Part✓42

4.1K 110 7
                                    

Auni memperbetulkan lengan baju yang disinsing paras lengan tadi selepas siap mencuci pinggan.

Esok mereka dah kena balik K.L
dia memang tak setuju. Tapi Jack dah awal-awal minta izin Ibu dan Abah masa makan malam tadi. Abah pun macam dah tak kisah dah. Dia dengar ibu dan abah puji Jack imamkan solat maghrib jelas semua sebutan dan tak kekok.

Auni melangkah kedepan kedengaran suara meriah berborak. Along Abah dan macam cepat lagi nak mesra dengan Jack Dia pula tak boleh nak macam tu. Mana tak nya. Jack ni lain macam pula ibu masak dia puji sedap. Bahkan tengok gambar ibu masih muda pun dia tak segan silu puji cantik. Pandai sangat nak ambil hati.

"Haa adik dah kemas baju nak balik esok?"

Tegur Hajjah Kamisah melihat anak gadis nya termenung.

"Adik rasa macam taknak balik lah ibu. Adik nak duk sini"

"Kamu tu dah jadi isteri orang. Zack kata dia nak kena kemukaan surat rayuan untuk longgarkan tindakan pada dia isnin ni"

Nasihat Hajjah Kamisah.

"Ibu macam tak suka adik tinggal kat sini?"

Hajjah Kamisah mengeleng kepala. Macam ni lah anak bongsu sikit sikit masuk kan elemen sentimen dalam keadaan begini.

"Bukan tak suka. Zack dah minta kebenaran nak bawa kamu. Kamu tu isteri dia. Memang tempat kamu lah dengan dia"

Sambung Hajjah Kamisah lagi.

"Tu lah yang adik tak nak kawin. Kan bagus bayar denda je tak payah lah kawin. Lagipun kami bukan ada apa-apa"

Hajjah kamisah mengeluh panjang.

"Kamu bercakap kita hidup ni macam tak de benda yang mengaibkan. Ibu dan abah pekak kan je telinga sebab berita kamu tersebar tiba-tiba nikah. Nasib kita tinggal jauh sikit dari orang. Kalau dekat memang dah puas ibu dengar pasal cerita kamu tu. Entah-entah pasal kamu kena tangkap khalwat tu pun orang dah jaja sana sini"

Ujar hajjah kamisah. Auni diam sahaja. Memang betul kata ibu. Tadi Mak Temah pun saja datang buat tanya khabar. padahal sibuk nak tau pasal kenapa dia tiba-tiba nikah. Memang wanita itu macam dah agak-agak dia nikah tiba-tiba. Siap pertikaikan kenapa tak ada majlis kecik sekali. Dia anak bongsu lah mesti ada majlis tu semua. Senang cerita. Dia nak kumpul jadi bahan bukti untuk dia membawang nanti dengan sekutu dia.

"Dah jangan fikir dah. Benda dah jadi. Adik jangan kunci pintu nanti"

Ibu nya tersenyum dan berlalu.

Auni hanya tercenggang dipandang lagi Jack yang masih leka berbual dengan along dan abah nya. Hari tu bukan main tak suka lagi Abah dan Along pada Jack. Entah ilmu penunduk apa je lelaki ni guna. Semua orang boleh suka pada dia. Tadi Mak Temah datang pun bukan main seronok benar bergurau dengan Jack sampai dia kena perli dengan Arifin baru ingat nak balik. Dah nak senja tu baru nak beransur. Tak senonoh betul perangai Mak Temah ni.

Auni menolak daun bilik seperti yang ibu pesan dia tak kunci pintu. Nanti esok bangun pagi penat nak dengar tarbiyyah lagi.

Tangan nya mencapai telefon pintar yang sekian hari di tutup. switch on di tekan. Sambil tu Auni kemas katil. Dia tengah fikir mana lah nak letak memerang sekor tu tidur. Bilik dia dahlah tak besar katil pun size queen je. Bukan muat pun dengan tabiat dia yang tidur buas. Kang dia tersepak tengah malam. Koma pulak anak Tuan Hasbullah nanti.

Bunyi notifications yang tak putus-putus. Membuatkan Auni mencapai telefon pintar nya semula. Banyak betul Whatsapp hampir semua dari Zalikha. Auni jadi pelik. Dia berfikir seketika.

"Apahal dia text aku banyak-banyak ni?"

Auni mengaru kepalanya. Hairan. macam macam soalan dari Zalikha buat dia binggung.

"Kenapa dia ni ambil berat sangat pasal aku?"

Auni mengetap bibir wajah nya berkerut.

"Jangan-jangan dia ni sonsang tak?"

