Part✓1

13K 183 2
                                    

                      Cover by bunnyaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                      Cover by bunnyaf


"Auni! bukak pintu ni. Auni!"

Gadis itu cemas bila tiada sahutan dari dalam. Api marak kian laju dari arah dapur menambah kan kegusaran hati. Bahang api terasa panas menerpa di keseluruhan tubuh. ah! tapi rakan sebilik dia masih berada di dalam.

Tombol putar nya namun tidak menampak kan hasil pintu masih berkunci dari dalam.

"Auni bukak pintu. Rumah terbakar!"

Tangan nya makin kuat mengetuk pintu.
Tiba-tiba serpihan demi serpihan jatuh menapak depan mata membuat gadis itu panik lalu dia menjerit. Airmata laju mengalir seraya dia berlari ketakutan menuju pintu keluar.

"Auni bangun lah"

Rayu nya dalam hati. Dia yang tiada pilihan terus keluar dari bangunan tingkat Lima bangunan tersebut.
Telinga nya menangkap bunyi siren bomba. Mungkin ada yang sudah membuat laporan mengenai kebakaran.
Flat yang disewa baru genap empat bulan itu keseluruhan hampir musnah. Punca dari kebakaran itu dia masih tak pasti. Dia tidak mengunakan dapur sejak dari semalam.

Ya- Allah kau selamatkan Auni kawan aku.
Bisik nya masih dalam keresahan Mengenangkan nasib Auni kawan dia yang malang.

Auni mengesat matanya. Pandangan masih kabur. Matanya membulat melihat asap kelabu memenuhi ruang bilik.
Astagafirruallahalazim dia mula cemas. Dia terbatuk kuat bila terhidu asap yang agak tebal.

Dia berlari ke pintu bilik tombol yang panas membuatkan tangan dia tak mampu mencapai tombol pintu. Panas nya.

Dia binggung sendiri mahu menyelamatkan diri. Tangan nya pantas mencapai tuala untuk di jadikan alas untuk dia memegang tombol itu. Pintu berjaya di kuak. Namun ruang di depan sudah habis dijilat api.

Ya-Allah fikiran dia dah buntu. Tangan dia mula capai selimut untuk memukul api didepan namun usaha dia tidak menampakkan hasil. Sia-sia semua nya api terus marak. Gadis itu makin panik. Dia berserah sahaja jika hari itu ajal dia sampai. Dia redha.

"Ibu. Abah  Along. Adik minta maaf kalau adik ada buat salah"

Bisiknya pasrah. Mata dipejam tanda dia akur jika badan dia dijilat api selepas ini.

Badan dia sudah bermandikan peluh.
Bahang panas terasa menerpa segenap batang tubuh nya. Kulit terasa dibakar oleh haba. Gadis itu hanya mampu menanggis semahunya.

Dia sudah lemas dengan asap yang memenuhi rongga hidung. Dia terduduk dihujung dinding sedaya upaya dia menjauhi dirinya dari api yang marah. Gigi dikancing mengigit tahan perasaan gerun. Lututnya di peluk erat seakan dia tidak mahu lagi memandang kedepan.

"PLING!!!!"

Auni tersentak bila grill di tingkapnya jatuh ke lantai  Dua orang masuk dari tingkap lengkap berpakaian Bomba.
Dia masih panik tidak mampu berbuat apa. Kaki nya mengeletar mengenangkan maut di depan mata.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now