ya itu yang dia rasa sekarang malu dengan suaminya sendiri kerana situasi semalam.

"Eleh malu ler tu" omel Muzaffar lalu mengaturkan langkahnya ke bilik mandi dengan gembira.

~~

Lelaki itu bangun dari tidur dan duduk di atas katil sambil menyarungkan bajunya pada tubuh. Perempuan yang tidur di sebelahnya itu di pandang sekilas sebelum dia mencampak baju ke muka perempuan itu.

"Bangun!" Arahnya dengan nada yang datar. Menyemak je tidur dalam bilik aku.

"Apa you ni. I mengantuk tahu tak semalam okay je suruh i layan you hari ni nak marah pula period eh?" Bentak wanita itu.

Muzaffar's AngelWo Geschichten leben. Entdecke jetzt