Part✓7

3K 86 0
                                    

Auni beberapa kali zoom dp mesengger Syed Yazzer. Dia mengukir segaris senyuman tanpa sedar. Entah kenapa dia suka sangat scroll apa yang Yazzer update di status Facebooknya. Semua kata-kata penuh puitis. Jiwa Yazzer ni macam penuh dengan sesuatu yang lelaki lain tak ada.

Sejak dari kejadian Yazzer berjaya selamat kan dia haritu. Dia rasa macam Yazzer ada keistimewaan nya. Macam ada dejavu di antara mereka kelibat itu tidak mahu beredar dari ingatan. Takde ribut atau taufan hati sentiasa terlekat pada seseorang. Seseorang yang cuma mampu dirindui tanpa sebab.

Kenapa lah teruk sangat perasaan yang hadir dalam hati nya. Layak ke perasaan yang tumbuh ni dipanggil cinta pandang pertama? atau hanya sekadar mainan hati semata. Auni dah rasa rimas pula sebab asyik fikirkan Yazzer. Memang betul kut dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki bernama Syed Yazzer.

"Auni Farisha awak dengar tak!"

Tatkala imaginasi sedang berlegar dalam kepalanya. Telinga nya pula hampir pekak dengan suara nyaring membingit. Malaon mana yang menjerit ni. Hati Auni mula memaki. Mata Auni automatik membulat bila pandangan dia tertacap pada wanita yang berusia lebih dari 30an.

"Err.. Cik Shafika?"

Auni sedikit sebanyak dah cemas bila berpandangan dengan Cik Shafika Alisa.

Ya cik Shafika merangkap penyelia kitchen department tempat dia ditugaskan. Wanita moden tu cukup dikenali sikap tegas kuat mengaum menganjing ke tak tau. Yang paling penting dia single sebab hormon tak stabil. Asyik nak marah je. Kepanasan wanita itu silap-silap kalau celup dengan alat cek suhu boleh meletup terus thermometer tu. Alahai Cik Shafika Alisa yang garang. Auni dah serba tak kena.

"Aku suruh kau pergi check semua bahan untuk deserts dalam peti sana!
Bukan pergi check daging dalam freezer nih kan bukan bahagian kau. Kalau aku mintak kau tolong kat sini baru kau buat. Faham!

Naik seoktaf nada Cik Shafika tengking dia.
Auni diam tak berkutik. Satu dapur dah tengok dia disekolahkan Cik Shafika.

"Kau kenapa makin hari ke sehari makin bermasalah aku tengok? Kau nak keja ke nak buat aku mati sebab blood pressure sebab selalu maki kau!"

Auni hanya diam bila Cik Shafika berang.
Dekat rumah ibu boleh lah tunjuk taring sikit. Tapi kat tempat keja dia noob okay. Malas nak bertekak. Hati dia cepat terguris nanti. Dia hanya mampu mengumpat dalam hati kalau tak tahan di marahi Cik Shafika.

"Sorry Cik Shafika saya silap dengar tadi. Ingat kena check semua ni sekali"

Auni tutup freezer perlahan dan berlalu dia dah malas betul nak layan Cik Shafika nih. Silap boleh spoil mood nak keja. Paling pun dia akan menanggis kalau terfikirkan kata-kata Cik Shafika yang kasar.

Takpe lupakan pasal Cik Shafika.

Dia cuma pening fikirkan mesagge Yazzer untuk bertemu seminggu yang lalu masa dia dikampung. Dia taknak lah sampai berjumpa macam tu sekali. Kan kejab lagi dia akan dijodohkan dengan Luqman anak Tuan Hasbullah.

Dia pun rasa dia dah takde peluang nak dekati Yazzer. Tapi entah kenapa dia tak rasa yakin kalau dia betul-betul ada jodoh dengan Luqman. Tapi Yazzer macam berkeras nak bersua muka dengan dia. Nampaknya lelaki itu tak abaikan sahaja kehadiran dia. Mungkin sebab hadiah yang dia bagi dah ganggu kehidupan lelaki itu? Mungkin lelaki tu dah ada girlfriend? Allahu kalau Yazzer dah ada kekasih macamana? Allahu kesian nya kalau dia terminat pada kekasih orang ? kenapa tak terfikir pula dia.

"Auni Farisha!"

Sekali lagi nama dia dipanggil dengan keras. Wajah Cik Shafika dipandang sekilas. Alamak matilanak.
Cepat-cepat dia larikan diri ke bahagian tempat menyimpanan bahan untuk deserts dan pastry. Dia taknak dengar leteran lagi.