"Haissh! Husnudzon lah Auni husnudzon. Tak baik berburuk sangka. tapi aku tak sedap hati dengan Puan Zal ni"

Cantas hati dia. Nombor Zalikha ditekan. Kemudian dia melekap kan handphone dicuping telinga nya.
ada benda yang dia sangsi dengan Zalikha.

"Hello Farisha are you okay? You kat mana? You bila nak masuk keje? You dengan siapa sekarang ni?"

Belum sempat apa-apa dia sudah dijamu dengan soalan yang bertubi-tubi. Auni mula dijamah rasa pelik.

"Alhamdulilah saya okay Puan Zal. Saya balik melaka"

"You buat apa kat melaka? wait Farisha Jangan kata you balik melaka dengan kawan si Yazzer tu?"

Soalan Zalikha membuat kan Auni kelu. Kenapa Zalikha macam tak suka sahaja.

"Tak emm..tak.. Saya nak tanya kenapa Puan Zal tak kunci pintu masa tinggal kan saya sendiri tengah tidur tu?"

Lama talian sepi.

"I lupa..yes I lupa nak kunci. I tiba-tiba tak sihat masa tu then I decide nak balik terus"

Auni tarik nafas dalam-dalam. Dia dapat rasakan dari suara Zalikha. Zalikha dah mula tergagap-gagap.

"Habis kenapa suruh kawan Yazzer tu pergi check saya?"

"I just risau kat you. Ye I lupa kunci pintu. I call you tak dapat pun. So I suruh orang tengok kan you?"

"Awak sebenarnya nak suruh Encik Yazzer yang datang kan Puan Zal? Tapi malang kawan dia yang datang. Saya teringat satu perkara awak pernah tawarkan pada saya untuk jadi madu. Saya nak tanya puan sengaja ke buat semua ni? Perangkap kami?"

Soal Auni lama dia pendam soalan itu dalam kepalanya. Sekarang dia tak betah lagi nak berselindung.

"Ya Allah kenapa jauh sangat pemikiran you ni? I ni berpelajaran. I takkan buat semua ni. I tak expect you tuduh I macam ni Farisha?"

Nafi Zalikha.

"Nope! Saya bukan tuduh. Saya ada sebab kenapa saya fikir macam tu. Kenapa terdesak sangat Puan Zal? Encik Yazzer tu sikit pun tak suka saya. Benda ni melibatkan maruah keluarga saya. Saya malu tau Puan Zal"

Ujar Auni kesal.

"Farisha you rasa I buat semua ni? untuk apa I buat semua ni? I isteri Yazzer. I sayangkan dia. You pun I dah anggap macam adik I sendiri. Memang I pernah terfikir nak satukan you dengan dia sebab I nak lihat dia happy. Tapi tengok dia tak suka you. I dah redha. Kejadian malam tu tak ada kaitan dengan I pun"

Auni diam. Hati dia rasa berbelah bagi nak percaya atau tak. Dia sukar nak berfikir sekarang.

"Maafkan I Farisha. I dan Yazzer akan support you berdua bayar denda tu. I dan Yazzer dah bincang. You balik lah sini. Tolong I uruskan butik. You kata nak guna duit kan? I naik kan gaji you"

Cadang Zalikha. Auni mengeluh berat. Dia dah jadi buntu.

"You jangan risau. Kalau you nak I turun melaka. Terang kan pada parents you yang semua ni salah faham je. You tak perlu sampai nikah pun dengan Jack tu. I tolong you. I taknak you sia-siakan hidup you dengan dia"

Auni diam terkunci bibirnya mahu berkata-apa. Dia pelik kenapa Zalikha beria nak tolong dia lagi.

"Dengar cakap I. Tak semua orang yang kena tangkap khalwat tu bersalah dan tak semua kena kahwin. You boleh je bayar denda. Pegawai agama just sarankan tapi tak bermakna you wajip kawin. You nak ke kahwin sekejap lepas tu bila dah tak serasi you terpaksa bercerai. You nak jadi janda sebab kawin dengan lelaki yang you tak kenal hati budi? Balik keje dengan I. I yakin keputusan ni yang patut you ambil"

"Nanti saya fikirkan Puan Zal. Saya nak rehat dulu. Assalamualaikum"

Talian terus sahaja dimatikan. Auni termenung sendiri. Pening dia dengan kata-kata Zalikha pada dia. Teruk sangat ke perangai Jack tu? tapi tengok hari tu memang jenis lelaki yang pantang nampak perempuan semua dengan segala makhluk dia nak sapu. Dasar player marah Auni sendiri. Tapi sekarang tak boleh tarik balik pun status perkahwinan dia dengan Zack Zikri mereka dah sah pun. Nak buat apa pun tak guna.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now