Part✓49

4.3K 124 3
                                    

Auni Farisha duduk dibirai katil sambil termenung. Jam sudah tunjuk angka 8:17 pagi. Dia nak keluar tapi serba salah.

Pintu bilik diketuk perlahan. Auni cepat-cepat bangun dan buka pintu. kelihatan Zack Zikri dah berdiri didepan pintu dengan secawan minuman yang masih panas.

"Er.."

Auni dah gugup bila mereka berpandangan. Teringat pasal semalam buat dia rasa malu. Bayangkan kalau Yazzer tak datang semalam mesti ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

"Nah! saya buat cereal untuk awak"

Auni sambut perlahan. Jack mula pandang dia lagi dan seraya hela nafas panjang.

"Kalau awak nak turun turun lah takpe kita bagitahu perkara sebenar je pada Yazzer"

Kata Jack dia memang tak kisah kalau Yazzer tahu pun pasal mereka dah bernikah. Tapi kalau tiba-tiba macam ni dia taklah begitu pasti pula apa reaksi kawan baik dia nanti. Auni diam seketika.

"Saya pun tak kisah. Tapi kenapa dia tiba-tiba datang sini?"

"Dia ada masalah sikit dengan orang rumah dia"

Auni mengerut kening.

"Dia bergaduh dengan Zalikha?"

Jack angguk sahaja.

"Takpelah kalau tu keadaan dia. Nanti awak ambik masa yang sesuai nak bagi tau dia. Lagi pun saya nak rehat sekejap.perut saya rasa sakit"

"Sakit. kenapa?"

Jack sentuh lengan nya buat Auni rasa gementar nak jawap.

"Sebab pagi tadi sa- er.."

Wajah Jack yang pandang dia penuh rasa tanda tanya. Auni macam tak dapat nak terangkan sebab dia gugup bila Jack fokus pada anak mata dia.

"Sakit perut sebab lambat sarapan ke atau awak ada sakit lain?"

"Ermm..sakit hanya perempuan je yang rasa"

Auni berbasa basi dia mula tunduk bila lihat Jack pandang dia tak kedip.

"Awak solat subuh ke tadi?"

Auni geleng perlahan. Kemudian Jack gelakan dia.

"Oh ABC ke?"

Jack senyum ditahan-tahan. Auni buat muka blur.

"Apa tu?"

"Allah Bagi Cuti.. period!"

Auni terdiam dan angguk perlahan. Jack mengeluh dengan senyuman yang meleret.

Kurang asam punya Yazzer kacau daun masa yang salah semalam. Kan dah kena tunggu lagi. dalam hati dia dah maki Yazzer kerana tak puas hati. Kawan pun kawan ye. Bab macam ni tak boleh nak negotiable.

"Takpe awak rehat lah. Saya turun dulu. Hari ni biar saya masak awak jangan risau"

Jack pegang wajah Auni dan rapatkan dahi Auni pada bibirnya. Sekali lagi dahi itu dia kucup lama. Auni mengukir senyuman. Entah kenapa dia rasa seronok dengan Jack.

Padahal dia tak rasa apa-apa pada lelaki ini sebelum ni. Malah dia pernah meluat pada Zack Zikri. Tapi sekarang dia rasa semua nya dah berubah lelaki itu ada sifat yang begitu attractive. Boleh pukau dia. Buat dia rasa berdebar dan menerbitkan suatu perasaan yang agak lain.

"Jack!"

Suara Yazzer dibawah memanggil membuatkan Jack kelam kabut turun. Dia sempat cuit dagu Auni sebelum berlalu turun. Auni hanya tersenyum perhatikan langkah suami dia.

Yazzer duduk sambil tertunduk menompang kepala yang masih berdenyut-denyut. Sesekali wajah di raup.
Kelibat Zack Zikri yang meletak kan secawan teh panas dipandang sekilas.

"Minum tu. Biar berpeluh sikit"

Kata Jack capai remote tv. Yazzer angguk lemah. Teh o panas dicicip perlahan. Lega rasa sedikit badan dia yang lemau dek kerana minuman keras yang dia teguk semalam.

"Kau kenapa bro? Sampai minum pastu mabuk? Kau tak tengok apa yang dah jadi kat aku sebab tak jaga disiplin? Nak kena gantung kerja juga?"

Soal Jack binggung.

"Entah lah bro. Aku stress sangat. Zalikha tu asyik push aku"

Kata Yazzer berbalam-balam Jack kerut dahi.

"Desak apa lagi?"

"Pasal kahwin lain"

"Selalu aku dengar suami gila talak. Tapi isteri kau ni gila nak berpoligami ye"

Jack senyum kelat tak habis-habis Zalikha ni tak boleh berfikiran waras ke. Entah apa lah Zalikha mahu sebenarnya apa seronok nya berbahagi kasih sayang. Walaupun dalam Islam membenarkan poligami. Tapi bermadu ni manis disebut. Tapi pahit dirasakan bagi wanita yang tertindas akibat dasar poligami yang tidak adil dan saksama dari seorang lelaki.

Jack mula tukar channel lain dalam masa sama alihkan perhatian dia dari isu Zalikha dan Yazzer. Dia malas nak komen panjang-panjang perihal rumah tangga orang lain.

"Kalau perangai dia macam ni Jack. Baik aku yang kena tangkap khalwat dengan Farisha malam tu. Biar aku kabulkan doa dia nak sangat aku nikah dengan perempuan lain"

Luah Yazzer buatkan Jack terpempam,

"Aku rasa perempuan macam Farisha tu lebih senang bagi apa yang aku nak. Dia pun nampak macam gadis timur yang sederhana. Cantik dan sopan yang kena dengan jiwa aku yang nakkan seorang yang simple"

PALA HOTAK hang lah Yazzer.. Jack dah berang setengah mati dalam hati bila dengar Yazzer puji isterinya sebegitu.
Auni tu dah jadi isteri aku lah jibauk herdik nya dalam hati. Nak marah depan-depan sahaja dia tak berani.
Jack hanya mampu membuang keluhan berat. Sabar Jack... Yazzer pun bukan tahu Auni tu dah jadi isteri dia sebab tu dia meraban tak tentu pasal.

"Kau ingat kahwin tu cuma nak anak ke Yaz? Kau ingat semua tu tak perlu cinta? Kau kena cintakan dia sungguh-sungguh dulu. Baru kau jadikan dia ibu anak-anak kau nanti"

"Apa beza nya Jack? Aku cintakan Zalikha. Sayang dia sungguh-sungguh. Tapi dia tetap macam takda effort dalam hubungan kami"

"Cinta tu memang bukan dari sebelah pihak Yaz. Kau cuba selami hati dia tak semua perempuan cakap apa yang dia nak. Percayalah cinta tu boleh dipupuk hati perempuan ni macam kerak nasi. Lama-lama lembut juga kalau terkena air"

"Aku tak percaya Jack sedangkan Zalikha aku tatang bagai minyak yang penuh pun. masih tak dapat rasakan cinta aku. Baik aku ikut sahaja rancangan dia dulu. Kahwin dengan orang yang sayangkan aku yang tahu hargai perasaan aku even aku takda perasaan pada dia"

Yazzer sudah berkata mengikut emosi dia Yang kecewa. Jack hanya mengeleng kepala tak begitu setuju.

"Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran kau sekarang ni?"

Soal Jack pada Yazzer yang agak bercelaru.

"Maksud kau?"

"Andai kata kau kawin lagi sebab apa untuk tujuan apa? love or lust?"

"Lust.."

Putus Yazzer lemah.

Jack tersenggih sendiri. Rasa risau pun ada bila tengok Yazzer dah mula berfikiran cetek.

"Lust? You can have sex with someone you don't love But you cant have love with someone you have sex. why not you choose love and you will have both"

Nasihat Jack membuatkan Yazzer macam berfikir seketika.

"I will try.."

"Try? Apa pulak maksud kau?"

Yazzer hanya mengukir senyuman. Dia tepuk bahu Jack sambil capai teh o nya dan menikmati. Jack dah berkerut-kerut tak dapat nak rungkai apa yang ada dalam kepala Yazzer. Jangan nak try Auni dia sudah lah.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora