Part✓43

4.1K 125 6
                                    

Zack Zikri memperlahan kereta. Auni Tiba-tiba bangun bila menyedari kereta yang dipandu lelaki itu mula berhenti di tepi jalan.

"Kenapa berhenti?"

Soal Auni cuak. Zack Zikri hanya pandang dia. Tak sampai sejam dia memandu Auni dah nak tidur pula. At least temankan lah dia berborak ke kejab. Macam lah malam tadi tak tidur. Dia yang tak tidur pun larat lagi nak bawak kereta.

"Saya tanya kenapa berhenti? Awak sakit ke?"

Soal Auni lagi. Kali ini agak lembut bukan apa dia takut kalau sampai lelaki itu apa-apakan dia. Dia dah banyak buat lelaki tu sakit hati masa dikampung. Mata lelaki itu pula bukan main galak lagi pandang dia sekarang buat dia tambah cemas.

"Bukanlah sakit. tapi otak saya ni slack lah. Kenapa awak nak kita rahsiakan pasal kita dah nikah ni?"

"Memang otak awak slack. ada ke patut saya suruh tidur kat bawah awak gigih juga naik atas katil tengah malam"

Auni cuba larikan topik.

"Alah bukan salah pun. awak lagi over. Kalau ye pun terkejut jangan terus bagi penyepak. Nasib kat perut kalau kat tempat lain. takde keturunan lah saya lepas ni"

Auni mengeluh malas. Dah yang gatal sangat nak jugak tidur atas. Dia memang takde kompromi sekali dia bagi satu rumah kecoh. Nasib Jack ni pandai cover dia kata dia mengigau. Kalau tak memang murung lah dia kena marah dengan ibu lagi.

"Lain kali jangan buat macam tu"

Pesan Auni. Rasa serba salah sebab dia sepak guna sepenuh tenaga mahu tak sakit.. kesian kan tak pasal-pasal kena.

"Awak jangan lah takut kat saya. Saya takde pun sampai nak ambik kesempatan. Saya just tak biasa tidur atas lantai. Sejuk satu hal. satu hal lagi tak selesa jauh dari isteri"

Jack senyum senget pandang dia. Auni pasang muka ketat dengan kata kata lelaki itu.

"Bukan sekarang ye. bagi saya masa. rasa terkejut saya pun tak hilang lagi. Tapi please buat masa ni. Kita jangan hebohkan dulu pasal kita dah nikah?"

"Esok saya rasa nak minta orang cetak kat majalah pengantin lah pasal kita ni"

Auni mendenggus geram bila Jack seakan sengaja nak perli dia.

"Gurau lah. Biasalah dalam hubungan suami isteri ni kita kena banyakan bergurau. Nanti tambah mesra tambah sayang"

Auni diam mata nya sahaja memberi amaran pada lelaki disebelah dia.

"Serius nya awak ni"

Keluh Jack menghidupkan semula enjin kereta.




Auni Farisha kelihatan berbalam-balam mahu keluar dari kereta Jack. Mata nya memerhati sahaja Jack yang mula buka pagar dan pintu rumah sewa dan mengangkut barang mereka masuk.

"Masuk lah.. Kenapa stuck kat situ?"

Soal Jack memandang Auni yang masih berdiri diluar. Auni mula mengatur langkah. Teragak-agak dia mahu masuk kedalam bila sampai di muka pintu.

"Kenapa awak tak hantar je saya balik rumah sewa saya?"

Soal Auni. Jack terus pandang Auni lama.

"Saya ni apa pada awak?"

Auni tak faham bila soalan nya dibalas soalan. Namun dia cuba menjawap ringkas.

"Suami saya"

"Tau pun. Mana ada suami yang hantar isteri dia kat tempat lain dan sebagai lelaki sejati saya kena jaga perempuan saya. Saya bawa awak kesini supaya senang saya nak lindungi awak nanti"

Kata Jack berharap Auni terpegun namun hanya disambut Auni dengan muka berkerut malas.

