👑53👑

955 93 52
                                    

~Kim Sora~

Aku menyusun semula pakaian masuk ke dalam bagasi. Esok aku nak pulang ke apartment semula memandangkan Erika dah berpindah ke rumah keluarganya di Korea ini pagi tadi.

Aku ingat lagi muka cemberut dia bila melangkah keluar dari pintu istana. Nampak sangat dia tak nak pergi dari istana ni.

Iyalah. Rumah tu nanti mana ada Taehyung. Kat istana ni je ada Kim Taehyung tu. Gedik nak rampas tunang aku. Aku hempuk kepala kat meja nanti. Sia sia je hidup.

"Now! Buku pula!" Aku mengambil beg galas aku lalu memasukkan beberapa buah buku pelajaran yang tersusun di atas meja belajar. Setelah selesai, meletakkan beg galas itu bersertakan bagasi di tepi pintu.

"Ah! Siap pun!" Aku menghempaskan tubuh di katil. Jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Esok, aku kena datang cafe memandangkan pada setiap hari Ahad aku kena ke cafe pagi. Tapi disebabkan aku baru discharge dari hospital semalam, jadi Encik Bogum benarkan aku datang petang sedikit.

Aku nak datang tengah hari lah. Rindu pula nak bergelak tawa dengan rakan cafe yang lain.

Tok tok tok..

Aku bangun lalu berjalan ke pintu. Sebaik saja pintu dibuka, mata aku bertembung dengan sepasang mata cantiknya.

Kim Taehyung

"Hai."

"Hai." Aku menyandarkan diri pada bingkai pintu bersama senyuman. Dirinya yang berdiri di hadapan aku itu aku pandang.

"Erm, buat apa?"

"Ouh. Saya tengah kemas barang tadi." Aku menjawab.

Ya, kami telah bersetuju untuk menukar bahasa panggilan kepada yang lebih lembut dan bukannya kasar. Selesa sikit untuk didengari.

"Saya ganggu awak ke?" Soal Taehyung. Leher belakangnya di usap perlahan.

"Tak adalah. Saya baru je lepas kemas. Sekarang tengah free." Dia menangguk. Keaadan kembali menjadi sunyi semula.

"Kepala awak sakit lagi?" Dia menyentuh permukaan dahi aku yang masih lagi bertampal dengan kapas dan plaster.

"Tak. Tak sakit pun cuma parut tu ada lagi." Dia menangguk kecil.

"Jangan lupa sapu krim. Baru parut di dahi tu hilang. Tak adalah tinggal kesan." Aku hanya mengangguk.

"Kenapa awak tak tidur lagi?" Kini, aku pula yang tanya.

"Erm, saya tak boleh nak tidur. Itu yang datang bilik awak ni. Tak sangka pula yang awak pun tak tidur juga." Aku sengih begitu juga dengannya.

"Saya pun tak mengantuk juga. Sebab itulah saya kemas barang lewat lewat macam ni. Sepatutnya saya nak kemas esok je." Dia sekadar mengangguk. Keadaan sekali lagi kembali senyap.

"Kalau macam tu saya masuk bilik dululah." Taehyung senyum nipis padaku.

"Nae. Saya-

" Tak payahlah Taehyung. Malam ni Taehyung tidur dengan Sora. Noona tidur di bilik noona sendiri." Membulat mata aku tatkala Leez unnie datang menjenguk kepala di sebalik dinding.

Sejak bila muncul?!

"Maksud noona?"

"Maksud si Leez ni, malam ni korang sebilik. Buatlah apa yang korang nak buat pun malam ni." Seokjin pula muncul.

Lagi tiga orang tak muncul ke?

"Tapi unnie-

"Korangkan pasangan termanis abad ini. Sebilik sajalah. Malam ni je." Kami berdua tersentak dengan kata kata Leez unnie.

"Tapi kami mana kahwin lagi. Tak boleh sebilik! Tak manislah nanti." Bentak Taehyung. Aku mengangguk laju.

"Korang punya manis tu sampai boleh buka kilang gula. No excuse. Sila masuk bilik kamu berdua dan tidur." Kami menggeleng lagi.

"No way!"

"Ingat tau. Ni arahan dari nenda kamu berdua. Kalau tak percaya, pergilah tanya dia sendiri." Aku berkerut.

Dah kenapa nenda suruh kami sebilik pula?

"Waeyo nenda arah macam tu?"

"Entahlah. Katanya nak merapatkan lagi hubungan percintaan korang berdua. Janganlah nak bantah. Tidur je lah sekali." Kami mengeluh.

"Nae. Masuklah Taehyung." Aku mempelawa Taehyung masuk ke bilik aku. Pintu bilik ditutup.

Buat kali keberapanya, keadaan menjadi sunyi lagi. Aku benci awkward situation.

Sejak aku dan dia mula meluahkan perasaan masing masing, kami mula berasa janggal dan kekok bila bertegur sapa atau rapat. Aku masih malu lagi dengan apa yang jadi.

"Awak nak tidur ke?" Aku memecahkan kesunyian itu dengan menyoalnya. Dengan kekok dia mengangguk.

"Oh. Kalau macam tu, saya akan tidur di sofa. Awak tidurlah di atas katil. Sewaktu awak tidur di sofa rumah saya, saya boleh nampak yang awak selalu urut belakang awak. Mungkin awak tak biasa tidur sofa. Jadi, awak tidur je di atas katil." Terangku panjang lebar.

"Boleh tak, kalau kita berdua tidur di atas katil sekali? Tak perlulah awak tidur di sofa. Saya janji. Nothing happens tonight." Tangan diangkat separa bahu menunjukkan bahawa dia betul betul bersumpah.

"Betul ni?" Dia mengangguk laju.

"Arra." Aku memanjat katil. Membaringkan tubuh yang terasa agak sengal sedikit.

"Sora."

"Ya."

"Boleh tak kalau saya peluk awak." Terus aku membaringkan diri menghadapnya.

"Saya tak boleh tidur kalau tak peluk sesuatu."

"Bantal peluk kan ada."

"Tapi saya nak peluk awak." Taehyung merengek membuatkan aku mengeluh perlahan. Tubuh aku dekatkan sikit dengan dirinya.

"Nah. Peluk lah saya." Melebar senyumannya. Pinggaku dirangkul. Kesempatan yang muncul, aku rehatkan kepala di dadanya.

"Goodnight my princess."

"Goodnight too my prince."

Continue...

Banyak chap aku update...stay tune lagi 6 chap❤✨

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now