Part✓25

3.2K 82 3
                                    

Jack yang tergelak suka dijeling seketika.
Entah apa yang melucukan. Cukup mengundang geram pula dihati Yazzer. Dia mendecit lihat Jack seronok nak bahan dia.

"Hadui..kuat eh jodoh korang"

Satu lagi pandangan yang kurang senang dihadiahkan pada Jack. Akhirnya Jack diam namun senyuman masih cuba ditahan-tahan dari menghamburkan gelak. Lucu tengok suami orang yang satu ni. gelabah tak tentu pasal.

Segelintir lelaki lain bergelar suami kalau perempuan suka. Dah lama dah kena bedal kan untung lah Yazzer ni lelaki yang baik. Kalau tak gadis tu memang cari penyakit.

"Aku tak rasa ni jodoh. Perempuan tu sengaja buat macam ni Jack. Dia nak rosakan rumah tangga aku"

"Tu aku tak setuju. Kau tengok muka dia tadi. Muka innocent tau. Tengok muka dia pun aku dah tau dia terpaksa keje situ. Kau jangan lah tuduh yang bukan-bukan. Kot dia memang perlu duit"

Yazzer hanya diam. kata-kata Jack bukan nak membantu. Buat makin kusut adalah.

Apa main back up pula ni? Yazzer pandang Jack hairan. Biasa dia tak aim perempuan biasa-biasa ni.

Pening pula dia bila tak dapat berfikir pekara yang lebih baik selain semua ni salah satu agenda gadis itu. Tapi kenapa harus Zalikha relakan semua ni. Tawarkan pekerjaan pada gadis itu tanpa sebarang syak wasangka. Terang-terang gadis tu sukakan dia dulu. Zalikha tak cemburu ke?

"Jack apakata kau pikat dia. Kau buat dia jauh dari aku. Boleh tak Jack. Kau kan pro dalam hal macam ni?"

Wajah Jack berkerut. Ni lagi cadangan tak bermoral tak kena langsung kalau dia pula yang masuk campur.

"Melampau eh. Aku dah cuci tangan lah bab mainkan hati orang ni bro. Risau bila ingat bumi ni berputar. Balik-balik kena kat diri sendiri nanti. Lagipun dia macam gadis baik lah aku tengok"

"Sebab dia tak lawakan? Sebab tu risau. tolong jauhkan je. Bukan suruh kau terus kahwin dengan dia"

"Kau kata tak lawa? Mata kau buta eh? Anyway aku taknak. Engko suruh lah Zalikha berhentikan dia"

Yazzer kembali diam seketika. Ada betul nya kata-kata Jack. Tapi kenapa Zalikha sampai buat semua ni? Tawarkan pekerjaan pada gadis itu. Dia tak marah ke kalau Farisha gunakan kesempatan ini untuk perkara yang boleh merosakan hubungan mereka kelak. Adui perempuan memang complicated macam ni ke? Bukan sorang kena handle. Ni Farisha lagi dah gadis tu sampai menanggis tadi.

"Jack kau rasa apa yang Zalikha tawarkan pada perempuan tu selain kerja?"

Soal Yazzer termanggut-manggut. Jack terdiam seketika otak nya ligat merungkai kata Zalikha sebelum ini. Mengaku yang dia dan Yazzer akan bakal bercerai. Gila kan?

Jangan-jangan Zalikha nak gunakan perempuan tu untuk? Alamak! sudah tak mungkin lah. Jauh sangat dari akal sihat tu kalau dah tahap macam tu. Err dah gila ke?

Jack mengerut dahi sahaja tak mampu bagi jawapan. Siapa sebenarnya ada agenda Zalikha atau gadis itu atau dua-dua mereka ada maksud yang tersendiri. Menggong! kenapa dia pula yang nak serabut pasal dua perempuan ni.



Yazzer duduk di sofa. Telinga nya menangkap pintu depan di tolak. kelibat Zalikha kelihatan mahu beransur naik ketingkat atas.

"Zalikha.."

Yazzer panggil sengaja mahu menghentikan langkah Zalikha. Emosinya bercampur baur sejak petang tadi.
Zalikha terpempam jarang Yazzer memanggil dia dengan panggilan terus macam tu.

"Abang nak bincang sekejap"

Nadanya tegas memanggil Zalikha. Hati dia dari tadi tak boleh nak tenang. Serabut! Zalikha melangkah perlahan. Wajah nya agak sangsi. Curiga dengan perilaku Yazzer yang agak lain dari kebiasaan.

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now