MA | YOU

13 3 0
                                    

Khai membuka pintu bilik Muzaffar yang baru sahaja di rawat oleh doktor peribadinya sendiri di rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khai membuka pintu bilik Muzaffar yang baru sahaja di rawat oleh doktor peribadinya sendiri di rumah. Dulang berisi bubur dan juga air susu kurma di letakkan di atas meja bersebelahan katil Muzaffar. Khai menarik selimut menutupi badan Muzaffar sebelum dia menurunkan suhu penghawa dingin bilik lelaki itu.

Baru sahaja Khai hendak melangkah keluar langkahnya terhenti saat Muzaffar memanggil suatu nama. Nama itu dia sebut berkali-kali. Khai memalingkan tubuhnya melihat Muzaffar yang terbaring di atas katil sebelum dahinya berkerut.

Dia tidak salah dengar bukan? Muzaffar memanggil Mikayla. Cik Mikayla yang hari itu ka?

Tanpa membuang masa dengan penuh tanda tanya lagi dia terus mengatur langkah untuk membangunkan lelaki itu. Badan Muzaffar di tepuk perlahan sebelum dia memanggil nama lelaki itu.

"Adel??" Kalau mereka berada di luar pejabat dan bukan waktu kerja Khai akan memanggil Muzaffar sebagai Adel seperti yang lelaki itu minta.

"Dah pukul berapa ni?" Soal Muzaffar sebaik sahaja dia terjaga dari tidur. Badannya dia sandarkan pada kepala katil dengan bantal di belakang badan.

"Pukul 7:30 malam dah"

"Nasib tak terlepas maghrib. Kau solat tak lagi? Kalau belum jom kita solat sekali" ajak Muzaffar menyelak selimut yang berada di kakinya.

"Sudah. Kau solat dulu nanti dah habis jangan lupa makan ni bagi badan tu bertenaga sedikit" balas Khai menunjukkan bubur dan air susu kurma di atas meja itu.

Muzaffar mengangguk lalu mengaturkan langkahnya ke bilik air untuk mengambil wudhuk menunaikan solat maghrib. Selesai sahaja solat dia melipatkan sejadah itu lalu meletakkan di kaki katil sebelum songkok hitam itu dia letakkan pada almari.

Muzaffar mengambil dulang itu lalu membawanya turun ke bawah. Kakinya mengatur langkah ke meja makan sebelum dia meletakkan dulang itu atas meja. Khai menarik kerusi di hadapan Muzaffar sebelum lelaki itu mengaminkan doa makannya.

"Kenapa turun? Kau tak sihat lagi"

"Aku dah rasa segar lepas solat tadi. Jadi aku turun makan bawah. Ni siapa masak? Kau? Ke Makcik Ani?"

" Aku masak. Makcik Ani balik dah jadi aku masak"

" Patut tak sedap"

" Kau mengada eh. Aku pukul kang sakit balik"

" Alah gurau jer adik khai"

" Yelah abang Adel. By the way aku nak tanya ni"

Muzaffar memasukkan bubur ke dalam mulutnya. Napkin dia ambil lalu mengelap mulutnya yang comot akibat bubur.

"Apa dia?"

"Tadi kau sebut nama Mikayla. Mikayla kau tu yang peguam dekat firma Nashfiq ka?"

Muzaffar terdiam seketika. Tubir matanya menghasilkan air mata sebelum air mata itu jatuh mengalir pipi.

Muzaffar's AngelWhere stories live. Discover now