Part✓45

4.4K 108 8
                                    

Auni melangkah turun dari tingkat atas. Entah bagaimana semalam dia terlelap lepas tu bangun subuh tadi dah atas katil. Dalam keadaan elok lah.

Dia susun langkah ke dapur bila terdengar bunyi seperti orang bertukang. Dia terpaku seketika lihat Jack lambung telur dalam egg pan lepas siap dia letak dalam pinggan. Lepastu buat lagi satu telur mata dengan cara yang sama. Auni berdiri sahaja depan dapur. Patut lah banyak sangat barang memasak. Lelaki ni memang terror bab kat dapur.

Kerdil nya rasa bila dia hanya guna skil satu je kat dapur. Auni dia minat masak. Tapi lebih kepada masakan melayu lah. Western mana dia reti.

"Aik dah bangun? Sini lah saya buat Americans breakfast untuk awak"

Jack panggil Auni. Dia macam semalam ikut sahaja bila di rumah orang kita jangan melawan. Kalau tuan rumah ajak makan ke minum jangan sampai dua tiga kali panggil baru nak datang. Itu sebahagian adap juga pesan ibu.

Auni tarik kerusi. Mata nya leka perhati Jack yang tengah siapkan sarapan.

"Sepatut nya saya yang buat breakfast ni macam terbalik pula"

"Takpe lah sekarang ni saya ada masa nak masak. Kalau saya dah bertugas. Jangan kata masakan saya. kelibat saya pun awak jarang nampak"

Sibuk sangat ke nanti kalau dah bertugas. Ke dia sibuk cari awek nak jadikan bahan experiment cinta dia macam malam tadi dia buat. Auni hanya diam membuat spekulasi dalam hati.

"Okaylah siap! Americans breakfast cara saya. Telur goreng bukan jenis Sunny sides up tu loya sebab separuh masak. Yang lain tu basic lah Americans breakfast lah sausage and baked beans"

Auni angguk sahaja. Dia pun setuju tak suka telur separuh masak. Atas meja ada french toast yang dah siap buat Auni jadi kagum.

"Jap saya ambik peel fresh untuk awak"

Macam puteri pulak kena layan pagi-pagi macam ni. Auni menompang dagu dan senyum. Kenapa lah seronok sangat dapat layanan macam ni.

Jack siap hidang air padanya,

"Jemput lah"

Auni angguk sahaja. dia capai sudu suap sausage dalam mulut. Ermmm. Rasa dia macam dari syurga..ish dia pun dah melampau macam Jack baru malam tadi ter bluetooth tanpa sengaja ayat tu.

"Sedap. Awak pandai masak"

Puji Auni.

"Tak lah pandai. Saya just praktik kan buat semua sendiri dalam adik beradik saya kan takde perempuan. Saya dulu selalu tolong mama kat dapur cuci pinggan masak membiskut semua tu"

"Seriously membiskut pun?"

"Serious lah. Nanti kita buat semperit susu eh sama-sama"

"Okay. Tapi saya buat tak sedap tau"

"Kan dah kata semalam apa-apa yang isteri masak semua sedap bagi saya"

Auni dah kelu. Dia terus suap makanan kedalam mulut.

"Awak memang suka pancing perempuan kat mana-mana ke?"

Auni sengaja bukak topik yang agak panas. Dia risau kalau dia ter syok sendiri semalam. Tengok lah perangai lelaki depan dia ni.

"Takde lah. Saya ni friendly je"

"Tapi ayat awak kat budak promoter tu dah macam level confident macam biasa awak buat"

"Semua lelaki macam tu. Cuma cara berbeza. Saya itu yang saya buat setakat tu je lah. Awak nak tau ada lelaki jenis yang depan makwe diaorang nak tegur awek mana-mana kecut perut. Cuba kat belakang makwe mesej noty-noty mintak gambar naked tu semua. Tu saya memang tak berani buat"

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now