MA | BALIK

12 3 0
                                    

Selepas 4 bulan

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Selepas 4 bulan...

Berbulan sudah berlalu, Mikayla meneruskan hidupnya seperti biasa. Hari ini adalah hari terakhir dia bekerja kerana dia telah mengambil cuti untuk pulang ke Malaysia pada esok hari bertemu ibu ayah yang berada di sana. Mikayla mengemaskan segala baju, seluar dan tudung serta alat peribadinya masuk ke dalam beg pakaian. Beg tersebut di tutup lalu dia zip sehingga kemas sebelum meletakkan beg itu di sebelah almari.

Selepas kejadian yang berlaku di lobi itu dia tidak lagi berhubung dengan Muzaffar. Lelaki itu mungkin sudah bertemu pilihan hatinya sendiri. Mikayla menghela keluhan kecil sebelum dia meletakkan telefon di sebelah. Tubuhnya di jatuhkan ke atas katil sebelum memejamkan mata.

Baru sahaja niatnya hendak tidur di buai mimpi indah selepas penat bekerja loceng rumahnya berbunyi menandakan seseorang datang. Mikayla dengan langkah yang malas itu pergi ke pintu untuk melihat siapa yang datang. Wajah Nashfiq terpancul dengan riak yang gembira di hadapan pintu rumahnya.

"You nak apa datang sini?" Soal Mikayla.

"I nak ajak you pergi dating? Esok you dah nak balik Malaysia nanti i rindu you"

" Dating? What? Sejak bila kita bercinta? "

" Sejak hari pertama you kerja dekat firma i"

" Jangan mimpi. I penat nak rehat esok flight i pagi"

" Tak apalah orang tu tak sudi kita sedar kita ni siapa jer"

Mikayla membuat muka meluat apabila Nashfiq sudah merajuk sambil menundukkan wajahnya.

"Ish yelah. Tunggu bawah nanti i turun" terus pintu rumah itu dia tutup sebelum mengatur langkah pergi bersiap.

Nashfiq bersorak keriangan dan mengatur langkahnya turun ke lobi dengan gembira.

~~

Muzaffar memarkir keretanya di garaj rumah Tan Sri Ishak sebelum dia keluar dari kereta itu. Beg pakaian di tarik oleh Muzaffar sehingga ke hadapan rumah dan salaman turut dia beri sebelum melangkah masuk. Kelibat Muhaimin Adwa itu menyambut kedatangan Muzaffar Adel.

Muhaimin terus memeluk erat Muzaffar sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam rumah. Belakang badan Muzaffar di tepuk berkali-kali. Muzaffar pelik dengan tindakan Muhaimin dan meleraikan pelukan mereka. Riak wajah hairan di hadiahkan kepada Muhaimin membuatkan lelaki itu tertawa kecil melihat abangnya.

"Kau kenapa? Demam? Atau dah gila?" Soal Muzaffar meleraikan pelukannya.

" Aku rindu kau. Aku tahu aku banyak salah dengan kau aku minta maaf. Aku cari kau selama lima tahun aku tak nak kau hilang lagi. Aku dah terima kau jadi abang aku. Maafkan aku Muzaffar"

" Aku dah lama maafkan kau. Aku sayang kau sebagai adik aku walaupun kita bukan darah daging"

" Dah jangan ungkit perkara lepas aku anggap kau sebagai abang kandung aku dah. Jom jumpa mama dia dekat atas sakit sebab rindukan kau. Papa nanti baru balik" ajak Muhaimin.

Muzaffar's Angelحيث تعيش القصص. اكتشف الآن