MA | SORRY

20 1 0
                                    



"Danial! Danial!" Jerit Mikayla dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Danial! Danial!" Jerit Mikayla dari jauh. Langkah Danial di atur dengan cepat sekali. Mikayla yang mengejar Danial akhirnya jatuh ke tanah akibat tumit kasutnya patah.

Semua mata yang berada di situ memandang mereka berdua. Dah macam drama pukul 7 pula asyik kejar ni. Danial memalingkan badannya memandang figura gadis itu yang jatuh menyembah bumi. Egonya perlu di pertahankan. Tangannya mengempal penumbuk dan jelingan di beri kepada Mikayla lalu dirinya beredar dari situ tanpa mendengar penjelasan gadis itu.

Keluhan kecil di lepaskan oleh Mikayla apabila melihat Danial meninggalkan dirinya begitu sahaja. Kasut di tanggalkan oleh Mikayla lalu tumit kasut yang patah itu di pegangnya.

Apalah nasib aku ni? Haih bodoh kasut ni waktu macam ni kau nak patah! Sampai hati kau Danial tinggal aku macam ni!

Kasut yang sudah rosak itu di baling Mikayla lalu tubir matanya sudah mengeluarkan air mata. Esakan gadis itu semakin kuat dan tidak dapat di kawal walaupun ramai mata memandang tetapi dia tidak menghairankan.

Muzaffar yang berdiri tidak jauh dari tempat Mikayla jatuh itu memandang gadis itu yang sedang menangis. Hatinya berasa serba salah tentang apa yang terjadi.

Kalau pergi pujuk makan maki dari dia dak? Tak pujuk kesian. Kalau nak pujuk takut pula.

Akhirnya dia memberanikan diri menghampiri Mikayla yang menangis itu. Tangannya memeluk bahu gadis itu lalu muka gadis itu di letakkan pada dadanya. Belakang badan Mikayla di usap perlahan oleh Muzaffar.

"Shh jangan nangis. Aku minta maaf. Aku tak berniat nak sakitkan kau" kata Muzaffar mengusap belakang gadis itu.
Dia merasakan bajunya sudah basah akibat air mata gadis itu tapi dia membiarkan sahaja gadis itu menangis.

Basah pun basah lah wahai baju janji aku dapat redakan cinta hati aku ni.

~~

Pintu bilik dihempas dengan kuat oleh Danial. Nafasnya naik turun dan perasaan marahnya semakin membuak apabila teringat tentang Muzaffar yang memeluk teman wanitanya itu.

Baru sahaja dia hendak berpatah balik kepada Mikayla langkahnya terhenti sewaktu dia melihat Muzaffar sudah memeluk Mikayla. Urat di muka sudah timbul dan perasaan marah dirinya semakin bertambah.

Sudahlah perbuatan Muzaffar melamar gadisnya itu membuatkan dia marah ini pula memeluk gadisnya.

Danial terus menumbuk cermin yang berada di dalam bilik airnya. Tangannya berdarah akibat retakan cermin yang di tumbuknya itu lalu di biarkan sahaja.

"Sial kau! Girlfriend aku pun kau nak ka sial?! Kau pun satu Mikayla dah pandai curang dengan aku! Dasar cheater!! " Marah Danial di hadapan cermin.

Telefon Iphone 7 miliknya yang berada di atas katil berbunyi. Danial mengatur langkah menghampiri telefon tersebut. Nama Zahra💕 tertera di skrin telefonnya yang membuat panggilan video. Tanpa menunggu lagi panggilan itu dijawab.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now