"Macam lah hebat sangat. perasan lebih je mamat ni" Auni mengutuk dalam hati.

"Masuk lah. Atau nak saya dukung masuk?"

Kata Jack senyum. Auni hanya tersengih.
Namun dia masuk teragak-agak. Diperhati dia ruang tamu. Kemas sangat sebijik bukan rumah orang bujang. Senang cerita teratur semuanya.

"Duduk lah dulu Puan Zikri. Nanti saya buatkan air yang paling sedap kat bumi ni"

Auni layankan sahaja. Dia duduk di atas sofa single yang ada tiga. Dia duduk yang paling dekat dengan meja.

Kerana bosan dia mula membelek buku di atas meja. kemudian pada beberapa keping digital versatile disc.

Kelam kabut Jack berlari ke ruang tamu Melihat Auni pegang barang peribadi dia.

"Woi..woi..nooo..nooo.."

Auni termanggu bila Jack terus ambil DVD dari tangan dia dan sembunyikan dibelakang terus. Auni belek sikit pun tak sempat lagi.

"Apa tu?"

Soal Auni berkerut. Dia gagal nak connect dengan perilaku lelaki tu yang ganjil. DVD je kot.

"Ni..oh ni DVD limited edition dari album Cristiano Ronaldo. Tak boleh lah pegang sesuka hati"

Auni mengerut kening makin pelik.. Jack garu kepala sendiri macam nak sembunyikan sesuatu dari dia.

"Bukan Cristiano Ronaldo tu pemain bola ke. Pasal ada album pula?"

"Album lah ni. Video dia lecek bola semua yang berkaitan dengan dia lah ni. Tu yang di panggil album"

"Awak jangan macam-macam eh. Abah saya puji awak mengaji sedap. Jangan buat perangai tak semenggah pula kat sini"

Auni pandang Jack dengan muka curiga. Jack senyum kelat. Kemudian dia berlalu dan buang DVD tu dalam tong sampah tatkala Auni mula tak perasan  dia menarik nafas lega. DVD tu Zalikha yang bagi dulu. Siap ada nama mereka lagi. Habis lah kalau Auni nampak. Boleh punah harapan dia. Sebab tu album limited edition dari nirvana. Dia simpan sampai sekarang sebab sayang.

"Kalau awak simpan video yang bukan-bukan. Saya balik rumah sewa saya sekarang juga!"

Ugut Auni yang tak tahu apa-apa.

"Hak alah. Video Cristiano Ronaldo je pun. Wajar lah saya minat dia saya dengan dia sama je hensem"

Kata Jack berlalu sambung buat sirap dia. Auni buat muka loya. Annoying sungguh perangai dia ni.

Jack datang hidang air sirap padanya. Ni lagi satu pembohongan terbesar pada dia. Kata air paling sedap kat bumi. takat air sirap je. Pergi rumah jiran pun dapat.

"Minum lah"
Jack lihat Auni muka dah masam. Dia tersenyum saja.

"Kata air yang paling sedap kat bumi?"

Soal Auni. Tapi tekak dah haus dia teguk juga. Biarlah lelaki tu dengan perangai kelaut masin sana.

"Minum je lah. Sedap tu saya siap bubuh ubat kuat dalam tu tadi. Biar awak aktif sikit malam ni"

Tersembur air dari mulut Auni dengar kata-kata Jack yang selamba kenakan dia.

"Apa!!"

Auni tercenggang dengan wajah yang pucat.

"I'm kidding"

Kata Jack gelak jahat dan capai remote TV. Seronok nya dekat rumah dah ada orang yang dia nak sakat. Anggap je lah tempoh dia kena gantung kerja ni. Tempoh berbulan madu dia dan isteri.

BERSAMBUNG

Hanya Yang KeduaWhere stories live. Discover now