Part✓46

4.2K 112 4
                                    

Yazzer menatap Zalikha dengan wajah yang berkerut. Hairan dia dengan sikap Zalikha yang mendadak menampar meja. orang meja disebelah mereka pun dah siap bisik-bisik sebab kelakuan Zalikha yang amat drastik.

"Kenapa dengan you ni Zal?"

Soal Yazzer kehairainan.
Jack dah rasa seram sejuk. Tak berani dia pandang pasangan depan nya. Mau nya Zalikha dah putus wayar. Apa dia nak jawap pada Yazzer. Buduh perangai Zalikha ni.

"Er.. Jack tak boleh nikah dengan Farisha sebab keluarga Farisha dah ada jodoh untuk dia"

Terang Zalikha terketar-ketar cover line. Dia duduk semula dengan wajah yang tak menentu. jarang dia boleh lost temper macam tu depan Yazzer. Sebab berkaitan dengan Jack dia rasa sukar mengawal emosi.

"Ermm. kau rasa Yaz patut tak aku takat bayar denda je?"

Jack cuba jernih kan keadaan. Yazzer dah pamer muka curiga dengan sikap Zalikha. Namun dia kembali bagi perhatian pada soalan Jack.

"Entah. Kalau kau rasa tak payah nikah dan bayar denda je. why not? Aku sentiasa sokong kau. just do what you think is best for you bro"

Kata Yazzer. Zack Zikri angguk sahaja and what thing is the best yang dia dah buat. Mereka dah pun selamat bergelar suami isteri yang sah dan semestinya maruah keluarga juga di ambil kira dia bukan lelaki hawau yang nak buat malu keluarga Haji Saini.

Setelah seketika Zack Zikri meminta diri nya risau dia dengan sikap Zalikha yang kadang-kadang naik sheikh.


Jack tolak daun pintu. Kunci keretanya disangkut ditepi pintu masuk.

Dia melihat kedapur memeriksa dimana isterinya. diruangan tamu juga tiada. Langkah dibawa ketingkat atas pintu bilik di tolak. Dia ukir senyuman. Auni terlena di atas katil.

kalau di lihat Auni ni memang jenis yang suka tidur atau kuat tidur tapi dia tak begitu pasti tentang itu. Bila dah tidur memang tidur mati orang kata. Dia cempung naik ke atas semalam bukan nya sedar sampai atas dah dengkur macam anak buah dia pula.

Jack capai tuala mandi dan berlalu kebilik air. Nanti dia nak bawa Auni keluar sekejap pergi dirumah keluarga dia. Kalau duduk di rumah sahaja bosan lah isteri dia nanti.

Jack bukak laptop nya. Dia duduk disisi katil sementara tunggu Auni bangun dia boleh tengok movie dahulu. Kaki di silakan badan disandar separuh di kepala katil. Laptop pula diletak di tengah riba nya. Jari tekan click dia pilih movie yang bersesuaian dengan jiwa dia.

Auni baru tersedar. Badan nya sedap mengeliat sebab nak legakan lenguh-lenguh. Mata dibuka perlahan dia dengar ada suara kartun dia toleh ke kesebelah ikut dari arah suara yang dia kesan.

Mata Auni membulat dia kelam kabut bangun dan melompat dari katil.

"Hei.. siapa awak!!"

Jerkah Auni cuak. Jack dah pandang dia Dengan muka yang tak faham loading lama macam habis data.

"Siapa awak ni? jawap!!"

Jack letak laptop ditepi dia bangun perlahan dia mahu hampiri gadis itu namun gadis itu makin berkerut binggung wajah dia.

"Awak tidur tak solat dulu ke tadi?"

Soal Jack. Auni pula macam keliru seketika dia cuba mencerna kata-kata lelaki itu.
Seingat dia. Dia tadi baru balik dari kerja di hotel dia jadi pembantu bahagian pastry kerja menghias desert dia yang buat. Dia mengantuk dan lalu tidur di atas katil.

"Siapa awak? Kenapa awak boleh ada disini?"

Soal Auni makin keliru. Jack macam dah dapat tangkap situasi itu. Gadis itu mungkin terbawa mimpi dia kat luar. Mungkin sebab apa yang berlaku antara mereka begitu cepat hingga gadis itu lupa tentang apa yang berlaku antara mereka.

Jack datang dekat Auni. Dia pegang kepala Auni dan cium dahi gadis itu lama. Auni dah tercenggang tak buat apa. Dia mematung.

"Saya Zack Zikri bin Hasbullah suami pada awak Auni Farisha binti Saini. Kita baru je nikah tak sampai seminggu"

Terang Jack lembut.

"Awak pergi mandi dulu. Selesai semua kita solat lepas tu saya nak bawa awak pergi rumah mama saya. Boleh?"

Soal Jack pegang pipi Auni. Auni dia masih angguk teragak-agak. Ya-allah kenapa lah dia boleh lupa apa yang berlaku. Auni tengok Jack senyum dan pergi sambung semula layan kartun.

Gadis itu pegang dahi sendiri. Ini kali kedua Jack cium dahi dia hari tu masa nikah. Kenapa dia boleh mengigau sampai lupa yang mereka dah bernikah. haissh..kebudakan betul lah! Nasib Jack rileks je layan dia.

"Saya mandi dulu"

Beritahu Auni Setelah lama berdiri. Jack senyum sahaja kemudian dia bawa laptop bersama nya dan melangkah keluar dari bilik.

Auni mula duduk seketika di atas katil dia berfikir sesuatu dalam fikiran.

Zack Zikri Hasbullah?

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang