Part✓56

5.7K 128 3
                                    

Auni leka mengemas rak hingga menjadi kemas dan teratur. Kenapa keadaan diluar sunyi sahaja. dia jadi curiga. tanpa sengaja dia terdengar derap kaki dari belakang nya. lantas  dia menoleh laju. mata Auni terus terbuntang luas bila lihat Zalikha sedang mengangkat tinggi gunting yang bakal menikam tengkuk dia.

Auni menjerit ketakutan dan terus bangun kelam kabut. peluh di wajah tiba-tiba merenik. Auni dah jadi pucat lesi melihat wajah Zalikha yang tajam merenung bola matanya dia. ditangan mengengam gunting yang sengaja dia acukan pada Auni.

"Zalikha A- Apa awak cu- cuba..buat?"

Suara Auni terketar-ketar. dia berundur dan kadang dia jerit ketakutan sendiri bila terlanggar sesuatu dibelakang.

Auni berundur kebelakang setapak demi setapak bila Zalikha cuba hampiri dia dan hala dia mata gunting yang tajam. Ya Allah Auni makin ketakutan kalau Zalikha tergamak tikam dia dengan gunting tersebut.

"You tipu I kan Farisha! banyak I tolong you. sediakan tempat tinggal pada you. bayarkan sewa untuk you bagi kerja pada you! Lepas tu you buat I macam ni?"

Suara Zalikha yang membentak keras buat Auni ketakutan.

Emosi Zalikha kian bertukar tukar. dia pandang Auni macam orang tak betul. Jantung Auni berdetak sangat laju. tergagap-gagap dia mahu menerangkan pada Zalikha hal sebenarnya. Risau kalau Zalikha makin mengamuk dan terus cederakan dia.

"Saya tak tak per pernah tipu awak Za- Zalikha. ke- kenapa awak nak cederakan saya? saya tak buat salah pada awak"

Soal Auni terketar-ketar. Zalikha pandang dia tajam macam menahan marah yang amat sangat. Auni jadi makin ketakutan.

"Sebab kau isteri Jack! kau tahu tak siapa dia pada aku? kau tahu tak! Jack lelaki pertama yang bahagia kan aku. dia bukan seperti lelaki lain yang suka ambil kesempatan pada perempuan yang macam aku! dia milik aku!! dan tetap akan jadi milik aku!"

Jerit Zalikha kuat bersama tanggisan nya. Dia nampak tertekan bila perasaan dia bercampur baur. Airmata Auni bergenang sedalam itu kah cinta Zalikha pada Jack? Dia jadi buntu. keliru. sayu dan serba salah bila dengar pengakuan perasaan wanita lain pada suami dia. Dia pandang Zalikha dengan wajah yang suram. meskipun hati nya sudah cuak dengan kelakuan Zalikha yang diluar kotak pemikiran.

Salah dia yang degil Zack Zikri dah suruh dia berhenti dan jangan masuk kerja lagi hari ini. tapi dia tetap mahu berkerja.
memandangkan hari ini adalah hari terakhir dia disini. Dia rasa mahu habiskan sisa tugas dia dan berhenti secara baik.

"Saya tahu Zal. Saya tahu awak masih sayangkan dia. tapi Zalikha awak isteri Yazzer dan saya?- saya isteri Zack sekarang. saya tak pernah impikan nak hidup dengan dia tapi saya percaya jodoh pertemuan ajal dan maut semua itu adalah ketentuan dari Allah s.w.t. Awak kena terima ketentuan Allah Zalikha"

Zalikha ketawa sinis. Auni betul-betul dah mati akal nak pujuk Zalikha bila Zalikha ketawa besar pandang dia.

"Jadi kau kena percaya jodoh aku dengan Jack! dan kena percaya ajal kau dah seru kau!"

Zalikha tiba-tiba menjerit histeri wajah nya sampai kemerahan menahan amarah bila teringat perempuan didepan dia sekarang perempuan yang bakal rampas seseorang yang dia cinta.

Auni pandang Zalikha datang hampiri dia. Ya Allah dia takut gunting itu bakal menikam mana-mana bahagian tubuh nya. dia pandang ke pintu yang masih terbuka. Kalau nasib dia baik dia akan selamat. Dia cuma perlu alihkan perhatian Zalikha dan lari ke arah pintu.

"Zalikha. awak fikir lah. saya tak pernah minta jadi macam ni saya tak tahu awak suka Jack. Jangan lah buat macam ni Zal kita boleh bincang benda ni baik-baik"

Pujuk Auni namun Zalikha masih berjalan kearah dia. Auni sampai disatu tempat yang dia tiada ruang lagi mahu berundur.

Zalikha masih pandang dia dengan tajam benar-benar mencengkam hati gadis itu dengan ketakutan.

Tiada lagi sifat sehari-hari Zalikha. tiada lagi wajah anggun seperti bidadari dari syurga. Auni telan air liur.  Zalikha dah mula angkat gunting dan mahu tala gunting padanya. Namun Auni lebih pantas dia masih berjaya mengelak serangan Zalikha sekali lagi. Auni sedaya upaya cari ruang larikan diri.

Namun ketika dia cuba berlari kearah pintu. terasa rambut dia dicengkam lalu ditarik kuat kebelakang. Auni jatuh tersembam disisi rak. Kepala dia sakit bukan kepalang dan Auni periksa ada cecair merah dari dahi nya. dia tak boleh tengok darah. dia akan pitam.  kalau dia pitam dia takkan dapat larikan diri lagi. Auni pandang Zalikha yang senyum sinis pandang dia yang jatuh tak mampu bangun. Kenapa Zalikha langsung tak ada perasaan simpati lagi? gadis itu terkilan.

"This is the last day you are here girl!!"

Jerit Zalikha seraya angkat gunting tinggi-tinggi. Auni pejam mata dia. dia pasrah. sebab pandangan dia mula kabur.

"Ya Allah jika hari ini hari terakhir aku. kau jaga lah mereka yang aku tinggalkan. Ibu abah. along dan awak Zack Zikri. Maafkan lah saya jika kali ini maut benar-benar memisahkan kita"

Airmata mengalir laju dipipi. mungkin sekejap lagi gunting itu akan menikam jantung nya. mungkin juga isi perut nya.

Auni berserah. dia pernah hampir mati sebab lemas. Pernah rasa kesakitan yang amat bila tangan dia patah dan hampir mati bila rumah sewa terbakar dan kali ni andai saja gunting itu merobek isi dagingnya. dia akur dan tak berdaya.
Auni pasrah jika itu lah hari terakhir dia.

Bismillahir rohmaanir rohiim. laa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil azhiim"

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now