Part✓21

2.8K 84 2
                                    

Zalikha pandu keretanya menuju ke terminal bersepadu selatan TBS.
Ditatap nya jam dengan rasa gelisah. Dia sudah lewat hampir setengah jam.
Matanya melilau sekitar arrival hall.

Dia mengeluarkan iphones dari dalam handbag. Tergesa gesa dia tekan screen handphone.

"Puan Zalikha"

Suara dibelakang mematikan niat dia. Zalikha menoleh pantas. Dia mengeluh namun disertai dengan senyuman lega.

"Ingat you dah pergi dengan grab tadi"

Auni cuba ukir senyuman namun kelat. tapi Zalikha ni memang seorang yang positive person. Dah lah cantik sangat. Kagum Auni dengan perempuan depan dia. Kalau dia jadi lelaki pun memang dah bersyukur sangat dapat perempuan macam Zalikha. Memang perfect.

Tapi tu lah ikut dari cerita Zalikha kesian juga sebab dia tak boleh mengandung. Mesti Yazzer ni selalu bangkit kan isu anak sampai Zalikha jadi tertekan sampai sanggup cari isteri untuk Yazzer macam dulu dia tawarkan.

Agaknya Yazzer tak jaga pun perasan Zalikha. Dia mengeluh mengenangkan nasib seorang perempuan yang selalu jadi mangsa keadaan. Auni sempat berbahas sendiri. Dia ekori sahaja langkah Zalikha menuju ke kereta. Er! tapi dia tiba-tiba jadi ragu. Bukan apa Zalikha macam senang je berbaik dengan dia. Walhal Zalikha tahu apa yang sudah berlaku.

"Farisha masuk lah"

Perlawa Zalikha sambil senyum. Auni tambah serba salah. Dia takut sebenar nya. Takut kalau terjadi apa-apa pada dia.

"Puan Zalikha. Saya harap awak takde niat lain. Selain perlukan perkerja?"

Akhirnya lancang juga mulut dia nak bertanya. Zalikha berkerut dia faham sebenarnya gadis itu agak ragu dengan tindakannya. Tapi gadis itu macam dah berfikiran jauh sangat.

"Farisha trust me. You boleh rekod no plat kereta I ni. You sent kat mana-mana family you. Atau pun you amik gambar I sekali sebagai bukti. Takkan lah I nak berani nak buat jenayah pada you"

Auni masih berdiri kaku macam tak yakin pada Zalikha.

"Okay fine. I memang perlukan pekerja masa ni. Even kedengaran mengarut I upah you. Tapi masa ni I betul-betul perlu kan pekerja. Tapi dengan syarat you kena tahan dengan emosi I"

Beritahu Zalikha pandang Auni masih berdiri kaku seakan masih berbalam-balam dengan perasaan sendiri.

"Boleh tak Farisha?"

Auni mengangguk berat. Dia menarik nafasnya dia ikut kan sahaja Zalikha masuk kedalam kereta.
Dia tawakal kalau Zalikha ada niat jahat dia dah siap hantar gambar Zalikha pada Fara siap dengan no plat. Ruangan dalam kereta Zalikha pun dia turut ambil secara curi-curi dan hantar semua pada Fara yang dia percayai. Risau kalau hantar pada Arifin. Arifin desak dia patah balik pula.




Auni hanya mampu mengekori belakang Zalikha. Mereka masuk kedalam lift. Naik ke tingkat atas. Dari pada apa yang dia lihat mereka naik ke tingkat empat sebuah apartment.

Zalikha berhenti disebuah pintu. Dia meraba-raba kunci dalam tas milik dia Mereka berdiri di sebuah bilik lalu dibuka dia pintu kemudian dia mengetik suis lampu untuk menerangi ruang tersebut.

"Farisha you masuk lah. Istirehat dulu"
Suruh Zalikha. Auni mengangguk kecil. Namun kelihatan dia tak berganjak.

"Oh okay. So sekarang you simpan kunci ni. Esok you pergi keja I ambik. Hari seterus nya you dah tahu butik I kat mana you boleh naik LRT or bas. You tahu kan mana nak amik LRT?"

Auni angguk lagi. Dia pandang Zalikha.

"Jauh ke butik puan Zalikha?"

Auni mula bertanya dia dari tadi nak tanya soalan itu namun baru ada kesempatan.

Hanya Yang KeduaМесто, где живут истории. Откройте их для себя