👑34👑

976 85 30
                                    

~Nam Hyomin~

"Sora! Kenapa kau tak ada petang ni? Aku nak pergi rumah kau lah." Aku menggoyangkan tangan Sora perlahan.

Setiap hujung minggu dia tak ada. Aku tertanya tanya juga, dia pergi mana?

"Alah. Aku ada kerja. Lagi pun, kita kan selalu jumpa tiap tiap hari? Esok hujung minggu kita lepak kat mall nak tak?" Sora tersenyum manis memandang aku. Aku mencebik.

"Buat apa nak lepak kat mall? Kau nak beli apa?"

"Bu—

"Aku sepak kau kalau kau jawab buku " Dia tersengih.

"Memang aku nak beli buku pun. Teman aku eh?" Aku menjelingnya saja.

Kalau pergi mall, mesti dia akan beli buku. Aku pun pelik juga. Dia ni tak sakit kepala ke baca buku banyak banyak? Aku baca buku 5 minit pun boleh tertidur.

"Alah. Janganlah macam ni. Aku belanja kau makan esok. Nak tak?" Aku menggeleng.

"Habis tu?"

"Kita pergi Sungai Han lepas tu? Kita release tension." Dia mengangguk laju. Dah lama kami tak pergi Sungai Han.

Dulu kami berdua selalu pergi untuk study sama sama time sekolah tinggi. Soralah yang akan jadi tutor aku. Dulu, aku ni just stupid student ja. Tapi sejak kenal dengan Sora, aku berubah. Dia akan ajar aku dan suruh aku buat ulang kaji.

Hasilnya dorongan, semangat dan ajaran yang ducurahkannya, aku berjaya jejakkan kaki di Korea University. Universiti paling top di Korea setakat ini malah mendapat ranking top 10 the best university in the world.

"Tapikan, kalau esok aku bawa kawan yang lain boleh tak?" Sora bertanya membuatkan aku berkerut.

"Kawan yang lain? Ada kawan baru tak nak bagi tahu aku eh." Aku senyum mengejek. Dia hanya tersengih.

"Bukan tak nak tapi, mereka semua tu lebih tua dari kita."

"Ouh. Park Jimin ka? Alah. Dia je p—

"Ani! Bukan dia tapi orang lain." Sekali lagi aku hairan. Siapa lagi kawan Sora yang lebih tua darinya selain Park Jimin?

Ke dia maksudkan kawan kawan cafe tempat kerjanya?

"Okay! Boleh aku berkenalan dengan mereka." Sora mengangkat thumbs up padaku.

"Eh, aku nak kena balik dah ni. Jumpa kau esok! Bye~" Sora melambai lambaikan tangannya ke arah aku sambil berlari menuju ke belakang universiti tempat terletaknya pintu pagar yang jarang digunakan oleh pelajar. Aku membalas balik lambaiannya dan secara perlahan, susuk tubuhnya hilang.

Itu pun aku pelik juga. Kenapa dia selalu balik guna jalan belakang eh? Sedangkan apartment dia lebih dekat jika menggunakan jalan depan.

Mungkin sebab dia memang nak exercise kot?

Aku mengorak langkah untuk pulang. Aku ada saja lesen kereta sama seperti Sora tapi aku lebih suka berjalan kaki. Mungkin dah terbiasa sebab aku dan Sora suka berjalan kaki ke sekolah dulu. Aku hanya akan naik kereta jika aku rushing ke universiti saja.

Sedang elok aku berjalan pulang, aku terasa seperti tangan aku ditarik oleh seseorang membuatkan aku termasuk ke dalam seseuatu.

Kereta?

"YAH! LEPASKAN-UMP! UMMP!" Mulutku ditekup dengan tangan besarnya. Pintu kereta ditutup.

Gosh! Aku kena culik ke apa ni?!

"Hey! Rileks. Aku takkan apa apa kan kau." Seorang namja berkata kepada aku. Aku hanya memandangnya takut. Pintu kereta aku cuba buka tapi malangnya berkunci.

"Korang nak buat apa ha?! Nak culik aku?!" Dia ketawa termasuklah kawannya yang sedang berada di seat pemandu itu.

"Calm down. Kami tak nak culik kau tapi kami nak kau buat sesuatu untuk kami." Aku hanya diam.

"Kau kenal kan Kim Sora?" Riak muka aku terkejut.

"Macam mana kau kenal dia ha?!" Aku bertanya kasar.

"Well. Kau buat benda simple je untuk kami dan aku selamat." Dia memandang aku sinis. Manakala aku tajam melihatnya.

"Aku nak kau jatuhkan Kim Sora. Ani, hancurkan dia." Sekali lagi aku terkejut besar.

Hancurkan Sora?!

"No! Never! Aku takkan buat benda tu! Dia kawan aku!" Aku membentak.

Mana mungkin aku nak buat macam tu pada insan yang banyak tolong aku? Aku takkan khianati dia.

"Oh come on. Kau tak rasa sakit hati ke? Sejak dulu dia selalu jadi perhatian di sekolah dan di universiti. Dia selalu saja dapat kasih sayang semua orang termasuk tenaga pengajar. Kau tak penat ke asyik berada di belakang dia selalu. Kau nombor 2 manakala dia nombor 1. Kalau kau hapuskan dia, semua itu akan jatuh kepada kau. Kau akan disayangi dan akan jadi top student. Impian kau akan tercapai."

Jadi namja ini cuba untuk memanipulasi aku dengan fikiran negatif tentang Sora?

"Kau paksalah aku macam mana sekali pun, aku takkan jatuhkan satu satunya chingu terbaik aku." Kataku berani.

"Then, kalau kau tak buat, aku akan bu—

"Apa? Bunuh aku? Silakan! Aku lebih rela mati dari tikam belakang kawan aku sendiri." Dia kelihatan terkejut tapi seketika muncul satu senyuman di bibirnya.

"Kalau kau buat, kau akan dapat ganjaran. Kau minta je berapa banyak duit yang kau nak. Kau akan dapat." Aku menggeleng lagi.

"Kau takkan mampu untuk hasut aku jatuhkan Kim Sora. Aku sayang dia sama seperti darah daging aku. Aku takkan buat benda buruk dekat dia." Tenang aku menjawab. Dia senyum dan mengangguk perlahan.

"Leedo, kita balik sekarang."

Nak bawa aku kemana pula ni?!

Continue...

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now