Cik Shafika hanya geleng kepala bukan main lalai lagi gadis itu sejak kebelakangan ini. Hampir tiap jam mengelamun. Geram pula dia lihat Auni Farisha yang kian tak fokus pada kerja nya. Harap ni kali terakhir kalau tak memang kena lah bagi amaran juga pada gadis itu.




Zack zikri hampiri meja disuatu sudut.
Syed Yazzer yang leka menghadap screen telefon pintarnya mula berkalih pandangan pada Jack yang baru sampai. Dah berapa jam dia tunggu kat situ.

"Hadui takde yang lebih lambat ke? Datang esok terus lah senang"

Perli Yazzer agak boring tunggu Jack dari tadi.

"Lambatla aku tertido. Malam tadi ada kes ular. Ngantok sebab tak tido tengok ulaq tu belit mok kucing tu. Kesian anak kucing tu. Dah hilang mok dia"

"Ular besar ke?"

"Sawa batik. Bukan main panjang. Besar lagi. peluh-peluh aku dengan Abang Zul angkat masuk dalam guni"

"Malam-malam memang creepy sikit dapat kes gini"

Komen Yazzer. Nasib dia lah tak sama shif dengan Jack. Biasa kes ular ni Jack selalu turun. Kena pula minggu ni dia shif pagi. Hadap kebakaran sampah je memanjang.

"Hampir sejam aku ngan abang Zul tarik keluar dari longkang kawasan perumahan tu. Dia sembunyi kat situ. Muat-muat dia dalam longkang tu. Takleh kiyau dah sebab tengah duk telan mok kucing tu"

Syed Yazzer angguk-angguk dia tahu kerja ini melibatkan banyak aspek. Kesabaran. Kerjasama. Dan guna banyak tenaga. Dia mula panggil pelayan. Dia tahu Jack belum makan tengahari lagi.

"Order lah bro. Aku belanja"

Kata Syed Yazzer buatkan Jack hanya menguntum senyum.

"No. this time aku belanja. Esok atau seterusnya kau pula"

"Ye lah terharu nya"

Jack gelak bila Yazzer macam perli dia.

"Macamana dah tau siapa yang kasi hadiah kat kau tu? lelaki ke perempuan dia sebenarnya?"

Wajah Yazzer berkerut dengar soalan Jack selepas pelayan tu beredar. Yazzer mengeluh panjang berjela.

"Aku ajak dia jumpa. Tapi sampai hari ni tak bagi jawapan lagi"

"Eh seriously kau nak jumpa dia?"

Soalan Jack kali ini dibalas dengan senyuman nipis.

"Of course. Kenapa tak? kot mana tau budak-budak nakal pakat saja nak buat prank. Bole lah aku bagi tazkirah sikit"

"Kalau betul dia perempuan yang lawa kau tazkirah tak?"

Syed Yazzer ketawa mendengar soalan Jack yang agak berisi. Apa pula yang Zack Zikri cuba sampaikan. Tak kisah even perempuan cantik atau tak. sama saja pada pandangan dia. Dihati dia cuma ada Zalikha sahaja.

"Kalau perempuan cantik. Aku pass kan kat kau. kau pun tengah single sekarang"

Gurau Yazzer sambil teguk minuman nya. Jack hanya mampu geleng kepalanya dan ukir senyuman nipis. Takpelah single sekali-sekala ada kebebasan.

"Tak payah lah. Kau tak perasaan ke aku laku keras sebelum nih?"

"Ye lah tu laku. Tapi tak kemana pun aku tengok. Kau tu dah 29 Jack patut dah taken dah"

"Wat rilek lah bro. If dah jumpa yang sesuai aku terus kawin la. tu lah tapi kena bagi along aku kawin semula dulu"

"Dari dulu sama je alasan. Kau nak bujang sampai Jannah ke ni?"

"Takde lah macam tu. Akan kahwin juga. tapi nantilah. cari calon dulu"

"Kau demand sangat Jack"

"Eh harus pilih ye. Kasut pun kita beli kena belek dulu. Apa lagi nak cari isteri bukan setakat nak jadik isteri je nanti bakal ibu pada anak-anak aku. Aku nak cari orang yang boleh setia pada aku. Kau tau lah perempuan zaman sekarang dah ada suami pun kadang kejar lelaki lain. tu yang aku taknak. Aku nak perempuan yang betul-betul nak pada aku"

Tersenyum simpul pula Syed Yazzer dengar kata-kata Jack. Dia dah berkahwin belum lagi kesampaian hajat nak menimang cahaya mata. Tapi tak mustahil pula kalau Jack kahwin dia terlebih dahulu akan menimang cahayamata. Rezeki masing-masing siapa tahu. Tapi dia dan Zalikha akan usahakan mendapat zuriat sendiri suatu hari nanti insha-Allah.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now